Anak² - Marah kerana SAYANG dan untuk MENDIDIK

Thursday, February 07, 2013


Renungan pagi Khamis. Peringatan buat ibubapa diluar sana dan juga buat diri sendiri. Setiap dari kita tak pernah lari dari memarahi anak² kan. Sejujurnya...masa ada anak pertama, tahap kesabaran saya masih tinggi. Tapi bila anak dah bertambah nih, tahap kesabaran mula luntur sedikit demi sedikit. Ya! allah...kekadang rasa macam dirasuk SYAITONNNN. Bila dah puas marah baru tersedar. Kesian bila tengok anak nangis *tears*. Setiap hari berdoa padaNYA supaya diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menangani kerenah anak². Sekarang saya cuba perbaiki tahap kemarahan saya. Dan nak mencabar diri sendiri ☺☺. Kekadang kerana masalah² yang tersembunyi buat kita jadi macam nih kan. Tempiasnya kena kat anak juga...hurmmmm...

Ok lah, lebih² plak kan. Jom baca nih:

Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Untuk renungan hari ini. Senyum.


Kredit status : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Note: Nak up entry ni pon amik masa. Nak follow pon tak boleh...haishhhhh...Bilalah tenet nak ok ni.


You Might Also Like

30 komen

  1. baru balik dari kursus parenting skill smlm :)

    ReplyDelete
  2. huhuuhuh..setuju sgt2..saya pon sama..kdg2 tak leh nak kawal marah tu..

    tp bila dh marah..baru sdr..nape la nk mrh..

    tq2..info yg bagus..

    ReplyDelete
  3. terasa insaf pulak bila baca entry akak. kdg2 mmg kita akan terasa bersalah secara automatik. ye la kan, diorg masih kecil buat apelah kita nak marah2. thanks for this entry kak. :)

    ReplyDelete
  4. Suka... suka baca entri ni sebab memang bukan penyabar orangnya haha...

    ReplyDelete
  5. SAYA PUN KADANGKALA MARAH JUGA ANAK SAYA.. TAPI KERANA HENDAK MENDIDIK..

    ReplyDelete
  6. Sangat indah perbandingan dibuat antara bercakap kuat-kuat dan bisik-bisik Fiza. Kakak marah anak adalah Fiza tapi pukul anak memang bapak kakak dah pesan pada semua anak-anak dia jgn pukul anak (cucu dialah) sebab bapak kakak tak pernah pukul anak-anak dia.

    Marah sikit-sikit kena juga Fiza. Bila dah masuk 9 tahun dah ok dah boleh dengar - buat Fiza masa ini kena banyakkan sabar.

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah... kalau ada niat n berusaha pasti Tuhan akan tolong.. firstly, bersihkan minda kita dulu dr segala masalah... mksud saya, kalau ada mslh tu, sendiri2 kita, jgn lps kat ank... kesian dorg jd mgsa kita...

    kdg ada mslh keluarga mslh kerja.. biasalah kan... cuma fiza kne belajar control diri...

    saya ni alhamdulillah xkeje so, xda stress dr tmpat keje...

    emmmmm bila fiza dgn ank2 kan, fikirkan yg hari tu adlh hari terakhir bersama mereka... itu slh satu cara kita nk psyco diri kita dr jd pemarah.. :)

    ReplyDelete
  8. Nice sharing...saya pun kadang2 hilang sabar dgn karenah anak2 tp lepas marah cam menyesal pulak...

    ReplyDelete
  9. betul tu, kengkadang tekanan tempat kerja pun salah satu faktor kita marahkan anak....huhu...

    aku pun masih dlm percubaan nak kawal kemarahan biar berpada2...

    ReplyDelete
  10. betol tu fiza kesabaran berdepan ank2 memang kena tinggi..kena selalu ingatkan diri anak tu amanah Allah.

    ReplyDelete
  11. Bila nak mrh, dah lupa matang tu pi mana hihi

    ReplyDelete
  12. betul la pemerhatian awak...masa anak sorang, saya punya tahap kesabaran tinggi...bila dah ada dua orang ni, mudah sikit marah kan anak...hihihihih

    ReplyDelete
  13. thx for sharing the info..sbg manusia biasa kita mmg tak lepas dari sifat ammarah..insyaallah..pelan2 kita didik diri kita supaya jadi ibu bapa yang terbaik buat anak2..moga anak2 juga menjadi anak2 yg soleh dan solehah...

    ReplyDelete
  14. betul tu fiza..bila marah tak sedar diri rasanya..lepas tu baru rasa sedih tgk muka anak..moga kita diberi kesabaran yg tinggi dalam mendidik anak2 kita

    ReplyDelete
  15. tuler pasalkan.. akakpun selalu gak marah2 ngan anak2.. isyh berubah kena berubah.. tuler kadang cuba cakap selembut mungkin.. tapi kalau dah tak leh sabar memangler menjerit mak diaorang.. berubah.. berubah...

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah kak wani masih lg boleh kawal diri dr marah anak...tima kasih berkongsi kak

    ReplyDelete
  17. setuju dik
    kadang2 tuu kita diselubungi perasaan marah , payah nak hilangkan .dan bukan mudah nak belajar utk sabar dan tidak marah huhuh

    nak ibu yg bekerjaya macam kita nie huhuh

    ReplyDelete
  18. hmmm tetiba rasa sayu plk bila bca yg no 1 dan 2 tu..sy selalu mrahkan si darwisy..mmg kdg2 sy rsa kenapa dia tkleh paham apa sy mksudkan..alahai dia masih anak kecil..mmg tkkn paham sbb bru lg nak teroka..sedihnyaaaaaaaaaaa :'(

    ReplyDelete
  19. susahnyaaaa nak buat camni tapi cuba gakla sedaya upaya nok...

    ReplyDelete
  20. Thanks sharing.
    Sgt terkesan di hati..

    Betul..bila anak dah jadi anak anak..kita mmg kadang laginpayah kawal emosi.lagi lah cam saya duk ngadap anak anak 24jam kan.
    Kadang saya sendiri muhasabah diri...cuba tingkatkan kesabaran...hehe

    ReplyDelete
  21. Bagus info ni..kdg2 bila nk marah tu automatik nada ni jadi tinggi. Insyaallah.. Cuba perbaiki diri setiap hari.

    ReplyDelete
  22. salam kenal.. :)
    ada betul nya juga ya.. saya pun terlalu ikutkan emosi bila marah anak2 ni.. tapi skunk ni ok sikit.. just mulut aje.. klo dulu dah terbiasa naik tgn. smpai berbirat2 badan ank sulung saya tu.. (lelaki) susah sikit nk dgr arahan apatah lagi ikut. skunk ni mmg marah2 mulut aje.. tapi lagi geram bila diarang baut xthu aje.. sampai sakit tekak ni terpekik2.. hahah salahnya sndiri kan yg matang x berfikiran rasional yg ank2 tu belum matang dan masih memerlukan kasih sayang n tunjuk ajar.. hum.. TQ TQ mengingatkan..

    ReplyDelete
  23. kena muhasabah diri banyak2 saya ni.. kadang2 melenting tak bertempat. sian anak.

    ReplyDelete
  24. betullah. Umi pun selalu kata camtu!

    ReplyDelete
  25. apapun tindakan kita kena berpada2

    ReplyDelete
  26. terima kasih mengingati,..mmg kerenah anak buat kita termarah tanpa sedar

    ReplyDelete
  27. jgn kata yg anak ramai.. saya yg anak satu pun kdg³ terlepas jugak.. marahnya tu...

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive