SAMBAL BELIMBING HITAM yang Sangat Sedap

Wednesday, February 06, 2013




Memang sedap. Serious...super duper sedap. Kalau tak silap, sambal ni sangat terkenal kat Negeri Pahang sana. Betul ker? Kalau salah sila betul kan yer...ahaks...Aku kenal ngan sambal ni pon bila member office bawak. Dia suruh testing. Tak beli pon tak, cuma rasa. Tapi kalau nak, mak dia memang buat sambal ni. Memang member ni orang pahang. 1st time aku makan sambal belimbing hitam...hurmmmm...memang sedap. Belilah sebekas.

Pastu kan, soh lah hubby rasa. Dia pon kata sedap. Makan nasi panas ngan sambal ni pon jadi lah, berselera ko. Bertambah² nasinya. Kebetulan MERTUA datang rumah. Keluarkan lah sambal ni. Lagi sekali...SEDAPPPPPP. Alahaiiiii...rasa rugi plak beli sebekas. Apalagi kan, mak repeat order nok. Terus order 5 bekas. Agak lama gak lah tunggu. Siap hubby tanya 'bila nak dapat sambal ni'...hahaha...dah terjebak yer bang. So...semalam baru dapat. Penantian satu penyiksaan. CIs...tunggu sambal pon satu penyiksaan kan...hahaha...


Ko nampak tak. Ada 5 bekas disitu. Ni tamak ker gelojoh ni...muahahaha...Jangan salah faham yer. Ni nak bagi kat MAK dan MERTUA yer. Pastu hubby nak bawak sebekas. Spare dalam bag katanya. Jangan lupa nak makan sudah lah yer abang. Untuk bulan posa pon ok juga nih. Klo tak sempat nak masak sahur, makan ni jer lah. Haishhhh...bilalah nak ganti posa nih. 

Ada yang terliur ker? Nak sebekas? Maaflah klo ada yang terliur yer. Harga sebekas RM5.00. Kalau nak...meh datang bangi ☺☺. Memang sedap. Tak rugi kalau beli.

Note: Rasa sakit plak tekak nih. Nak demam ker...haishhhh...

You Might Also Like

33 komen

  1. xpernah mkn pun kak..memg wat dr buah belimbing ke?

    ReplyDelete
  2. pernah dengar....tapi belum pernah rasa....dengar cakap2 orang kata sedap...mai lah sebekas nak rasa nie....teliuq nie....

    ReplyDelete
  3. sedap yea..
    hurrmmm..kecur liur plak..

    ReplyDelete
  4. haaa...saya pernah makan sambal hitam ni.mmg best.

    first time makan,kakak ipar yang masak kat kampung.masa tu die baru belajar dari kawannya.
    best!

    ReplyDelete
  5. penah dgr tapi tak penah makan jadi agak jakun disitu hehe

    fiza dok bangi ke, kita selalu g sana beli barang baking

    ReplyDelete
  6. haaaa..terliur saya tgk kak. nak jugak, nak jugak! kalau nak order, dia boleh hantar tak? nak jugak try rasa

    ReplyDelete
  7. adeh sedap nye... kak tolong orderkan boleh ke? mak sape yang buat ni?

    ReplyDelete
  8. TAK PERNAH MAKAN SAMBAL BEGITU..

    ReplyDelete
  9. aku pun suka makan sambal itam ni...sedapp

    ReplyDelete
  10. First time nampak sambal ni...buat dari buah belimbing ke ni ??

    ReplyDelete
  11. jgn kak..kang mlm ni sy dtg btl² kang...

    ReplyDelete
  12. tak penah rasa.... mungkin kalau ke bangi lehler kot

    ReplyDelete
  13. pergghh memang terliur dik
    kat opis akak pun ada org jual sambal nie
    setiap bulan memang kena beli satu
    makan ngan nasi panas2 kan ..
    mak aihh lapar balik ;)

    ReplyDelete
  14. eh...confirm sedap..aritu bwk sambal kering ikan bilis cili api gi bali..mmg layanlah kan..

    ReplyDelete
  15. HA? sedap ke? tak pernah dengar makan pun tak pernah.

    ReplyDelete
  16. aah betul tu Sambal Hitam tu makanan org Pahang, mang sedap...makan ngan nasi panas...lama dah tak makan, nak wat sdr tak pandai ...:)

    ReplyDelete
  17. ewahh kakak nak beli jugak,dah byk kali ni baca sambal beliimbing hitam sodap~sodap~ cer story nak beli kat maner..

    ReplyDelete
  18. Hihi aritu cikgu ada tempek resepi ni, cuma lain skit dgn resepi org pahang....

    ReplyDelete
  19. mmg sedap ni kan !

    ReplyDelete
  20. Oo xpernah mkn la pulak.. kalau pedas mst sedap nie...

    ReplyDelete
  21. belimbing apa tu nok? betul ke sedappp...waaa tetiba mcm teringin

    ReplyDelete
  22. Nak order juga boleh tak hehe nak try jugalah.. ^_~

    ReplyDelete
  23. tak pernah makan la.. ni first time dengar jugak. hmmm menarik tu.

    ReplyDelete
  24. sedap nih..kena tanya mak mentua akak lah tau tak buat sambal nih,pada hal sendiri pun tau,cuma malas nak buat je..hehe

    ReplyDelete
  25. ha ah memang sedap sambal belimbing hitam ni... mmg famous amos di pahang,.. masa dok sana.. bulan posa mmg melantak menda ni je... beli berbekas-bekas... hahaha

    *rindu pulak nak makan ni... sedapnya... meleleh air liur...*

    ReplyDelete
  26. mcmne nk order..da mengidam ni..hoho

    ReplyDelete
  27. mcmne nk order..da lama mengidam n cari ni hoho

    ReplyDelete
  28. kesedapan sambal bergantung juga pada kualiti ikan bilis yg digunakan.
    kalu ikan bilis murah/kurang rm20 se kg maka tak sedap lah sambalnya.

    ReplyDelete
  29. salam, kami ada menjual sambal belimbing ini,jika berminat, anda boleh order dengan kami.anda boleh lawat fb kami : https://www.facebook.com/profile.php?id=100004567245037 atau blog kami siblinghomemade.blogspot.com

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive