Coklat IQ Coco Damia dan Hati Unta!!!

Tuesday, June 11, 2013



Ada dengar pasal produk ni. Kebetulan aritu terbaca kat blog ASHRA pasal Coklat IQ Coco Damia ni. Terus rasa tertarik nak mencuba sebab banyak khasiat yang terkandung dalam Coklat IQ ni. Antaranya:



Dan yang paling menarik, salah satu kandungan utama Coklat IQ ini adalah LUBANAH. Apa itu Lubanah dan apakah khasiatnya:

Apa itu Lubanah?



       Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.
     Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu. Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi.  Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam.  Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini

Sejarah Lubanah : Imam Syafie

Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.

Khasiat Lubanah

Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan  dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lender balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan system pernafasan.


Terus aku whatsapp Ashra. Tak sangka plak service ash ni tip top ☺☺. Hari ni order esok dah dapat. Tak sangka plak barang tu coklat. Sebab aku ingatkan buku. Bila bawa balik umah, si kimi sibuk nak bukak. Sekali dia kata 'ibu...coklat lah'. Alahaiiiiii...tak dapat lah nak sorok lagi. Bukan dapat coklat jer, ash siap bagi hati unta lagi tu. Sedekah katanya pasa siapa yang beli Coklat IQ tu. Terima Kasih ashra, smoga makin bertambah rezeki kamu sekeluarga.

Apa yang aku boleh kata pasal coklat ni. Perghhhhhhh...memang sedap sangat uols. Kalah coklat Cadbury. Malam tu makan tak cukup satu bar. Bukan Anak² jer rasa tak cukup, si ibu ni pon rasa tak puas makan. Dasar penggemar coklat tegar kan. Mana cukup satu. Anak² minta lagi. Si Qhalif yang kecik tu pon sama juga. Tak dapat coklat habis pembalut coklat tu ditibainya. Ntah bila dia amik pon aku tak perasan. Dah sedap sangat makan colat kan...hahahaha...

Kalau ikut aturan tu, sehari satu bar. Tapi mak kena budget uols takut cepat habis. Kalau dapa kat bebudak tu memang tak cukup lah. Mau tak sampai seminggu dah habis Nak kena repeat order lagi nampak nya ni ashra ☺☺

Khasiat hati unta ni plak, untuk pengidap asthma, eloklah makan. Selain daripada tu, kalau nak anak² jadi baik, bolehlah bagi makan mentah² hati unta tu. Mana tau anak² boleh berubah sikap. Cuba tengok unta tu...baik, tak mengamuk, tak membantah, tahu buat kerja dan bersopan santun...ekekekeke...Cuba baca kat [SINI] dan [SINI] untuk mengetahui betapa istimewa haiwan ciptaanNYA yang bernama Unta ini ☺☺

Untuk lebih detail, boleh baca kat blog CocoDamia: Coklat IQ. Pada sesiapa yang berminat nak mencuba, boleh contact Ashra. Klik jer nama tu. Sharing is caring and loving.

Note: Belum cuba lagi hati unta tu. Rasa macam nak bagi anak² makan mentah². Agak² dorang makan tak...hehehehe...ibu nak pedajal anak ☺☺☺



You Might Also Like

18 komen

  1. hehehe... goreng dulu la.. MIL kata sedap mcm keropok goreng..

    ReplyDelete
  2. Sedap kan coklat ni :)
    Yg note tu, nnt kasi tau hasil pedajal ye hikhik :)

    ReplyDelete
  3. makan mentah..... biar btl hati unta tu .. boleh makan mentah, nnt sy baca info tu...

    ReplyDelete
  4. hati unta tue..org kata bagus makannya..byk khasiat

    ReplyDelete
  5. hehe.thanx fiza :p
    samalah kita.mkn sbb mgandungi lubanah.samalah..nk mkn cekelat ni bila gugel lubanah.lg tgh ngandung ni kan.
    yg lain2,kismis kurma air zam2 da tau khasiatnya..

    hehe.kimi,lain kali..jgn bitau ibu tu cekelat bkn buku.bwk msk bilik..mkn snyap2.hehe

    hati unta,br salai skeping.ptg ni salai lg.nk bg aaron mkn mentah..mau dbuangnya.keke.kena cmpur dgn nasi br did telan

    ReplyDelete
  6. salam..nampak mcm bagus jer coklat tu..

    ReplyDelete
  7. coklat tu ok lagi..tapi erk...hati unta??

    ReplyDelete
  8. wahh bagus nie ...
    insyaallah nanti akak nak terjah ;)

    ReplyDelete
  9. oo baru tau ttg produk ni, boleh terjah blog beliau nnti

    ReplyDelete
  10. Agak-agak bila anak tengok hati unta, apa diaorang kata ek..

    ReplyDelete
  11. camne nak bagi makan mentah tanpa dikesan? hehe...boleh letak kicap tak? hehe

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive