Cara Penyimpanan SUSU IBU (EBM)
Tuesday, January 08, 2013
Breastfeeding time. Kali ni nak citer pasal cara penyimpana susu ibu yang betul. Kali ni ada requested dari Mrs Lurve. Dah lama juga dia bertanya. Sebelum mommy to be ni bersalin, baik kita bagi dia ilmu dulu. Sebab penyusuan susu ibu perlukan ilmu. Bila ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayi secara ekslusif. semua ibu perlu tahu cara pnyimpanan susu ibu yang betul. Sebab kita nak kan yang terbaik untuk anak kita kan.
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Hasil perahan ku ☺☺
- Peti sejuk bahagian bawah - susu tahan 3-5 hari bergantung pada suhu peti ais tersebut
- Peti sejuk bahagian atas/sejuk beku - susu tahan 3 bulan
- Deep Freezer - susu tahan 6 bulan
- Pada suhu bilik - susu tahan 4 jam
- Cooler Bag/Box - susu tahan 12-24 jam
- Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
- Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
- Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
- Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
- Jika anda nak gunakan susu yang telah dibekukan esok hari, turunkan susu tersebut ke peti sejuk bawah pada sebelah malamnya
- Bila bayi nak minum, rendamkan susu tersebut dalam air panas suam (tidak terlalu panas kerana ia akan merosakkan nutrien dan antibodi yang terdapat di dalam susu)
- Goyangkan susu tersebut secara perlahan untuk memberi susu sekata pada susu dan rasa dahulu suhu susu sebelum memberikan terus pada bayi
- Jika bayi anda dijaga oleh pengasuh, seeloknya sediakan 'warmer' bagi memudahkan pengasuh memanaskan susu anda.
- Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
- Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.
- Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2-4 oz sahaja untuk setiap bekas.
- Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
- Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.
- Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).
- Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.
- Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang di gunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
Info Tambahan bagi Ibu Berkerjaya
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).
Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Source: Mommyiskandar.com dan momschoice.com
Ok semua. Pelajaran untuk petang nih. Buat bakal² ibu di luar sana, di harap info ni dapat membantu. Ingat...bukan mudah nak fully breastfeed. Especially untuk ibu² yang berkerjaya. Keazaman, kecekalan, semangat yang tinggi dan yang paling penting adalah ilmu kena ada. Dan jangan mudah putus asa.
Source: Mommyiskandar.com dan momschoice.com
Ok semua. Pelajaran untuk petang nih. Buat bakal² ibu di luar sana, di harap info ni dapat membantu. Ingat...bukan mudah nak fully breastfeed. Especially untuk ibu² yang berkerjaya. Keazaman, kecekalan, semangat yang tinggi dan yang paling penting adalah ilmu kena ada. Dan jangan mudah putus asa.
Note: Susuku merudum secara tiba². Stress kot...haishhhhh...
45 komen
great
ReplyDeleteTerima kasih utk info ini
ReplyDeletePANJANG LEBAR AWAK TERANGKAN.. MMG AGAK MENCABARKAN KALAU NAK MENYUSUKAN ANAK SEPENUHNYA LAGI² BEKERJA.. PERLU SGT SOKONGAN ORG SEKELILING...
ReplyDeleteBaguslah info ni.. Mieza belum berpengelaman lagi.. Tapi baca ni sekurang2nya dapat menambah ilmu penyimpanan susu ibu dengan cara yang betul.. Boleh Mieza share info ni kat blog Mieza ? =)
ReplyDeletesaya x da susu lg..kihkih
ReplyDeleteseronoknye tengok susu susu dalam peti ais tu sis.
ReplyDeleteboleh jadi kan semangat utk mommy2 sume bf baby :)
banyak nyer stok.. rajin awak ekk....
ReplyDeleteORANG RUMAH SAYA PUN BEGITU DULU.. PENUH PETI AIS..
ReplyDeleteBestnya dapat bf anak lama...saya 2 bulan gitu dah berhenti sbb takde susu....suda cuba mcm2 cara mmg tak nak kluar dah ...huhu
ReplyDeletenice sharing ni..simpan ajaran ni utk Na jd ibu nanty hehe
ReplyDeletelama xbuat ebm.. rindu
ReplyDeleteariq paling senang menyusu
direct bf je
xde pakai botol
dan maknya xperlu nk pam2 dh hehe
Kakak bila baca bab BF ini terasa rugiii sangat Fiza sebab dulu kakak susu banyak tapi kalau masa kerja buang macam tu aje.Dulu kurang pendedahan macam ini. Akibatnya anak kakak semua menyusu malam aje... (cetek ilmulah masa tu)
ReplyDeletetrime kasih berkongsi ye ... :)
ReplyDeletekat opis i ni kan...ramai duk simpan stok dalam fridge...dah boleh bukak kilang dah....
ReplyDeletea very good knowledge sharing,fiza...cuba minum air rebusan halba :)
ReplyDeletetq kak...akhirnya entry yg ditunggu muncul jgk...mula2 nie baca sepintas lalu je dulu...sbb xbape nak fhm..kena baca byk kali utk fhm btl2..kalo xfhm boleh tnya akak semula kan hehehehe..tq so much kak
ReplyDeleteamie punya stok amatlah menyedihkan sebab pemalas nak pam masa cuti..
ReplyDeleteinfo yg mmg bagus ni..tq fiza
ReplyDeleteno.3 tu menarik. pjgkn hayat susu tu hehe. c comel akak tu da bpe bln kak? 6bln ek?
ReplyDeleteGood info...sy df je...sedih sbb xdpt nk bg susu ibu scara eksklusif...smua sbb susu merudum masa dlm pntang...
ReplyDeletegood sharing fiza, mgkn stress jugak boleh effect pada production, takpe aju doakan moga fiza dapatkan susukan qhalif 2 tahun
ReplyDeletenice info ni kak....
ReplyDeletedapat satu ilmu baru..terima kasih fiza..:)
ReplyDeleteakak tekan umobile n digi..
ReplyDeletetapi akk confuse..kalau kita tekan hari2 ads kawan kita..nuffy leh trace kan sbb datang dari IP yg sama..tu yg takut tu..nak wat entry pasal ni pun rasa cam takut2 je..sbb ada kawan2 yg earning dia ditarikbalik tanpa sebab..
rasa bangga sangat kalo ibu yg bekerja sanggup bekalkan susu ibu untuk anak2 dia.besar ganjarannya, semoga lbh ramai lagi ibu2 di luar sana ada kesedaran untuk memberi susu ibu kpd anak2 kecil..
ReplyDeletevery good sharing ni
ReplyDeletejangan stress2... bagi up balik susu.. hihi
ReplyDeletegood tips kak. mmg saya perlukan bahan bacaan mcm ni. mase bambam dulu dpt fully bf sampai umo setahun je. pastu dia sendiri yg tamo. kali ni dah niat nak fully bf sampai umo baby 2 thn. moga2 diizinkan Allah. amin...
ReplyDeletebagus entri ni.. sangat berguna untuk pasangan yang baru dapat anak..
ReplyDeletecantik nye susun..saya pnya EBM dah berterabur..x sempat2 lg nak susun..hehehhe
ReplyDeletealhamdulillah..byk stok utk qhaliff..
ReplyDeletesemoga mencukupi utyk yg tersayang..
jgn stress2 akak :D
sy mmpu bce je skang..serius mmg bce tnpe memahami..sok nnti bila da alami, ha bru la sy thegeh2 cri blk entri ni..hahaha
ReplyDeleteTrm kasih dear ... info yang snagat2 berguna nie
ReplyDeletealhamdulillah.. rezeki anak...
ReplyDeletelya dulu x bpuang nk bf asya..
wah...perkongsian yg sgt berguna untuk ibu2 yg menyusukn bby...tq
ReplyDeleteperghh terbaik dikk
ReplyDeleteapa2 semua atas izin allah kan ..
aak dulu x dpt banyak nie .. tapi tetap syukur sbb dpt susukan semua anak sampai umur mereka 2 tahun ;)
nice suka dgn post ni.
ReplyDeleteKAK SURIRUMAH..BAGI IBU2 YG BERKERJA..ITULAH CARANYA KAN..
ReplyDeleteNervousnya nak jadi ibu ni. Byk benda kena tau. Nak simpan stok susu badan pun perlukan kerajinan yg berlipat kali ganda kan?
ReplyDeletegood info :).. risau bpknya yg minum lebih nnti :P
ReplyDeletewah dapat ilmu baru nih.. thanks ya
ReplyDeleteterima kasih kak untuk info nie. kira memang niat nak bagi fully susu badan nie tapi berkerjaya nie macam agak mencabar jugak. tapi nak cekalkan hati. dah bookmark apa yang akak kasi nie, nt senang nk semak balik bila tiba masanya hihihi
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeletebertuahlah ibu-ibu yang dikurnia allah rezeki tu...
tq .dapat banyak ilmu pagi ni...
susu ibu terbaik
ReplyDeleteterimakasih artikelnya bagus, izin share ya
ReplyDeletesusu sangat baik bagi pertumbuhan dan sangat dibutuhkan oleh manusia, tetapi jika penyimpannya tidak steril maka akan
menyebabkan tumbuhnya bakteri dan akan membahayakan organ tubuh manusia, gunakan milkcan untuk penyimpanan susu supaya
lebih terjaga keseterilannya, lihat saja detailnya disini