BAYI DILAMBUNG dan DICAMPAK - Pembantu Rumah MENTAL!!!!

Monday, February 18, 2013





Mesti ramai yang dah tau dan dah tengok video tu kan. Ker ada yang tak tau lagi? Bagi aku pembantu rumah tu memang mental. Gila lah senang cakap kan. Kalau orang yang berfikiran waras, dia takkan buat bayi yang baru berusia 4 bulan tu macam tu. Masa tengok video tu kat berita Sabtu aritu. Hati aku plak yang berdebar²...terjerit² dibuatnya. Memang scary dan sedih lah. Rasa macam nak nangis. Apalah salah baby tu sampai ko lambung dan campak macam tu skali. Macam anak patung ko kerjakan baby tu.

Nasib baiklah CCTV tu bersambung dengan Telephone Pintar. Kalau tak...tak tau lah apa akan jadi. Aku yang tengok pon rasa trauma. Inikan pulak parents baby Mohamed Hareez. Difahamkan...baby Mohamed Hareez mengalami kecederaan dalaman selain dari bengkak dan lebam. Ya! Allah...kesiannya. Semoga Baby Mohamad Hareez cepat sembuh dan kecederaan dalaman nya tak serious. Dan semoga kembali active seperti sedia kala.

Source: SINI

PILU… Nina Suraya, 24, mengenangkan nasib anaknya Mohamed Hareez empat bulan yang didera pembantu rumah ketika tinjauan fotoBernama di Kuantan, hari ini. Menurut Nina anaknya Hareez yang dahulu aktif sekarang hanya banyak tidur selepas dilambung di ruang tamu sehingga terjatuh oleh pembantu rumah yang baru bekerja satu hari di rumahnya di Bukit Setongkol semalam. Pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010. - BERNAMA

Pembantu Rumah Disyaki Lambung Bayi Ditahan Reman 

KUANTAN, 17 Feb (Bernama) -- Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.

"Suspek ditahan sejak 15 Feb lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama.

Pada 15 Feb lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.

Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.

Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA

Note: Semoga pembantu rumah tu mendapat pembalasan yang setimpal. Agen pembantu rumah pon patut diambil tindakan kerana cuai dan tak meneliti tahap kesihatan fizikal dan mental pembantu rumah. Tapi bukan sebelum diambil bekerja, mereka perlu buat pemeriksaan kesihatan ker?...hurmmmm...


You Might Also Like

39 komen

  1. salam fiza..

    semakin hari semakin takut nak mengambil pembantu rumah ni untuk menjaga anak2 kita..nasib baik pasangna ini cerdik install kamera dirumah maka bolehlah di rakam apa benda pun yg terjadi tapi tak sangka sungguh sanggup dia buat baby tu macam roti canai. Pycho tahap melampau ni...

    ReplyDelete
  2. memang giler...
    nak tengok video dia...jup google

    ReplyDelete
  3. pagi tadi sempat tengok headline paper tapi tak baca cerita sepenuhnya

    video kat youtube pun dah x leh tengok..

    giler la amah nie..harap² dia terima hukuman yang setimpal

    and harap² baby hareez juga sembuh..

    ReplyDelete
  4. x snaggup nk tgk video tu sampai habis !

    ReplyDelete
  5. mmg bodo maid tu..sedih i terbyg baby yg x berdaya tu.

    ReplyDelete
  6. sedih sgt2 tgk video tu..x sangka kejam sungguh amah tu..klu ade kt depan saya mmg teruk amah tu saya keje kan..

    bdk sekecik tu diperlakukan cm tu..Ya Allah..mg dpt balasan yg setimpal atas ape yg dia buat kt baby tu...

    ReplyDelete
  7. eeeeee...geram je bila tengok benda2 macam nie...kesian si kecil tu...memang sakit mental lah nie...

    ReplyDelete
  8. oh baru keja sehari ke, gila betullah, ngeri kalau tgk

    ReplyDelete
  9. memang bangang amah tu.. seriau betol!

    ReplyDelete
  10. Mmg geram tgk video nie...! Setuju dengan Fiza..sepatutnya semua pembantu rumah nie kena periksa tahap kesihatan mental dorang. Ni nmpk nrmal tp rupanya x betul!

    ReplyDelete
  11. teruk kan kak. mmg mental giler la dia ni! geram pulak tgk. mula2 dpt info psl ni pun dari facebook. bila tgk video ni sendiri kt berita semlm, lg la bertmbh geram. rasa nak sepak terajang je pompuan giler ni. tp kan kak, kes pembantu rumah mcm ni dah bnyk kali terjadi tau. baru2 ni, officemate saya punya maid lari. baru 2-3 hari kerja pulak tu. teruk la diorg ni!

