Jatuh Terlentang!!!

Tuesday, February 19, 2013


Sadis dan sedih petang semalam. Masa nak amik Qahirah dan Qhalif kat nursery petang semalam. Tetiba pengasuh tu minta maaf "kak..saya nak minta maaf ni". Masa tu dia tengah dukung Qhalif. Terkejut gak aku...kenapa kan? Katanya tadi qhalif jatuh terlentang. Speechless jap.

AKU: Kuat ker? 
PENGASUH: Kuat juga
AKU: Macam mana boleh jatuh?
PENGASUH: Qhalif berdiri, pastu jatuh terlentang. Tak sempat saya nak sambut.
AKU: Ada begkak tak?
PENGASUH: Tak der pulak nampak bengkak 
AKU: Ada muntah² tak lepas jatuh tu?
PENGASUH: Tak ada

 Budak tengah excited nak berjalan

Lega sikit bila aku dengar bila qhalif tak der muntah² lepas jatuh. Kalau ada tanda² muntah lepas jatuh tu, itu dah kira bahaya. Rasa terkilan tu ada juga lah. Sebab budak tengah lasak dan nak belajar berdiri dan berjalan, dia kena bagi perhatian lebih sket. Tapi tu lah, nak salahkan dorang pon tak bley juga kan. Banyak bebudak yang dorang nak kena pantau. Tapi hati sedikit sejuk sebab dia minta maaf dan mengaku salah.

Si Qhalif ni pon bley tahan lasak juga. Suka berdiri, bergantung kat mana² tempat. Kekadang aku nak masak pon tak aman dibuatnya. Tengok² dah berdiri jer...berpaut kat meja. Badan tak balance lagi. Terkejar² lah aku takut dia jatuh. Tengah masak pon dia nak berpaut kat kaki ni ha. Acaner nak masak. Letak kat ruang tamu...ke dapur juga yang ditujunya. Walker memang aku tak beli. Tapi bila dah active macam nih, rasa macam nak beli walker plak. Buat masa ni si Qhalif belajar berjalan dengan kerusi tu lah ^_^.

Note: Kat nursery jatuh terlentang. Kat umah plak tersembam dahi...alahaiiiiii...rasa macam nak letak tilam satu rumah.


You Might Also Like

38 komen

  1. alahai qhalif..cian nye dia..mtk2 xde ape2 la..

    ReplyDelete
  2. time ni la parah skit nak bagi perhaitan kan kak..

    ReplyDelete
  3. sama la ngn anak sy.. jatuh tersembam semalam.. benjol kat dahi.. org baru nak dpt kaki, mmg x reti dok diam

    ReplyDelete
  4. jatuh tu yg buat diorang belajar cuma kita sbg parents kena sentiasa waspada supaya takde perkara serius berlaku... ank sy pun brapa kali terlentang, brapa kali tersembam... tp mujur xde ape... itu pelajaran yg die kena blajar...

    ReplyDelete
  5. kesiannya qhalif. mujurlah tak apa2. huhu. gitulah kan kak kalau dok kt taska. mcm2 kena. anak saya pernah kena rotavirus dulu pun dpt jangkitan dari taska. huhuhu. serik dah nak anta lagi

    * bambam pun ada baju warna oren tu. tp x muat dah :)

    ReplyDelete
  6. Awak, biaselah tu. Budak nak belaja jln. Mmg mdah jth. Tp jgn risau....tempurung kepala anak ade sifat melantun. Tp still kena hati2. Walau melantun, tetap fragile. Hrp seme selamat ya?

    ReplyDelete
  7. Dah pandai nak bertatih dah ye Qhaliff nie. Memang perlu dipantau selalu lah macam nie.

    ReplyDelete
  8. budak2 kalau jatuh tu biasa, tapi kalau asyik jatuh jer tu yang luar biasa.

    ReplyDelete
  9. alahai cian Qhalif..moga xde papelah ye

    budak lelaki kan..sama dengan si Syakil tu..lepas satu, satu tanda kat muka dia..isk isk iskk

    ReplyDelete
  10. ANAK SAYA DAH BERAPA KALI MALAM-MALAM DIA TERJUN DARI ATAS KATIL.. ADUHAI..

    ReplyDelete
  11. adehh..anak belajar bljn pon kita riso kan..psl ni lah jth kena kepala..plg tkut lps jth muntah..

    ReplyDelete
  12. jatuh sikit2 biasalah kata org budak tak jatuh x membesar. tapi kalu ada simpton2 lan kena bawak g doktor lah

    ReplyDelete
  13. dulupun masa azalia duk ngan pengasuh der gak berlaku.. tapi selalu dia bagitahu awal2... akak kata memang budak gituler ... lagipun kita yang bela anak sorangjer pun tak sempat nak tengok bebetoikan,,, inikan dia jaga ramai.. tak dapat dia nak tumpuan penuh... doakan yang terbaik jer untuk anak2...

    ReplyDelete
  14. ariq pun penah jatuh terlentang
    tgh memanjat mcm tu la.
    sronok nak berdiri walaupun diri tak stabil.

    ReplyDelete
  15. alahai kesiannya qhalif.. bila anak2 dh mula melasak ni maknye mmg over risau kak... yelah, tak boleh leka sesaat. ade jer yg dibuatnye kang..

    ReplyDelete
  16. qhalif tgh melasak ye fiza, tulah dulu pernah terfikir nak ikat lampi kat kepala supaya jatuh tu takdelah sakit, hopefully qhalif baik2 sahaja ;)

    ReplyDelete
  17. cikgu yg jaga anak sendiri ni pun xtau berapa kali jatuh dah. Cikgu cadangkan beli alaa apa benda namanya tu....mcm puzzle besar2 tp boleh letak kat lantai tu. Kalau budak jatuh pun x sakit.

    ReplyDelete
  18. reda sikit marah tu kalau pengasuh tu mengaku salah dan minta maaf... kalau dia buat tak tahu je... mmg wajib marah la kan?!

    ReplyDelete
  19. Budak baru nak dapat kaki kan kak, si Jj dulu ni pun gedebuk2 jatuhnya tapi tak serik, itu dengan saya sendiri, kalau ngan orang lain dah saya marah hahaha.

    ReplyDelete
  20. salam fiza
    Pergh qhalif dlm proses nak belajar berdiri upanya.

    ReplyDelete
  21. budak2 tgh nak melasak kak, kalo tersalah pandang mcm tuelah jadinya..riso jgk kdg2kan..yerlah nak perhatikan 24jam memg susahla, dlm kita berjaga2 pun jatuh jgk..

    ReplyDelete
  22. memang rasa nak letak tilam seluruh dalam rumah tu.. supaya selamat dahi2 anak kita.. sabo jelah

    ReplyDelete
  23. Amboi... nak letak tilam satu rumah. Keke..

    Kira baik la pengasuh tu mengaku dan mintak maaf. Sekurang2nya apa yg terjadi di dalam pengetahuan fiza. Betul la takleh salahkan pengasuh, sebab sedangkan mak sendiri jaga pun mesti ada anak terjatuh kan. Asalkan Qhalif okay, itu pun dah cukup.

    ReplyDelete
  24. ya ALLAH comel gila anak akak ni grrrr

    ReplyDelete
  25. suka qhalif jalan2 tolak kerusi ye..
    itula kan risau je anak2 kalu jatuh mcm tu

    ReplyDelete
  26. budak 2 tengah macam nie...memang asyik jatuh je...tapi kena hati2 risau kalau selalu jatuh pun...

    ReplyDelete
  27. tgh aktif..
    mmg cm tu kn akk..
    xcited nk bjln tu..
    hik3..
    hope tak da pe2 yg tak elok jd..

    ReplyDelete
  28. mmg risau betul kalau anak jatuh ni..tgh lasak gini mmg nk kena beri perhatian sikit...nasib baik tak muntah2..

    ReplyDelete
  29. Sian Qhalif,nie masa tgh nak belajar berjlnlah ya?

    ReplyDelete
  30. Sian dgn Qhalif,nie tgh nak belajar berjlnlah ya?

    ReplyDelete
  31. budak time2 nak membersar, lasak sikit. mmg nk kena bagi perhatian tu kak. harap2 xde pape la

    ReplyDelete
  32. alahai ralat rasanya.. tapi apakan daya.. tengah lasak kan..
    macam rayyan jugak ni

    ReplyDelete
  33. alahai ralat rasanya.. tapi apakan daya.. tengah lasak kan..
    macam rayyan jugak ni

    ReplyDelete
  34. Mmg gitu kan fiza..budak tgh melasak,lagi nak berlajar jalan..terhantuk terlentang terbalik semua ada.
    Papepun,mudahan semuanya sihat..

    Iman aktif ya....hehe...budak pandai ni

    ReplyDelete
  35. sama la tu Fiza..anak saya sekarang pun dah mula belajar berdiri pas tu jalan perlahan2..ada bebrapa kali juga terjatuh..kesian..saya pun ras nak letak tilam satu rumah..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive