Bapa 'SETAN'

Thursday, December 27, 2012


Aku rasa dia tak layak di beri gelaran binatang sebab binatang pon tau sayangkan anak. Pagi ni tengok berita. Lagi kes dera. Kali ni baby yang baru berusia 38 hari...Ya! Allah...zalimnya kau jantan.

Goncang bayi sampai koma

PADANG BESAR: Seorang bayi perempuan berusia 38 hari kini terlantar koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dipercayai akibat didera termasuk digoncang badannya dengan kuat oleh bapa kandungnya.

Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.

Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.

Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.

Mahamud dari Jalan Padang Besar, dekat sini, berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh abang Junita ketika berada di Songkhla, Thailand.

HMetro online

Note: Manusia semakin kejam.

You Might Also Like

32 komen

  1. Gila! dah nama pun baby mmg sah-sah lah menangis..Allh jadikan anak tu bisu masa lahir sedih plak!

    ReplyDelete
  2. Sy tak suka baca berita mcm ni. Buat spoil mood. Sy doakan, biarlah Allah cabut terus nyawa bayi tu. Semoga tidak terseksa dia menghadap dunia yg kejam. Dan moga, Allah ampunkan dosa si ayah yg sy pasti rmi yg mendoakan hukuman setimpal utk lelaki itu. Seksa yang Allah berikan tidak tertanggung azabnya. Semoga manusia takut dengan-Nya! Astaghfirullah.....

    ReplyDelete
  3. APA PUNYA MANUSIALAH TU.. MUNGKIN ADA MASALAH MENTAL ATAU DI BAWAH PENGARUH DADAH / ALKOCOL..

    ReplyDelete
  4. ALLAHUAKBAR.... KENAPALAH KEJAMNYA..

    ReplyDelete
  5. Haihh... pelik betul org zaman skrg ni. Semuanya mengikutkan sangat nafsu amarah tu. Orang lain ramai yg menangis sebab nak mempunyai anak, dia boleh plak pukul anak dia yg masih kecik tu.

    Fiza perasan tak, kat Malaysia ni selalu mcm ada trend kan? Kalo time tu kes dera, kes dera je banyak kuar paper. Kalo kes rogol, byk je kes rogol akan kuar berita. Bakar bunuh, semuanya macam bermusim.

    ReplyDelete
  6. hai sedih... dah ade anak mcm tu pulok ceritanya... dunia.. dunia

    ReplyDelete
  7. kuajo btl bapak ni.. meh kite gocang dia sepuluh kali ganda lak.. mau bergegar kepala otak dia..

    ReplyDelete
  8. adehhhhhhh apa nak jadi leee ngan bapak dia nihh..memang takde ati gamaknye..orang camni tau wat anak jekk..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah apa salahnya bayi kecil tu.. kesian..

    ReplyDelete
  10. bapak dia drug addict kot..so buat benda2 ni under influence..maybe la

    ReplyDelete
  11. NA RASA NK MAKI2 JE BAPAK YG BENGAP TU NA PUN ADA BACE BERITA NI KAT METRO fIZA

    ReplyDelete
  12. isk..isk...sakit tau baca ni td kt Metro...entah lah apa nak jadi kan.manusia akhir zaman..kejam btl!!!

    ReplyDelete
  13. memanggg geram tahap gaban baca adeii.. Allah beri balasan setimpal utk bapa setan ni.

    ReplyDelete
  14. mesti baby tu nangis kut lapar susu ke kembung perut ke..datang bapak dia yg sewel mcm tu jadi nya...anak tu jadi ujian buat dia,dia tak sabar dgn ujian..betapa bagusnya ibubapa yg sayang anak2..sabar hadapi kerenah anak2..nak2 yg kecik2 baru nak kenal dunia..ape punyer bapak la kan..

    ReplyDelete
  15. tak sanggup baca sampai abis.....tergamak bapa kandungnya sendiri buat camtu...kalau tak nak anak kenapa 'buat'!!!!!

    ReplyDelete
  16. Begitulah hidup andai berlandaskan nafsu semata-mata. Kahwin nak tapi tanggungjawab tak sanggup pikul.

    ReplyDelete
  17. Kakak benci dan muak bila baca hal begini geram sangat Fiza. Kalau tak nak anak tu bagi aje org. Ramai org nak baby.

    ReplyDelete
  18. sedih baca berita ini..pasti yang membaca ini akan rasa marah dgn si bapa itu

    ReplyDelete
  19. tu misti panik taktau cemana nak diamkan anak tu.. agaknya kursus kahwin pun pasni kena ajak cara handle anak..hehe

    ReplyDelete
  20. Teruk betul kan. Langsung tak berperikemanusiaan !

    ReplyDelete
  21. Ya Allah..apalah nak jadi..manusia semakin hilang sifat2 kemanusiaan..

    ReplyDelete
  22. baru baca gaks dalam paper arini..
    geleng pala je...

    tapi kalu ayah (si ibu) pun kata,menantu tu bukan yang dari kalangan die restui...emm.....mmg tepuk dada tanya cinta yang dipilih la kan...

    sudahnyaaa..anak sendiri gaks mangsa

    ReplyDelete
  23. Allahu Akhbar, apa jenis lah bapak ni

    ReplyDelete
  24. makin hilang sifat kemanusiaan sekarang ni..apa nak jadi lah..manusia manusia..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive