SIHIR CINTA, PENAWAR SIHIR dan SIHIR PENGASIH HALAL
Thursday, February 14, 2013
Last week berpeluang tengok rancangan Semanis Kurma. Asyik terlepas jer nak tengok tau. Kebetulan tajuknya sangat best iaitu ‘sihir cinta’. Tapi dapat tengok sekejap jer lah. Pastu isnin dapat tgk full version, pon kebetulan plak ada siaran ulangan…ishhhh…asyik kebetulan jer kan☺☺
Ada jugalah point2 penting yang sempat disalin. Berkenaan denga sihir cinta ni. Ianya ada 2 jenis iaitu:
1) SIHIR PENGASIH
Sihir pengasih ni bila cinta tak berbalas. Kita cinta dan suka kat orang tu. Cinta tahap ‘kau adalah nyawaku, kau adalah jantungku, tanpamu matilah aku’ #yang ni aku tambah yer#. Tapi cinta tu hanya bertepuk sebelah tangan. Orang tu tak membalas cinta kita. Cinta ditolak. Tapi dia tak putus asa. Dia cari jalan lain. Jalan nya adalah melalui sihir pengasih ni lah. Dari orang tak suka, terus jadi suka secara tiba2. Lupa segala-galanya. Lupa isteri yang baik dan anak2 yang comel.
2) SIHIR PENUNDUK
Ini pula sihir untuk bagi orang tu dengar cakap kita. Kalau kita benci kat bos kita, kita sihirkan dia bagi bos kita tu ikut cakap kita. Kalau untuk suami pula…nak bagi suami setia hingga hujung nyawa atau takut suami cari pompuan lain #contohnya#, selalunya para2 isteri yang nak tundukkan suami ni mereka buat nasi kangkang/nasi tangas. Dengan cara ini lah sang suami akan ikut telunjuk isteri jer.
Inilah antara sihir cinta yang Ustaz Fauzi terangkan. Scary kan bila membabitkan sihir2 nih. Tak perlu nak sihir2 untuk mendapatkan cinta atau apa2 sahaja. Takkan ke mana pon. Dapat dosa lagi adalah. Ustaz cakap, ada juga sihir pengasih yang halal. Nak tau caranya? Senang…CUMA PERLU SIHIRKAN SUAMI DENGAN MASAKAN2 YANG SEDAP, LAYANAN YANG HEBAT, JANGAN LAWAN CAKAP SUAMI DAN JADI ISTERI YANG SOLEHAH. Itu jer sihir nya…hehehehe…Betul tak? Betul kan. Dan ada 3 jenis doa yang perlu diamalkan iaitu:
Doa Mengelak Sihir
Doa ni elok diamalkan dalam kehidupan harian. Manusia kan…hati busuk. Ada jer yg tak puas hati. Cemburu dengan kebahagiaan orang lain pon boleh mngundang sihir juga. Sebelum kena, baik kita amalkan doa nih:
SURAH AN-NISA ayat 84
SURAH YUSOF ayat 64
SURAH AL-MUKMINUN ayat 97-98
Doa Penunduk Sihir
Yang ni plak doa untuk orang yang dah terkana sihir. Kalau nak tau kita dah terkena sihir ni bila kita rasa perubahan pada diri sendiri. Tetiba terasa cepat baran, hilang selera makan, badan kurus kering dan rasa hati serba tak kena. Kekadang kita tak sedar pon kita dah terkena sihir.
SURAH AL-AKRAF ayat 118-122
SURAH TOHA ayat 69
Doa Membatalkan Sihir
Bila dah terkena sihir tu, kita boleh batalkan sihir dengan amalkan doa dari SURAH YUNUS ayat 80-82.
Berdoa dan yakinlah pada ALLAH. Setiap sihir/penyakit ada penawar dan ubatnya. Semua nya terkandung dalam ayat suci Al-Quran. Pesan Ustaz Fauzi lagi, jadikan SURAH 3 QUL sebagai amalan sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur untuk mengelak dari gangguan2 sihir dan syaiton. Ini juga amalan Rasulullah s.a.w. Caranya:
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
Note: Hati ini pon kekadang tetiba rasa berdebar2…hurmmmm...Semoga kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA dan dijauhkan dari hasad dengki, fitnah dan sihir.
Extra Note: Internet dah ok, tapi masih ditahap yang tak memuaskan sangat. Agak slow sikit. Nanti daku terjah rumah kamu² semua yer...perlahan². Sediakan carpet merah...hahaha...
44 komen
Bahaya sihir menyihir ni. Info yang menarik.
ReplyDeleteBetul tu.Al Quran itu As Syifa...maka kita gunakan lah apa yg Allah dah kurniakan kepada kita sebaiknya
ReplyDeleteBAGUS INFORMASINYA.. SEMOGA DIRI KITA TERHINDAR DARIPADA SIHIR..
ReplyDeleteSemoga kita dijauhkan daripada segala hasad dengki, fitnah dan sihir...amin....
ReplyDeletethanks share info ni kak.. fai pn last week baru sempat tgk. tapi x sempat salin info2 ni..
ReplyDeleteperkara ni la yg sy sgt tktkan kak.. mekaseh bg doa² tu..
ReplyDeletemoga kita semua berada dibawah lindunganNya kan fiza..takut jugak bab sihir2 ni
ReplyDeleteNi ada Part 1 dan Part 2 kan? Yang minggu lepas tu Part 2. Ustazah tu pun ada cakap, tidaklah bahagia sesebuah rumahtangga jika ia berdiri di atas keruntuhan sebuah rumah tangga yang lain.
ReplyDeleteHukum karma tu ada. Lambat atau cepat je.
Alhamdulillah atas perkongsian ilmu...xsempat nk tgk smanis kurma aritu...mntak2 diri kita,kaum keluarga,sanak saudara di jauhkn dr bnda2 yg xelok ni...
ReplyDeleteSihir pwngasih yang halal itu bagus hihi... thx for sharing.. tak sempat nak tengok semanis kurma ni.. kena carik kat tonton nih..
ReplyDeletenice entry~
ReplyDeleteTakutnya.... masih ada lg org yg mengamalkan sihir d zaman modern nie ya.. mintak di jauhkan...
ReplyDeletedah take note dah semua yang akak bold kan tue. thanks kak sudi share. kita tatau kan hati org nie huuuu
ReplyDeleteNice info..
ReplyDeletetakut sebenar nya sihir2 ini.. kekadang kita tak tau ada org yg dengki dgn kita dlm diam.. apa pun sentiasa lah bersangka baik..moga Allah melindungi..amin! :)
Salam. Fiza ni keja kat UEM ke? Kat KL Sentral ke?
ReplyDeleteKadang2 ada jugak saya rasa mcm saya terkena sihir. Tapi bila tgk tanda2 tu, macam takde plak terkait. Tak kurus pun. Makin gomut ada la.
Betul la tu sihir halal. Tak payah gi jumpa bomoh. Jadi isteri solehah sahaja dah cukup. Yang paling boleh memikat hati suami ialah melalui masakan. Wp tak sedap mana, tapi kalo konsisten dan suami terbiasa makan makanan yang dimasak oleh isteri, lama2 selera dia akan rasa masakan isteri dia paling sedap.
Mudah2an kita semua terlindung dari segala niat buruk manusia ni..
ReplyDeletetq for sharing fiza, skrg ni mcm2 org lakukan utk capai apa yg diorg inginkan, moga kita dijauhkan dari perkara tak elok mcm tu
ReplyDeleteaduhh minta dijauhkan dari terkena benda2 macam nie huhu
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini.mmg sihir semakin mjadi2 plak diakhir zaman ni. kita perlu hati hatikan
ReplyDeleteCikgu tgk gak episod ni....harap2 kita semua jauh dari sihir dan perbuatan jahat segala makhluk
ReplyDeletehaaaiihh..kalau kurang ilmu agama..main ngan setan jer lah...kenape nak pakai ilmu sihir bagai..kesian orang yang teraniya tu kan..
ReplyDeletetq kak berkongsi nie, xsmpt nak tgk ri2..boleh simpan sbg panduan nie
ReplyDeleteHidup bergelumang dosa sepanjang hayat andai sihir dijadikan alat memenuhi kehendak diri. Ruginya..
ReplyDeleteTapi kakak takut bila cerita bab sihir ni Fiza. Sebab kita tak arif.
rajin fiza.. baguih good job...
ReplyDeleteakakpun der tengok masatu... memang seram gak yerk... moga kita amalkan kebaikan jer tak payahler nak sihir2kan..
nauzubillah...takut dgn sihir2 ni...harap kita dijauhkan drp perbuatan2 keji mcm ni...
ReplyDeletehmm..kalau nak dpt balasan neraka..main2lah sihir ni selalu..huhu..
ReplyDeleteorg yg menghantar sihir selamatlah di dunia tetapi bersedialah bila dunia terhenti nnt
ReplyDeletetq share this ye
ReplyDeletemacam2 sihirkan....seram pulak baca...tq share..
ReplyDeleteSemoga kita dijauhkan dr segala perbuatan khianat manusia.
ReplyDeletethanks sharing =)
ReplyDeleteamin.mudahan kita dijauhi dari sihir hitam....dan bahaya fitnah.amin.
takut bila ingat psl sihir... mg kita dijauhkn dr semua tu
ReplyDeleteSubhanallah, semoga me tidak terkena mana2 sihir..amin...
ReplyDeleteajar saya sihirkan suami? hehehe insyaallah ..semoga sihir yang kite nak buat tu mujarab dan buat famili kite lebih bahagia :)
ReplyDeleteterima kasih kak berkongsi.
ReplyDeletebetul tu tak payah nak jumpa bomoh bagai
suka sihir pengasih yang halal tu...memang mesti diamalkan oleh para ibu mcm kite nih!...lebih berkat dan bertambah pahala...i like!
ReplyDeletetq Fiza..:)
ReplyDeletebahaya sihir menyihir ni..saya ada sahabat yg kena benda mcm ni..teruk dia dikenakan..
minta dijauhkan dr kita semua
ReplyDeleteAlhamdulillah,sama-samalah kita amalkan selalu . Thanks 4 the info, akak fiza .
ReplyDeletesalam..sy nak share pengalaman abg sayani..dulu die penah berkahwen then cerai lama lepas tu tetibe ckp nk kahwin lg..tapi kami sekeluarga x brp suka si bakal ister (yg skrgnila) cz semua tau abg sy ni jenis memilih n kire hensem jgk dan die pon penah ckp x suke dgn pompuan ni psl perangai x elok n x berapa cun. mmg seksi n ade org ckp dulu die keje layan pelanggan aka GRO..tetibe die pilih tu plk semua terkezut. time stat berkahwan dh mule lupekn ibu sy n family lps kahwen lg teruk siap x penah bg duit kt ibu sblm selalu..jarang dtg ziarah ibu walhal dulu dielah plg rapat. skrg kami adek beradek dh di unfriendkan dlm fb. n yg paling pelikyer dier terlaluuuu sayang kt wife die sampai semuayer sentiasa memuji benda yg wife die buat salah pon jadi betul.kalau kt fb upload pic cium2 bagai n ayat2 cinte mcm nk muntah sape yg baca. semua family even pakcik makcik n kawan2 rapat die ckp mmg abg saya mcm dh terkena. kalau dtg umah yg bini die x nk mkn minum mcm takut2 kami jampi walhal abg tau family die sendiri mcmana. org kata kalau sendiri selalu jampi2 dengan org lain pon die ingat nk buat jampi2 mcm die jgk. now ibu sy sedih dn terkilan cz anak yg dikasihi sudah lupekan ibu dan keluarga sendiri.
ReplyDeleteAstaghfirullah...
ReplyDeletemintak dijauhkan kita semua dari sihir.
thanks for the info :)
ainniah.com
Salam, wah terima kasih share ini, mmg berguna siap dgn ayat2 utk batalkan sihir tersebut.. bahaya lah sihir2 camni :( scary~~ wuwu...dan sekadar nak berkongsi, kita boleh dpt sihir hanya melalui 'pandangan ain' yg bermaksud pandangan mata yg jahat, biasanya kita dpt dpd org yg pandang kita dgn rasa benci dan sngt iri hati...ini yg sgt senang berlaku tp kita xperasan langsung...nak tahu lebih details boleh google kot, sy nak smpikan takut salah info pulak, hehe..
ReplyDeletebagus infonya.... :)
ReplyDeletezaman sekarang ...orang rela menghalalkan segala cara untuk mendapatkan cinta ... termasuk sihir atau guna-guna
ReplyDelete