    ReplyDelete
  12. baru tengok video tu semalam.. geramnya yg amat.. sebab tu bila hubby ajak amik maid sy terus tolak mentah2. biar la sy penat dr sy perjudikan nasib anak sy..

    setiap kali baca psl ni kt mana2 blog pun perasaan geram tu tetap membuak2

    ReplyDelete
  13. memamg GILER! kita tgk rsa macam luruh hati seorang ibu..sgt tk sggup nk tgk..apa lg ibu dia sdri..sedih lah ckuplah skli tgk lam brita tkmmpu dh nktgk video org share2 kt FB

    ReplyDelete
  14. kesian bb tu yang tak tau pape lg dibuat camtu...naseb la xcedera parah.

    ReplyDelete
  15. Gila!
    Tu sebab saya mmg strict...saya rela wife saya jadi h/wife...boleh besarkan & didik & jaga anak anak kami...

    Kalau ada bibik pun, bibik tak patut jaga anak...setakat kemas rumah/mop/vacuum/etc..tu kerja bibik. Menjaga dan mendidik anak anak ialah tugas ibubapa. Ini pandangan saya.

    ReplyDelete
  16. x berani nak tgk video camni...sedih!!!!

    ReplyDelete
  17. tengok banyak kali pon masih seriau ..mashaallah ..jangan laa jadi kat anak anak kite ..nauzubillah ..

    ReplyDelete
  18. hati mana x debar anak baru 4 bulan uuuuu huhuhu
    kalau dah besar pun kita sakit ati inikan bb !

    memang dia mental .. nasib baik lahh bb x mati huhuh

    ReplyDelete
  19. tak tau la mcmna nak berdepan kalau kes ni kena kat kita kan..pilu tgk gambar tu..moga baby tu dilindungi..

    ReplyDelete
  20. anak kucing pun kita tak sanggup nk lambung..camne dia tergamak ye lambung anak kecil tu..

    ReplyDelete
  21. KASIHAN BUDAK TU.. APELAH DOSANYA.. MEMANG NAMPAK MACAM BIBIK TU ADA MASALAH MENTAL.. DI SINI, AGEN YANG MEMBEKALKAN AMAH TERSEBUT SEHARUSNYA TIDAK TERLEPAS DARIPADA HUKUMAN KERANA MEMBEKALKAN PEMBANTU RUMAH YANG ENTAH APA-APA..

    ReplyDelete
  22. Dah tengok video ni.. GILA kot pompuan tu..sakit hati sy tgk.. tak boleh terima lah mcm mana dia boleh buat mcm tu!..isk!!

    ReplyDelete
  23. as-salam..
    maaf lama tak singgah sini kak..
    ciksu bercuti. hihi

    dia ingt anak patung kot .geram je nengok tau :D

    ReplyDelete
  24. semoga pembantu rumah tuh diberi hukuman yg setimpal...kesian kat kanak2 kecil tuh...

    ReplyDelete
  25. eee geram betoi la... sakit hati kat amah tuh!!

    ReplyDelete
  26. Geram cam nak campak2 juga amah tu.....terjerit juga tengo berita hari tu...moga tak ada apa2 yg buruk berlaku kat baby tu....

    ReplyDelete
  27. akakpun tak puas hati ngan agen tu.. dapat duitjer tapi takder niat untuk membantu langsung.. nak kayajer... isyh geram...

    ReplyDelete
  28. kira tak sanggup nak tgk bideo tue ;(

    ReplyDelete
  29. serius memang nampak maid ni tak sihat mental...aduhaiii..ngerinya. kesian sgt hareez. doa sangat2 moga dia okey2 je

    ReplyDelete
  30. tgk gak video tu mlm td..ngeri nye. sakit gile hati tgk maid gile tu

    ReplyDelete
  31. bukan mental aje tu...plus b*d*h...GERAM betul tgok tau! b*ng*ng pun ye gak!...haaa..kan da maki pepagi nih!...adoii....

    ReplyDelete
  32. betul tu fiza... patutnya kene selidik kesihatan bkn dari segi fizikal aje.. mental pun perlu gak..

    ReplyDelete
  33. Fiza, bila terbaca berita ini geram sangat dekat pembantu tu..
    saya tak sanggup tengok baby tu dilambung..terjerit tengok baby tu kena lambung..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive