Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika
berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT
adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak
tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99
nama Allah.Berikut dikongsikan beberapa panduan tatacara berdoa yang
diturunkan oleh ustaz Abdullah.
1. Angkat
tangan paras dada.
2. Rapatkan
kedua-dua belah tangan
Kita akan
nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.
"Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba'
letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap
huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat
menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'.
Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang
perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh
pengharapan" .
3. Duduklah
dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan
betul-betul dan jangan menyandar.
Wassalam.
Note: Bila air-cond dah sejuk tahap maksima ni, asyik besin jer lah kerjanya. Hidung pon mulalah berair.
|
Cantik tak? Ikut mata aku ni cantik lah. Colour pon cantik² uols. Tapi aku frust sebab tak dapat nak sambar batch ni. Sekejapan jer dah 'out of stock'...huhuhu...Tunggu ThePoplook restock pon macam tu juga. Macam goreng pisang panas. Suma nya habis terjual.
Petang smalam bukak FB ThePoplook. Sekali ada Haley Chiffon Blouse nih. Apa lagi...cepat jer tangan tu gi website. Dah selamat pon merembat 2 helai...haishhhhh...Suka baju ni sebab BF friendly. Senang nak menyusukan anak. Lagipon baju ni loose dan labuh menutup punggung.
Bila shopping dihujung jari kan. Kalau ikut nafsu membeli, bley kering dibuatnya. Sebab ada lagi baju yang berkenan di hati. Tapi tak bley lah macam tu kan. Kena kawal sket. Kita tunggu hujung bulan ni plak....ahaks...
Note: Office ni dah macam kutub utara plak. Baru lepas service air-cond katakan. Sejuk tahap gigil dah ni.
Ok...mulai hari ni, aku akan paparkan foto 'SERUPA...tapi TAK SAMA'. Memandangkan idea blogging aku makin hari makin pupus. Ikut mood gamaknya. Datang hari banyak idea, banyak lah ceritanya. Datang hari idea nan hado, kita tepek gambar sajalah. Itu pon kalau rajin. Kalau boleh tak nak bagi blog sunyi sepi uols.
Kita tengok gambar 'serupa...tapi tak sama' bahagian 1 >_<
Sama kan ☺☺. Gambar Iman Hakimi masa lahir tak banyak sebab si dia videokan. Masa tu kan femes dengan webcam. Camera pon tak der lagi masa tu. Pakai camera HP jer. Tapi tak per lah, janji ada untuk kenang-kenangan gambar aiman hakimi masa baby kan. Kita tunggu part 2 dan seterusnya pula yer.
Note: Agak busy hari ni. Nanti petang sikit daku ketuk pintu rumah kamu yer.
Alhamdulillah. Hasil rezeki dari blogging. Dah malas nak tunggu duit naik menggunung lagi. Itu pon kumpul dari bulan Oktober tahun lepas. Kita cash-out saja lah.. Cash-out untuk kali yang ketiga. Dan juga antara amount tertinggi pernah aku dapat. Sebab dapat buat Sponsored Post kan.
Terima kasih kawan² sebab sudi bertandang kat blog suka suki aku ni. Kalau bukan sebab kunjungan dari kamu, tak kan menjadi duit banyak nih. Sayang kamu ketat².
Note: Saham oh! saham. Aku frust nih. Jual saham pagi tadi masa naik 3.43. Sekali petang ni tadi naik 3.62...arghhhhh...frustnya. Tak per lah. Rezeki yang dah tertulis dariNYA. Bersyukur lah. Kita tunggu next tranche plak yer Fiza Rahman >_<. Alhamdulillah atas rezeki ini.
Cewahhhh...tajuk tak bley tahan. Memanglah masak dengan penuh kasih sayang kan. Barulah makanan tu jadi sedap. Macam didalam gambar tu. Amacammmmm...nampak sedap tak? Tapi memang sedap ditekakku dan anak².
Terima kasih buat Ina Intan Berlian diatas resipi yang senang dimasak dan sedap dimakan. Memang simple jer resipi nya. Selalu juga aku buat. Tapi kali ni tambah kentang dan carrot. Resipi yang ina bagi tu pon aku oleh sket. Ikut tekak memasing lah kan. Resipi nya:
BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH + KIUB PATI AYAM + LADA HITAM + GARAM = KISAR.
SOS LADA HITAM + MADU + AYAM = PERAP DENGAN BAHAN² YANG DI KISAR. TERPULANG NAK PERAP BERAPA LAMA.
Nampak...senang jer kan. Aku tak letak sos BBQ sebab tak der. Lada hitam plak aku kisar sekali sebab mak malas nak tumbuk noks. Sebelum letak bahan untuk perap tu, aku lumur dulu ayam dengan madu. Jadi nya tak payahlah letak gula sebab madu tu dah manis. Terpulang juga sama ada uols nak bakar dalam oven atau tak. Aku pakai PEMANGGANG AJAIB jer. Memang ajaib ☺☺
Tadaaaaa...inilah hasilnya...ROASTED CHICKEN WITH GRAVY. Aku kasi berkuah sket. Tak suka sangat kalau kering. Masa tengah memanggang tu. Perghhhh...bau dia sampai qahirah cakap 'hurmmmm...sedapnya bau'...Makan plak dengan nasi panas. Bertambah² makan. Memang anak² suka lah. Mekasih Ina sebab berkongsi resipi ni. Uols mesti cuba tau. Kalau nak resipi asal, klik jer link merah tu.
Note: Teringin nak buat kek. Tapi tak terbuat lagi. Rajin print resipi jer.
Sebelum ni tak lepas lagi nak memanjat. Tapi skang ni dah pandai. Yang lawaknya...panjat pandai, turun tak lepas lagi. Macam dalam gambar ni >_<.
Kisahnya...si ibu tengah khusyuk menonton cerita kat TV. Sekali dengar si anak terjerit²...merengek². Si ibu pon buat tak tau jer lah. 'Alahhhh...kejap jer tu, nanti diamlah', kata hati si ibu. Tetapi...jeritan dan rengekan masih terngiang². Makin kuat pulak tu. Si ibu pon bangun lah dari pembaringan. Sekali.....si anak tengah bergayut dekat grill tu. Meminta belas kasihan sebab tak confident nak turun....wakakakakakaka...si ibu gelak guling² sambil capai camera. Dasar blogger tegar kan. Kita amik gambar dulu baru bagi bantuan...hehehe...Phewwwwww...lega si anak ☺☺☺
Kalau panjat kerusi, qhalif boleh turun sendiri. Tapi kalau panjat grill tu, tak lepas plak dia. Tak apa yang digayatkan nya pon aku tak tau. Dah tau tak boleh turun, tapi masih panjat juga...alahaiiiii...Aku rsau pon iyer juga. Kena bagi extra attention. Setakat memanjat pastu duduk tu ok lah kan. Tapi bila dah memanjat, tak reti nak duduk diam. Nak buat aksi terjun bebas pon ada juga. Rasa macam nal letak tilam satu rumah.
Note: Kalau tinggal aku ngan anak², rasa nak gi toilet pon tak tenteram di buatnya bila anak dah pandai memanjat nih...hurmmmmm...
Setelah sekian lama tidak membaca dan membeli novel. Pagi ini dalam sejarah, akhirnya tanganku ini gatal juga 'add to cart'. Bukan satu novel, tapi......
6 biji novel sekali beli. Perghhhhh...tamak haloba ko. Berapa lama lah nak habis baca ni wei....hehehe...Cuba nak membaca novel dari hasil tulisan ACIK LANA pula. Ramai yang kata terbaik. Baca sinopsis pon dah tau novel tu best. Tak sabar nak tunggu novel² tu sampai. Ni pon tengah mengintai² novel 'Teduhan Kasih' dengan 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Nak beli sekarang ker, nak beli kemudian...hurmmmmm. En. suami...sila belikan novel² tu. Buku² motivasi juga tak terkecuali. Antara yang menarik perhatian:
Kalau tangan ni masih gatal lagi. Tak dapek den nak nolong. Selamat membaca lah buat diri sendiri. Nanti boleh buat mini library kat umah tu >_<. Last but not least, hati berbunga² keriangan sebab menang buku ini:
Alhamdulillah...rezeki berpihak kepadaku juga. Mekasih banyak² kak. Semoga rezeki akak dan keluarga bertambah murah ☺☺. Kak Nora Karim ni rajin buat Mini Giveaway yang hadiahnya berupa sebuah buku. Memang menarik semua buku yang ditaja tu. Jom terjah blog Dialog Uda @ Nora Karim
Note: Peringatan buat diri sendiri. Baca novel tu...bacalah juga. Tapi AL-QURAN jangan lupa nak baca pula. Alhamdulillah...daku dah mula membaca ayat² suci itu walaupon sekadar sehelai dua mukasurat. Semoga tidak terhenti Ya! allah.
.
Alhamdulillah...hasil dari blogging. Terima kasik banyak² buat KAK INA HASHIM. Cantik keychain tu. Bukan satu, tapi dua kak ina bagi. Buat MASYA sebab bagi key chain sempena ucapan untuk hari jadi beliau *rasanya lah*. Untuk PAPA MIFZ sebab sudi bagi FM untuk top commentators. Bertambah koleksi FM saya. Dan juga buat CCI sebab terpilih sebagai pemenang giveawa anjuran beliau tempohari. Cute sangat Bookmark ni. Jom terjah blog mereka ☺☺
Semoga ukhwah yang terjalin di alam maya ni berterusan sampai bila².
Note: Yeayyyyy...selamat datang jalan yang lengang ☺☺
Sekiranya mampu, bacalah Al-Quran setiap hari 1 juzuk.
Sekiranya tak mampu, bacalah separuh juzuk.
Sekiranya tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat
Sekiranya tak mampu, memadailah dengan satu ayat
Sekiranya tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang Al-Quran
Dan tanyalah kepada diri sendiri
"Ya! Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat² MU?
Pasti akan kau temui jawapannya nanti sekiranya engkau benar² ikhlas
Bila kali terakhir kita membaca Al-Quran? Adakah last ramadhan tahun lepas?
Note: Kata² yang sangat terkesan dihati *tearing eyes*.
Saya dan bedak memang tak dapat dipisahkan ☺☺
Alahai anak daraku qahirah. Dah macam tepung gomak dibuatnya. Ibu tengah solat, dia plak syiok main bedak. Memang ratu bedak betul. Pantang nampak bedak. Kalau boleh nak dihabiskan sebotol. Bila ibu bagi sediri bedak letak kat tangan, tau plak complain 'alaaaaa...sikitnya'. Sebab suka pakai bedak tepek banyak² macam dalam gambar tu lah >_<.
Aritu lagi best. Projek dua beradik. Di taburnya bedak atas lantai, pastu main macam gelongsor tu...alaaaa...macam gelincir tu *buat2 faham sudah ☺*. Habis lantai rumah suma berbedak. Fengsan ibu ko nak. Sebab tu bedak kat umah tu kena sorok. Tak pon letak kat tempat palng tinggi.
Note: Tak sabar nak tunggu share naik...masyukkkk $$$$$
Boleh tak nak jakun kejap. 1st time buat passport dan 1st time nak bercuti kat over the sea katakan...hahahaha....
Alhamdulillah...selesai juga masalah passport. Bukan main susah lagi nak buat. Dari hari jumaat last week. Aku gi Jabatan Imigresen Putrajaya. Sekali system offline. Frust. Member office ni gi hari isnin. Tengah amik nombor. System offline lagi. Tengah hari pergi lagi. Masih lagi offline. Amik nombor hari isnin untuk hari selasa nyer appointment. boleh gitu? Passport nak kena submit before 27th May nih.
Kisahnya...pagi selasa aku gi Jabatan Imigresen kat Terminal Bas Kajang Jalan Reko tu. Pukul lapan lebih aku sampai....perghhhhhh...dah beratur panjang wei. Ramai betul orang nak buat passport dan ramai betul orang nak bercuti kat over the sea kan. Lagi pon mungkin aku salah timing sebab nak cuti sekolah ni. Ramai lah orang. Pastu member office ni cakap. Mungkin sebab gomen dah clearkan nama² orang yang dah di black listed kan (janji pilihanraya ker?). Tu yang berebut² gi buat passport.
Nak pitam aku beratur. 2 jam lebih hokey. Dengan tak breakfast nya lagi. Buat tambah lagi tension haku ni kan, gambar passport skang ni nak yang background putih. Aku nyer gambar background biru...arghhhhh...keluar barisan jap gi amik gambar pulak. Ramai juga orang sebab memasing baru tau nak background putih kot. Kesian pada orang yang bawak anak kecik lah. Sian tunggu mak sampai tertido kat kerusi. Luluh plak hati aku ni nengok*dasar hati tisu*. Member aku ni pon kesian jugak. Gi buat kat Pudu Sentral. Pon ramai orang. Pastu passport siap dalam masa seminggu. Selangor jer yang siap hari tu juga. Patah lah balik member aku ni gi Kajang. Nasib sempat amik nombor.
Dah amik nombor, kena tunggu step by step plak. Daftar nama bagai, tunggu nombor di panggil untuk pembayaran. Tunggu lagi ko. Dah buat pembayaran, tunggu nombor di panggil untuk amik passport pulak...selepas 2 jam plak tu....alahaiiiiii...pastu boleh plak system offline kejap. Seharian aku kat Jabatan Imigresen ko. Dekat pukul 4 petang baru habis. Makanya...aku tak masuk office. EL lah gamaknya smalam semata² nak buat buku merah ni.
Sempat lah berborak dengan pegawai imigresen tu. Katanya mungkin sebab nak cuti skolah. Tu yang ramai. Selalu tak der ramai macam nih. Iyo lah tu. Yang aku hairan, kaunter banyak, tapi yang buka hanya beberapa kaunter sahaja. Imigresen kena upgrade lah system dorang. Yang kat Putrajaya tu asyik offline memanjang. Aku dengar kat mana² imigresen pon orang ramai/penuh. Kesian dekat pemohon yang kena tunggu lama.
Nasihat aku, kalau korang nak gi buat passport, keluarlah awal². Aku rasa dorang ni lepas subuh dah kluar amik nombor agaknya. Pastu kan. Nak lagi senang. Buat² lah macam ibu mengandung. Perut tu kasi buncit macam mengandung 9 bulan. Tapi yang belum kahwin jangan lah buat macam ni. Tak pasal² jer kena beratur balik sebab menipu. Amacam...ada berani??...hehehehe...gurau jer.
Itu jer lah kisah aku dengan Buku Merah dan Imigresen. Panjang juga erk. Luahan ferasaan noks...ahaks...
Note: Abaikanlah mukaku dipassport tu. Urat senyum dah putus. Orang yang tengah tension sebab beratur panjang sangat kan >_<.
ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang pada hari Isnin - 20 Mei 2013 hingga pukul 2.30 Petang Rabu 22 Mei 2013.. 2 Hari!
DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..
DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
- Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli..
- Buat tajuk entri Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..
- Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..
Note: Pagi ni buat passport. Harap2 system tak offline.
Note: Pagi ni buat passport. Harap2 system tak offline.
Sangat² menyedihkan atas apa yang berlaku kepada mereka. Ada lagi yang belum tahu ker? Aku pon baru tau. Kisah dimana Si ibu tidak dibenarkan menaiki pesawat gara² si anak (down syndrome) yang berusia 14 bulan baru baik dari chicken pox. Padahal doctor yang sama² menaiki pesawat tu dah sahkan yang maryam dah sihat. Cuma masih ada bekas chicken pox tu jer. Bileh baca blog [BERSAMA MAZIDUL] untuk lebih detail.
KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.
Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.
Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.
Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.
Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.
"Kami membayar tiket menaiki pesawat AirAsia. Apalah salahnya kakitangan mereka di Vietnam menghantar adik saya dan anaknya ke hospital malam itu. Sekurang-kurangnya kami tahu keadaan Izan Suhaila selamat.
"Bayangkan bagaimana perasaan 10 ahli keluarga kami termasuk ibu selepas terpaksa pulang ke Malaysia tanpa Izan Suhaila? Paling menyedihkan, kakitangan AirAsia langsung tidak membantu Izan Suhaila dan hanya menghantar adik saya ke terminal teksi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kisah malang kedua-dua beranak itu menjadi tumpuan ramai sejurus selepas artikel berkenaannya disiarkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek di blognya http://www.mazidulakmal.com hari ini.
Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian serta menyaksikan insiden itu berkongsi secara terperinci apa yang berlaku dan dengan sinis mempertikai sikap lepas tangan syarikat penerbangan tersebut.
Menerusi blognya, Mazidul Akmal menulis: "Adakah kejadian berlaku, bukti nyata nasib penumpang sah pesawat AirAsia boleh diperkotak-katikkan sesuka hati? Jika wanita di dalam gambar di atas tidak terbabit dengan syarikat penerbangan tambang murah itu, mengapakah mereka bertugas di pintu 18 terpampang logo AirAsia? Maaf, kerana saya amat jarang menaiki pesawat AirAsia, justeru memerlukan sedikit pencerahan."
Dalam pada itu, Norhamiza meluahkan rasa syukurnya kerana kepayahan Izan Suhaila mendapat pembelaan MAS dan Tourism Malaysia yang menghulurkan bantuan walaupun pada hakikatnya inisiatif tersebut patut diambil AirAsia.
"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam Sofea membawa penyakit sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bersama-samanya. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam Sofea.
"Saya kesal dengan sikap AirAsia atas apa yang terjadi terhadap ahli keluarga saya. Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada orang lain pula," katanya.
Note: Harap² tak berlaku lagi perkara macam ni. Aku plak yang nangis bila baca. Hati tisu katakan ☺☺
Bukan pakej percutian. Tapi pakej kesakitan. Tapi tak per...kesalitan tu kan penghapus dosa kecil.
Pakej petama adalah SAKIT GIGI. Dari dulu tak habis² dengan sakit gigi haku ni kan. Bila sakit, makan ubat. Bila hilang sakit...heaven nya. Terus lupa nak gi dentist. Ni bila sakit menyerang balik, baru teringat dentist. Nanti bila dah hilang sakit dan dah boleh makan dengan jayanya. Lupa lah balik tu. Dah dua hari nih. Berdenyut² jer. Nak tido pon tak lena. Nak makan pon tak boleh. Tapi ku bedal juga, lapar wei. Hasilnya...sakit dan berdenyut².
Pakej kedua adalah ULCER. Tak perlulah aku nak tepek gambo kat sini. Kang ada yang geli...ahaks...Ada 2 bijik ulcer dalam mulut ni. Kat pangkal lidah kiri dengan kat gusi belah gigi geraham tu *silalah bayangkan*. Dah lama sangat tak kena penyakit ni. Mungkin sebab panas, pastu kurang minum air masak. Paling tak suka kalau kena ulcer.
Nak mengunyah belah kanan, gigi sakit. Nak menyunyah belah kiri ulcer lah pulak....acaner tu? Mengunyah pakai gigi depan lah...hehehe...Kena makan bubur lah nampaknya ni. Ni pon masih berfikir² ni...nak gi dentist ker tak...nka gi dentist ker tak...nak gi dentist ker tak...dasar penakut kan.
Note: Passport tak buat lagi nih...arghhhhhhh...Last week gi system offline lah plak...haishhhh...
Terbaca kisah sedih ni di blog WAWA YUSOFF. Ya! Allah...hebat sungguh dugaan buat mereka apabila kehilangan seorang anak....Anak yang dipinjamkan oleh Allah dalam masa yang singkat. Tak dapat aku bayangkan kalau aku ditempat mereka. Mampu kah aku tanggung dugaan yang seberat itu? Sedangkan dugaan yang aku sedang lalui ini pon rasa tak tertanggung. Tapi ada lagi dugaan yang lebih hebat dari apa yang aku sedang lalui.
AL-FATIHAH buat AIMAN JAZIL. Anak kecil ini pergi disebabkan kecuaian orang lain. Puncanya...pengasuh tengah mandikan Aiman. Pastu gi buat susu. Anak ni dijumpai dalam bilik air...dalam baldi....allahuakhbar...Boleh baca [DISINI]
AL-FATIHAH buat AQIL HAMZAH. Saat aku maca entry Erina...[PERGINYA SEORANG PERMATA HATI INDAH, AQIL HAMZAH]...membaca dari awal cerita sampailah aqil menghembuskan nafas yang terakhir, tanpa sedar airmataku luruh. Daripada anak yang cergas dan sihat, tiba² terlantar sakit. Terbayang² wajah qhalif sebab mereka sebaya.
Buat Erina dan parents Aiman Jazil. Walaupon kita tak saling mengenali, tapi saya sangat sedih dan simpati atas apa yang berlaku. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh dugaan dariNYA. Bertabahlah. Yang pasti...anak² syurga ini menunggu kalian di SANA.
AL-FATIHAH
Note: Even baca berulang kali, airmata tetap mengalir.
Untuk renungan kita bersama. WAJIB BACA kepada kaum WANITA / GADIS2 / PEREMPUAN
Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."
"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Note: Ya! Allah...scarynya. Maha suci Allah sebab beliau dapat melihat azab tu. Semoga kita dapat menjaga adab² dalam berpakaian dan jugadapat menjaga solat kita. Peringatan buat diri sendiri juga.
Masa untuk belajar, menambah dan berkongsi ilmu. Juga training for my IDP (Internal Development Program). Need to fulfill minimum 3 training for 2013. To get 5% from my IDP, i need to attend five training before December 2013. Kalau tak...sikitlah KPI haku.
Puan punya blog ada Training 2 hari. Bermula hari ni dan esok. Training kat ULC, Petaling Jaya. Merempit lah pagi ni. Rosak awning tudung mak noks...hehehe...
Note: Entry auto-published. Puan punya blog akan mengetuk pintu rumah uols hari jumaat yer, harap maklum.
Syarat-Syarat
1. Follow blog NabilaMedan
2. Like Page dibawah ni
3. Buat entri pasal segmen ni, letak banner dan linkkan semula kesini, dan tag rakan kalau nak. Jangan lupa tinggalkan link entri ya.
4. Segmen tamat pada hari rabu 15 Mei 2013
Note: Mudah jer kan. Meh lah join. Kalau murah rezeki dapatlah hadiah dan boleh juga menambah kenalan >_<.
'Ibu...saya tengah merajuk ni, cepat pujuk'
Hehehe...gelagat anak bujang tecik nan sorang yang makin bijak dan banyak akal (>_~). Kisah ahad lepas. Ibu dia sibuk uruskan abang dengan kakak. Suapkan mereka nasi lemak hasil tangan ibu. Suruh kimi makan sendiri...tak nak. Nak ibu suap juga. Anak dara bijak tu pulak nak makan sendiri, tapi separuh jalan. Selebihnya ibu suap juga.
Qhalif pon makan juga, tapi tak banyak. Bila ibu tak layan dia...mulalah merengek. Nak susu gantung pon iyer juga, tak menyabar kan. Ibu buat tak tau jer. Tetiba senyap... tercari²...mana plak anak bujang tecik ni. Sekali...duduk bawah meja ko...ekekeke...tergelak² mak noks dengan qhalif ni. Duduk diam dalam tu. Bila aku intai, mulalah cembeng...alahaiiiii...siannya dia.
Geram dengan budak botak ni. Makin botak makin cheeky ☺☺. Cemburu pulak tu. Kalau kakak/abang baring sebelah ibu. mulalah datang nak menyelit...haishhhh...Tak sabar nak tunggu qhalif jalan. Gigi pulak masih 6 batang...tak berganjak. Tapi nampak gusi bawah tu ada putih². Nak tumbuh gigi lah tu.
Note: Petang smalam badan qhalif dedar2. Alhamdulillah...pagi ni dah ok. Harap² tak demam lah.
Ok...sila jangan panik. Bawang tak merbahaya. Yang buat jadi merbahaya bila lebihan bawang yang dipotong diguna untuk keesokan harinya. Baca nih:
Terbaca kat blog EKA smalam. Pastu kat wall FB pon ada juga. Tak taulah sejauh mana kesahihannya. Kalau betul, kita elakkan lah. Sebab aku pon selalu buat macam ni. Terpotong lebih bawang. Lebihannya simpan dalam freezer. Tak pandai nak estimate lagi gamaknya...hehehe...
Note: Kelopak mata kanan belah bawah ni asyik bergerak² dari pagi tadi. Tak selesa betul lah.
Extra Note: Cuaca kembali panas berbahang kan. Tak nyenyak tido dibuatnya.
Alhamdulillah...selesai sudah. Daftar online dari tahun lepas lagi. Tapi baru nak gi sekolah. Last month dah pergi, tapi surat beranak original tak bawak plak. Dok mencari kat umah...tak jumpa². Last² buat baru. Tu yang pagi ni gi skolah terus sebab last week dorang dah call.
Nampak tak nombor pendaftaran tu. Banyak nya. Harap² adalah rezeki Iman Hakimi sekolah kat situ. Lagi pon dekat dengan rumah. Kalau yang tak daftar lagi cepat² lah daftar. Kalau selangor memang daftar online jer...senang.
Note: Kejap jer anak bujang ni nak masuk darjah 1...huhuhu...
Saya sayang IBU saya. Hari² adalah HARI IBU ☺☺
Sweet moment ☺☺
Siapa tengok rancangan NONA smalam? Sedih sangat bila tengok Ibu² yang ditinggalkan di rumah kebajikan. Tergamaknya anak² mereka. Seorang ibu boleh menjaga dan membahagiakan lebih dari seorang anak. Tapi kenapa seorang anak tak boleh nak menjaga dan membahagiakan seotang ibu? Syurga dibawah telapak kaki IBU. Semoga kita tak tergolong dalam golongan orang yang melupakan jasa IBU.
Arghhhh...Saya rindu mak saya. Mak yang jauh dimata dekat dihati. Saya sayang mak saya ketat². Dah beberapa bulan tak jumpa mak. Hanya berhubung melalui telefon jer. Cepat² sembuh yer mak. Semoga badan mak kembali berisi seperti sebelum nih.
When you are a MOM, there is no such thing as privacy. Semua ibu² pernah alami situasi macam ni kan? Mengaku jer lah. Nak tak nak, terpaksalah angkut jugak anak² masuk toilet.
Note: Tak sabar nak tunggu cuti skolah sebab nak jumpa mak ☺☺
Sibuk baca orang lain dapat blogbuster, sekali mak jemah pon dapat noks. Bukan satu, tapi dua uols. 1st time tau pasal Blogbuster Campaign ni. Tapi kan, masalahnya aku tak tau nak buat macam mana. Setakat rakam video untuk masuk dalam keek tu retilah....huhuhu...Kalau dapat sponsored post kan bagus. Apa² pon, TERIMA KASIH NUFFNANG atas peluang ni.
Sedikit info mengenai BLOGBUSTER CAMPAIGN:
As this is a first of its kind campaign, we understand that many of our Nuffnangers have questions about this campaign. Here is a summary of what to do:
1. Record a short video (approx. 10 seconds) creatively based on the brief below in your own preferred language. Please note that video should not be a reproduction of client's materials (purely copy paste images) and should include your own recordings.
2. Upload your video in the space provided. You may upload up to 5 videos.
3. If your video(s) is chosen for the campaign, it will be shown on the ad displayed on your blog. Kindly note that if your video(s) is not chosen, the ad will not show up on your blog.
4. Please note that approved videos will be compressed and a 5-sec branding clip will be added to the end of your video.
Note: Acaner ni? Saya budak baru nak belajar...Tolonglah ajar ^_~
Iyer...kita semua dah terkena penyakit ni. Sebab salah satu petanda tu memang ada pada kita kan. Mengaku jerlah ^_~. Asal nak makan jer...mesti nak amik gambar dulu. Pastu upload kat FB, Instagram dan Blog. Bukan makanan jer. Apa saja aktiviti harian mesti nak capture dan letak kat laman sosial. Betul tak...betul tak...betul kan.
Note: Dah jadi trend gamaknya. Cuba tengok kat kedai makan dan kat mana² jer...masing² dengan gadjet. Dah macam anti-social. Tak hirau keadaan sekeliling.
Menggelabah sebab tak jumpa jalan keluar...hehehe...
Anak bujang ni suka main baa..baa..cakkk. Aku perhatikan jerlah kan. Sekali dia dah bising², tercari²...terselak² kain tu nak melepaskan diri. Dah dasar blogger kan, suma nak amik gambar, bukan nak tolong anak dulu...hahahaha...dapatlah snap muka qhalif yang cuak ni ^_^...Sian dia ☺☺
Note: Memang mudah berkata², memberi kata², berkongsi madah² dan tazkirah yang penuh makna. Tak per...teruskan lah. ALLAH knows everything.
USS...here i come. Tapi dlm dilema...nak gi atau tak? qhalif still fully BF. Stok susu is zero, acaner tu? #memyself #emotional #work #office #uss #qhalif #breastfeeding
Status ku semalam. Tak sangka ada juga rejeki aku nak ke sini. Selalu baca dan tengok orang bercerita dan bergambar. Terdetik di hati...'bilalah aku bley sampai ke USS ni'. Sekali semalam dapat email dari HR:
Dear
Colleagues,
We are
pleased to inform you that the Management had approved a staff outing to
Universal Studio Singapore come June 2013. This recreational trip to Singapore
is in conjunction with the rebranding initiative program to be held in Johor
Bahru on 15 June 2013
Perghhhhh...seronok wei. Attendance is COMPULSORY. Tapi kan, aku berat hati nak pergi lah. Tak sampai hati nak tinggalkan anak². Especially Qhalif sebab qhalif still fully breastfeed. Stok susu aku plak dah zero. Lagi pon, kalau jalan² tak syiok kalau tak bawa anak². Lebih² lagi kalau gi tempat macam ni kan. Uuuwwaaaaa...tak boleh kalau tak gi. Kalau nak bawa spouse ngan anak² boleh, tapi kena budget sendiri termasuklah hotel. Tapi aku bley pakai corporate rate.
Promosi untuk USS termasuk Lunch, Snack Set and free parking ialah RM168 untuk dewasa dan RM135 untuk kanak². Murah lah tu kan. Ker ada lagi murah? Rugi rasanya kalau tak gi kan.
Sekali sekala dapat peluang macam ni, tak salah kalau nak berbelanja sket kan. Tanya juga si dia...nak gi tak...hurmmmm...biasalah. Macam² yang difikirnya....huhuh...acaner ni. Kesian lah anak² kena tinggal. Mak tak sanggup nak happy sorang² tanpa mereka...uuwwaaaaa...
Note: Tak pernah berpisah lagi dengan anak². Memang tak sanggup nak berjauhan.
SOGO dan Memanggil² tu!!!
Huggies Dry Pants “Change for Better Convenience” Roadshow Wednesday, May 08, 2013
Melambai²...memanggil²...datanglah, Habiskan duit kat sini. Jualan murah sangat. Rugi tak datang...ekekeke...
