Janganlah Bersedih Wahai JIWA...

Thursday, January 17, 2013

Melayan perasaan di pagi hari. Tak tau lah kenapa...tetiba perasaan sedih meresap secara tiba² dalam diri ini. Sambil taip, sambil dengar lagu OPICK...Ya! Allah, bertambah sedih jadinya. Jangan bersedih wahai Fiza, ALLAH kan ada. Kata² semangat buat diri sendiri.

sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT,
percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya –
hikmah tersembunyi.

Jangalah bersedih wahai
jiwa yang tenang, kerana
bersangatan sedih itu
membuatkan dirimu
dinodai Syaitan.

Janganlah bersedih wahai
jiwa yang lara, kerana
bersama engkau ialah
Allah Yang Maha
Mendengar rintihan
hamba-hambanya.

 “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

 SEMAKIN Allah sayang kepada seseorang hambanya,
SEMAKIN kuat ujian buatnya...

  Kadang-kadang, ALLAH sengaja menghadirkan seseorang untuk membuat kita JATUH dan PUTUS ASA kerana DIA mahu kamu BELAJAR untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain selain dariNYA..

Kebahagiaan itu umpama mengutip serpihan kaca yg pecah.. Ada yg berjaya mengutip dgn banyak dan ada yg sedikit.. TETAPI!! tiada seorang pun yg berjaya mengutip kesemuanya.. manakala semasa mengutip, pasti ada yg akan terluka.. Kuatkan hati..

Walau apa pun terjadi, mesti redah.. biarpun susah, biarpun payah kerana kita ada ALLAH.. Cukuplah ALLAH bagi kita.. ALLAH sebaik2 pemelihara.. ALLAH sebaik2 penjaga.. ALLAH is first and foremost! 

Bila engkau letih dan hilang semangat, allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka, Allah telah mengira titis air matamu
Bila engkau rasa tenggelam dan masa meniggalkanmu, Allah tetap bersamamu
Allah tetap bersamamu bila engkau kebuntuan akal, maka Allah adalah penunjuk jalan
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah

Allah akan berterusan memberikan ujian sehinggalah pada satu masa, hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun daripada manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.

Note:   Buat orang² yang diuji, ambillah masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah. Peringatan buat diri sendiri dan juga kamu semua...Ketahuilah, mereka yang bahagia atas penderitaan orang lain tak kan pernah bahagia selama-lamanya. What goes around comes around. Remember? It's the price you have to pay for it. Harga sebuah kebahagiaan tak kan pernah mampu di beli dengan melukakan hari orang lain.

You Might Also Like

39 komen

  1. USAH SELALU BERSEDIH FIZA OOII...

    ReplyDelete
  2. Setiap dugaan ada hikmah disebaliknya....

    ReplyDelete
  3. kdgkala kita tak perasan yg setiap ujian dan dugaan itu ada hikmahnya. Allah ada di sisi kita sebenarnya. kita je yg kdg2 tak tau semua tu. sabar ye kak. insyaallah, pasti ada sinar cahaya nnt. happy2 selalu k :)

    ReplyDelete
  4. semoga ko tenang2 je ye nok...apa pun masalahnya moga ada jln penyelesaian..

    ReplyDelete
  5. betul tu fiza...banyak2 bersabar bila Allah bagi ujian maknanya Allah sayang kita....perbanyakkan bermunajat ke padanya....moga cepat hilang semua kesedihan di jiwa....

    ReplyDelete
  6. jangan bersedih.. jadilah insan paling bahagia.. senyum...

    ReplyDelete
  7. Betul tu... peringatan untuk saya juga..

    ReplyDelete
  8. hurmmmm

    jauh dalam hati..ade juga perasaan begitu

    ReplyDelete
  9. Eloklah Fiza kalau boleh memotivasikan diri sendiri. Kakak ikut termotivate sama bila baca N3 Fiza nie.

    ReplyDelete
  10. Jangan bersedih Fiza.. banyak kan sabar... kdg2 bila sendiri sllu juga merenung diri...:)

    ReplyDelete
  11. kenapa ni kak...jangan sedih-sedih yer..

    ReplyDelete
  12. menangis dan mintalah pada yang esa..hanya dia yg mampu menggembirakan kamu...

    ReplyDelete
  13. salam fiza..nape sedih2 ni?
    kuatkan semangat walau apapun berlaku ye

    ReplyDelete
  14. tabah dan kuatlah mengharungi ujian yang datang sahabatku...

    aku tidak ngerti ape2, cuma itu saje yang mampu ku tujukan buatmu..

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum fiza...InshaAllah...:)

    ReplyDelete
  16. akak..jgn la bersedih ye..tp kan kdg2 biasa la tu kan..tiba2 je perasaan sedih yg nta dtg dr mana tu menjenguk kat hati..ada masa sy mcm tu gak..tiba2 sedih :) tp percaya la semua tu sementara je :)

    ReplyDelete
  17. salam sis fiza
    Tirana adukadtg melawat

    ReplyDelete
  18. sayu je baca catatan ni... stay srong fiza

    ReplyDelete
  19. xmo sedih2 kak...Allah bagi ujian kat kita tanda DIA sayangkan kita

    ReplyDelete
  20. Nape ni sedih2 fiza? Ceria selalu ye.

    Tapi sekali sekala sedih pun bagus. Dpt mendekatkan diri dgn Allah.

    ReplyDelete
  21. as-salam kak.
    terima kasih kak berkongsi.


    in shaa ALLAH..kuatkan hati ..masih menanti :D

    akak,
    meh sini cik su nak jawab pertanyaan bb dekat header tu siapa :D

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/selamat-hari-lahir-darwisya.html

    ReplyDelete
  22. setuju dikk
    sob sob sob

    dalam hati hanya allah sahaja yg tahu .. kita memang kena kuat kan :(

    ReplyDelete
  23. moga semuanyer ok ye

    ReplyDelete
  24. agreed..!!
    what goes around comes around..

    ReplyDelete
  25. thanks sharing fiza..
    kadang kita sendiri alpa..kena diingat selalu

    ReplyDelete
  26. nape sedih2 ni....zikir dan selawat banyak2 yer. anis suka dengar lagu opick tajuk rapuh tu. rasa dekat jer dengan Dia bila dengar lagu tu

    ReplyDelete
  27. tq perkongsian ini Fiza..

    terdiam sejenak..bila baca entry ini

    ReplyDelete
  28. betul fiza, moga kita akan terus ceria utk menhadapi hari2 mendatabg ;)

    ReplyDelete
  29. Kadang-kadang, ALLAH sengaja menghadirkan seseorang untuk membuat kita JATUH dan PUTUS ASA kerana DIA mahu kamu BELAJAR untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain selain dariNYA..

    p/s: suka dengan kata-kata ni sis, yang penting kita akan lebih dekat dengan ALLAH.ada hikmah semua tu.:)

    ReplyDelete
  30. Pernah jugak kena macam ni..tetiba rasa sedih..sayu..tak tau punca..

    Biasa nieza buat..amik air sembahyang..selawat 3 kali..sapu kat muka

    ReplyDelete
  31. lya x tahu apa y menimpa fiza.. tp lya percaya pasti sekarang fiza dlm kesusahan & sdg diuji & mungkin perasaan tganggu oleh sesorng atau sesuatu perkara...

    nk mtk bersabar... tp y melalui sungguh peritkan.. cuma lya blh katakan..redha lah dgn apa y berlaku.. jika kt redha kt akan dpt harunginya dgn baik...

    dan percaya juga pada janji allah swt.. org teraniaya akan selalu dilindungi allahh swt..

    pasti pelangi akan muncul... cuma utk mendapatkan keindahan pelangi tu kt kna tempuhi dulu.. hujan+kilat+ribut_angin+taufan.....

    ReplyDelete
  32. orang yang sentiasa diuji Nya adalah orang yang sangat Dia kasihi dan rindui :)

    ReplyDelete
  33. moga fiza tabah hadapi segala dugaan..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive