PEROSAK Institusi Kekeluargaan akan Berdepan Tindakan UNDANG-UNDANG!!!!
Wednesday, March 27, 2013
ISU HANGAT LAGI PANAS!!!!!
Dalam erti kata lain. Hukuman untuk orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan dan antara punca meningkatnya kes perceraian terutama dalam kalangan pasangan muda.
Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.
“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.
IBRAHIM (kanan) berbincang dengan Kamalia selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam, semalam.
Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.
Sumber: myMetro
18 komen
kak! entry kita sama! hi-5! pap!
ReplyDeleteyg pasti bertepuk sebelah tgn xkan berbunyi.. jadi jgnlah salahkan pihak ketiga tu sahaja hihihihihi.....
ReplyDeleteBetul !!! takyah komen banyak, cuma perlu ingat jangan ganggu rumah tangga orang lain....
ReplyDeletesetuju je he heee....
ReplyDeletebagus ni. kat ofis ni ada sorang dua suka kacau laki orang grr
ReplyDeleteagaknya sbb lelaki bujang xder..tu nak juga yg org punya,..hohoho..jahat..
ReplyDeleteyezzaaaa... setuju!!!
ReplyDeleteSy ade dgr berita ni kat radio pagi tadi. Sy mmg setuju 100%. Tak kisahlah klu nak dikata tepuk sebelah tgn, tak berbunyi ke ape ke....klu tak dilayan, takkan menjadi. Kesimpulannya, b4 nak pegi jauh...pk dulu akibatnya.
ReplyDeleteAwak, kite beli FM lipas tu kat Sunway Pyramid. Belah Marrakesh street. Kat situ ade jual souvenir FM. Ade mcm2 jenis. Klu pegi kedai souvenir yg jual FM, mst jumpe FM serangga mcm ni. Hehehehe....
sokong sesangat...
ReplyDeletebagus sangat2, bagi pengajaran sikit kan..
ReplyDeleteBagus jugak bila buat mcmnie, xdelah bini org ke laki org nak bwk lari pasangan org lain kan.. :)
ReplyDeleteHana macam setuju dengan tindakan undang-undang ni. Walaupun hakikatnya, tidaklah salah orang ketiga 100% kerana kalau suami atau isteri tidak melayan orang ketiga itu, benda ni pasti sukar terjadi kan.
ReplyDeletebalasan setimpal utk mereka-mereka makhluk perosak :)
ReplyDeletebila ada garis pnduan cmni, senang nk rujuk bila paper jadi...rumahtgga terbela n terjaga =)
ReplyDeleteha.. dah baca semalam... ehm tak tau nak komen lagi..
ReplyDeleteBagus! sekurang kurangnya,hak menjaga keamanan dalam rumahtangga dapat dikekalkan.
ReplyDeletewalaupun hakikatnya,tepuk dada tanya iman,siapa yang curang ke kan..
tapi jaman skang ni,wujud je kes,perempuan lain duk terhegeh2..sampai bomoh bagai...huhu
wahh, ..pasti akan lebih byk kupasan dan pendapat nanti,...
ReplyDeletebagus gak ni
ReplyDelete