KL SOGO:
Our S Card Double Bonus Fiesta is back again this 13-22 May '13
S Card Members, you know what to do!!!!
Dua hari berturut² SOGO hantar SMS ko. Ada member's day sale. Tapi...kena bersiap sedialah. SOGO belum bukak orang dah beratur panjang kat luar tu. Tak sanggup lah aku nak bersesak². Kalau sanggup nak mengharung, silalah pergi. Dah elok sangat kan kalau nak cari BAJU RAYA untuk anak². Puasa pon nak dekat dah.
Note: Pagi yang kelam kabut....menci tau.
Kita lupakan dulu kisah PRU13 yang masih hangat diperkatakan tu yer.
Ni nak citer kejadian minggu lepas. Tak kira lah nak shopping kat shopping complex atau kat kedai runcit sekali pon. Silalah semak duit dalam wallet yer. Jangan jadi macam mak ni noks. Confident jer macam duit banyak dalam wallet tu.
Kisahnya...balik kerja aritu singgah lah kedai dulu. Biasalah kan. Aku ni boleh dikatakan hari² kena pau dengan iman hakimi. Asal masuk jer keta 'ibu tak beli apa² ker'...'ibu, kita haus lah'...'ibu, kita lapar sangat ni'. Dah nama pon 'ibu' kan. Tak sampai hati lah pulak bila anak haus dan lapas. Kalau aku rajin, memang menyinggah lah kedai. Kalau malas...ko minum dan makan jer lah apa yang ada kat umah tu nak yer ☺☺
Bukan main lagi mak jemah nok, main amik jer barang kan. Siap beli top-up duapuluh hinggit lagi ko. Sekali masa nak bayar. Erkkkk...mana duit aku nih. Menggelabah dah, Aku rasa ada beberapa keping duit hijo tadi. Ker aku rabun warna? Duit biru seringgit disangka duit hijo limapuluh hinggit? Arghhhhh...sudah. Nasib baik cashier tu tak scan lagi duit top-up duapuluh hinggit tu. Cukup² makan duit yang ada tu.
Allahuakhbar....malu wei. Nak cover punya pasal, aku cakap tak perasan duit tertinggal...cis...bikin malu. Nasib tak der orang dan nasib shopping kat 99 speedmart jer. Kena lebih teliti lepas ni. Kena semak duit baki betul² dalam wallet.
Note: Tak gi 99 speedmart situ lagi lah...rasa malu pulok...hehehe...
Popular lah sangat kan. Masing² tak nak ketinggalan nak tunjuk kan. Dah macam berebut² plak nak tunjuk...ahaks...Kat FB, kat INSTAGRAM, kat blog pon tak terkecuali juga. Rasanya masing² dah tau gambar apa yang paling fofular sangat kan. Gambar apalagi kalau bukan gambar:
Gambar jari lah. Lihat jariku...runcing tak? Runcing kan...hehehe...Bukan main meriah lagi wall FB dan INSTAGRAM dengan gambar jari jemari yang dah dicalit dengan dakwat kekal ni. Kekal ker? Ok...meh tengok jari mak jemah ni.
Nampak tak? Masih berbekas sisa dakwat kekal walaupon dah masuk hari yang ketiga. Nampaknya petugas SPR goncang betul² botol dakwat tu ^_^. Uols punya dah hilang ker? Ok...yang ni plak gambar jari paling terbaik:
Siap dengan kertas undi dan nombor siri lagi ko. Ko hado...hehehe...Kelassss mak jemah. Sempat lagi tu. Nasib aku tak amik gambo siap dengan tanda pangkah sekali.
Note: Masih lagi perang PRU13 di laman² sosial. Sudah² lah tu.
Selamat mengundi buat semua warganegara MALAYSIA. Pada yang akan pulang mengundi di kampung, berhati² di jalanraya. Semoga perjalanan pergi dan balik anda semua dipermudahkan olehNYA *Dah macam ucapan nak raya pulok*. Pilihan ditangan KITA. KITA penentu masa depan negara. Tapi ingat...
'TAK KIRA APA YANG ANDA SOKONG (BN@PR)
JANGAN SAMPAI TIDAK BERTEGUR SAPA DAN
SALING BERMUSUHAN, KITA SEMUA SEKAMPUNG
KEKALKAN MUAFAKAT...
INI NEGARA DEMOKRASI!!!!'
Note: Rasa berdebar² plak nak mengundi Ahad ni.