KUCING dan REZEKI
Friday, May 03, 2013
Kalau kucing pandai berkata². Mungkin ini yang akan diperkatakan. Tapi kalau aku jumpa kucing yang boleh bercakap, mau fensan kot...hehehe...
Buat pembenci kucing yang suka halau kucing, tendang/sepak kucing...renung² kan lah. Kucing adalah binatang yang akrab dengan kehidupan manusia dan berperwatakan manja. Kucing juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. Menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala dari ALLAH.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.
Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk.
Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca [KUCING HAIWAN KESAYANGAN RASULULLAH S.A.W]
Note: Anak daraku takut kucing. Tapi ibu dia pencinta kucing walaupon tak membela kucing ☺
23 komen
masa kecik takut la kot.. dah besar ok.. mesti penyayang mcm mak dia
ReplyDeletesayang kucing...
ReplyDeleteDULU MASA KECIL ADA PELIHARA KUCING TAPI SEKARANG TIDAK LAGI.. MAYBE SUATU MASA NANTI.
ReplyDeletegreat entry
ReplyDeletehas bkn a cat lover. tp kt rmh ada 2 ekor sbb hubby n kids mmg suka kucing. Manja tau kucing ni. mcm nama dia Oggy.. tp bila has panggil G. dia tetap toleh..sbb dia dah tau tu nama dia :)
ReplyDeleteyup..apalah sgt kalau kita bagi kucing yg dtg kat kaki kita masa di kedai makan tu...sekadar bagi sikit isi ayam/ikan...pahala pun dapat...:)
ReplyDeleterumah ku ade 4 ekor kucing :)
ReplyDeletedulu akak sangat suka kucing siap bela... kucing sakit siap hantar klinik... memang sangat sayang... sampai sekarang sayang tapi tak bela sbb rumah kecik amat kalau ada lagi kucing bertambah sesak rumah.. lagipun tengok perangai kucing keliling rumah yang banyak sesangat buat akak sesak nafas..
ReplyDeletetapi betoi rezeki baik kalau bela kucingni.. dan kata nya kalau kita belai kucingtu boleh hilang stresss...
AWAK TELAH DITANDAKAN DALAM BLOG SAYA UNTUK SEGMEN SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS OLEH DAYANG DENO. :)
ReplyDeletebaru tau kucing adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk.
ReplyDeletesayang shiro kite :)
ayu kucing ni mmg tak baper sggt. tp xde la sampai benci ke apa.. suka tgk tp mmg xberani pegang.
ReplyDeletetak paham jemah kalo ado yang tak suke ngan kucing..kucing tu penyayang...cumill je
ReplyDeletebela kucing mmg murah rezeki.
ReplyDeletetetiba teringat kat 3ekor kucing sblm ada anak.
rindu kat dorang.
yup betul tu setuju sgt !
ReplyDeletethanks sahring..
ReplyDeletehubby saya pecinta kucing.saya suka kucing..ok je lah..tapi tak pandai pegang,jaga bagai lah..kucing gesel pun geli..kalau bagi makan,ok..hehe
sbb dulu saya ada lelah..ayah tak bagi pegang kucing dari kecik lagi..sudahnya,terbawa2 sampai besar..haha
tapi kalau tahi kucing still najis kan :)
ReplyDeletesalam fiza...
ReplyDeleteakak ni suka kucing,tp takut nak bela kucing..hihihi
kalau la kucing tu dapat bercakap mmg saya akan bagi selalu..huhu..
ReplyDeletetak apa nnt anak akak suka la bila dah besar
baru tahu air minum kucing tu boleh buat wuduk... saya takut kucing... tak tahu la kenapa... alisya pun takut juga... huhuhu
ReplyDeleteKami anak beranak suka.kucing tp yg sedihnya hubby xkasi nk bela kucing...huhu...
ReplyDeletebetul tu. pernah baca kisah mengenai kucing ni juga
ReplyDeletekite suke kucen...cume kesian kat kuceng yand dijalanan terbiar...nak lagik sedih kes kucen yang dipotong tangan gara-gara curi ikan satu mase dulu....kesian tapi,x leh nak bwat pape...hmmm...
ReplyDeletekita pun pencinta kucing begitu jugak dengan anak2..hihihi
ReplyDelete