ANAKKU Yang Super SENSITIVE!!!

Thursday, March 21, 2013


Buat hati ibu tak tenang kat office nih. Terbayang² muka sentap @ sedih dia tu. Siapa lagi kalau bukan abang Iman Hakimi. Alahai anak ibu ni, kuat sangat rajuknya. Senang sangat air mata tu meleleh. Cuba kuatkan sikit hati tu. Ni...sikit² nak merajuk, buat muka sedih..muka serius dia tu...haishhhhh...macam mana kalau ada girlfriend nanti? Asyik girlfriend jer lah nak kena pujuk nanti.  Kisah rajuk si KIMI:

Mat sensitive 

Kimi nak bawa bekal pagi ni. Aku bekalkan dia roti dengan air Teh-O. Tapi dia tak nak pakai bekas lain, nak bekas feveret dia jugak. Bekas tu tak basuh lagi dan aku malas nak basuh sebab dah lambat. Pastu dia soh amik bekas yang sama yang masih tak pakai lagi. Bekas baru lah kan. Aku tak sampai nak amik dalam almari tu #mak kan tinggi sangat noks, petite lagi comel...ahaks...# Si Kimi yang baik hati ni tariklah kerusi soh aku panjat. Bila dah lambat kan, mulalah kelam kabut. Aku cakap 'tak payah, pakailah bekas yang dah basuh ni'...hurmmmmm...touching lah plak anak bujang tu.

Mula tarik muka. Bila abah nya pujuk...meleleh plak air mata dia tu. Aku plak pergi kerja macam tu jer. Tak cium dia dulu. Rasa geram plak pepagi dah buat perangai kan. Konon merajuk lah kan #buruk perangai mak budak ni kan. Dengan anak pon nak merajuk#. Skang ni hati aku sudah rasa tak senang sebab terbayang muka sedih anak dengan air mata dia yang meleleh tu....arghhhhhhh...Kesiannya kimi...kenapalah aku buat macam tu. Pada hal si anak tu dah tarikkan kerusi soh si ibu panjat. Bukannya susah pon kan...huhuhu...

Maafkan ibu yer sayang. Balik ni kita gi pasar malam yer ^_^

Note: Badan Qhalif dedar plak pagi ni. Harap² tak demam lah. 

You Might Also Like

30 komen

  1. hihihi...sama jerk perangai ngan anak sya pun mcmtu jugak suka sgt sentap2..uhuhuhu

    ReplyDelete
  2. alahai.. sabar yer syg.. maybe kita nih kekadang pentingkan diri sendiri tanpa sedar menyakitkan org tersayang..

    ReplyDelete
  3. memang anak2 lelaki zaman sekarang macam tu kot...anak yan si Ikhwan pun sama sikit2 merajuk nak kena pujuk pula tu....

    ReplyDelete
  4. ala kesian anak mama... akakpun selalu gitu.. konon nak bagi pengajaran lepaihtu fikir balik cam salah kita gak... isyh teruknya akak...

    ReplyDelete
  5. Ala...awak. Nape tak amik je bekas tu. Hahahaha! Tak apalah. hati anak ni, bersih. Walau die merajuk, tapi rajuknya tak lama. Entah2 dah lupe. Heeeeee! Jgnlah rs bersalah ya?

    ReplyDelete
  6. hihihi..adakalanya anak2 akan mudah merajuk dan more sensitivity. anak2 saya pun sama jugak

    ReplyDelete
  7. kak, org kata kan..kalo budak2 nama hakimi nie memg cepat sensitif..mcm anak buah sy jgk..silap sikit bergenang je air mata dia, tp xde nak mengamuk2 ke apa..cuma sensitif btl

    ReplyDelete
  8. alahai..anak bujang hati lembut nih..

    ReplyDelete
  9. budak2 tak lari perangai mcm tu..tapi dia orang ni merajuk tak lama...jumpa kawan ok la tu

    ReplyDelete
  10. ala kakkkk...same mcm syahmi la kak....

    pastu kiter yg tak keruan tau 1 hari sebab tadi kiter tak cium peluk dia..huwaa...cepat la ptg!

    ReplyDelete
  11. lahai...sian lak bila baca. kimi, pasni jgn merajuk2 dgn ibu yer...

    ReplyDelete
  12. biasanya selepas marah anak pasti terbit perasaan menyesalkan...huhu

    ReplyDelete
  13. mesti Kimi nie setia orgnya, nak jugak pakai yang tue hihihi

    ReplyDelete
  14. muehe.. same here... tapi tu la bila da geramkan.. bila tringat2 tu.. haish... mulalah nyesal jer.. ^_^

    ReplyDelete
  15. mcm tu lah anak2 kan nok...nak kan perhatian yg sebenarnya...aku pun selalu mcm tu...mula2 marah, pas tu kang menyesal apa yg aku buat tadi tu...huhu...

    ReplyDelete
  16. lebih kurang cam zanial plk,..hehehe,...h

    ReplyDelete
  17. Eh! Sama la ngan my Khalish... X bleh salah skit mesti cepat ja sentapnya..hu hu..jenuh mujuk...

    ReplyDelete
  18. Hoho anak bujang cikgu pun johan air mata

    ReplyDelete
  19. pagi tadi pun liya masahkan qalesya... dah le lambat liya nk pergi dia nk aiskrim lak pepagi buta.. dah tu nk kne beli kat shell jer... adusss

    dah tu tiggalkan dia kt rumah pengasuh dengan qalesya yg melalak .. tk cium n peluk dia pun :(

    ReplyDelete
  20. Samalah kita...bila dah marah anak sian pulak tengo dia balik....

    ReplyDelete
  21. Alahai... ai pun touching tau! Huhuhu

    ReplyDelete
  22. ragam anak2.. mmg gugat kesabaran kiter ni sbg ibu kan..

    ReplyDelete
  23. hehehe.samalah kita fiza.buruk perangai.haha.dgn anak kecik pun nak merajuk.sesungguhnya perempuan ni emosi kan..pastu baru rasa bersalah,pk balik,kita ni nama je matang,tapi dgn budak tak matang pun,duk amik hati.mgkn itulah hati seorang ibu kan...halussss...

    suami kita gaks yang tabah hati melayan pujuk anak.hehehe...

    iman hakimi good boy kan...

    ReplyDelete
  24. aduhh ibu nie kan .. ekke
    kan dah rasa macam bersalah kan bila tinggalkan anak macam tuu

    akak pun sama , bila ada masa2 gi kerja x cium anak2 or else mulalah rasa x sedap nak gi kerja .. huhu

    ReplyDelete
  25. faham sangat hati seorang ibu! sapa yng sayanagkan anak2 kan

    ReplyDelete
  26. hehe..kuat merajuk betul..susah nak pujuk

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive