Menangis ketika Solat dan Hukumnya

Thursday, November 01, 2012


Mungkin ada yang dah tau atau masih ada yang tak tau atau masih ada yang sedang mencari jawapannya. Saya percaya, ramai di luar sana yang menangis ketika solat kan. Ini ada jawapannya. Sharing is caring and loving.

SOALAN : Ustaz, apakah hukum menangis sehingga tersedu-sedu ketika solat fardu ataupun sunat? Adakah batal solatnya? 

JAWAPAN : Ulama-ulama fiqah menyebut, adakala menangis itu membatalkan solat dan ada yang tidak membatalkan solat. Menangis yang tidak membatalkan solat adalah mengeluarkan air mata sahaja walaupun sebanyak mana pun. Menangis yang membatalkan solat pula adalah menangis sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga berbunyi "Huhuhu.." dan sebagainya.


You Might Also Like

22 komen

  1. kdg2 ada jgk mcm tue...mengalir air mata dgn laju...tp xdela smpai bunyi huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. aah kn ngis smpi bunyi tu mcm melampau dlm solat plk..hihihi thanks info

    ReplyDelete
  3. biasa orang menangis ketika solat taubat, solat tengah malam..

    thx for your info sis..sekurang2nya kita tahu xleh nangis tersedu2 smpi kuar suara..

    ReplyDelete
  4. rasanya pernah terbaca gak psl artikel ni. thanks for sharing ya sis :D

    ReplyDelete
  5. SELAMAT BERAMAL.. JANGAN NASNGIS2 SELALU..

    ReplyDelete
  6. owh....baru saya tau ni..terima kasih ye awk :)

    ReplyDelete
  7. nice sharing ..ni kalau betul caranya sngat bagus ni untuk pengetahuan semua :D

    ReplyDelete
  8. em..baru tau..tq info..kdg2 bile tgh rasa betul2 sedih mmg akan nagis smpi sedu2 msa solat..huhuuh..

    ReplyDelete
  9. Thanks Fiza! Saya selalu tertanya2...dan saya dapat jawapan yg sama...sukanya:)

    Huhuhuhu...*comel pulak*

    ReplyDelete
  10. iyerlah takkan sampai tersedu²... mengalir air mata tu biaserlah.. tq kongsikan info....

    ReplyDelete
  11. doa sampai nangis ada laa..tq infonya

    ReplyDelete
  12. Soal orang menangis dalam solat tidak akan dapat diselesaikan oleh ulama feqah. Kena bertanya pada ulama sufi atau pun tareqat baru tau jawapan yang sebenar. Ulama feqah hanya tahu hukum halal dan haram sesuatu perkara tapi mereka tidak mengetahui intipati atau pun tentang hal kebatinan seperti hati, rasa atau pun roh. Tangisan dalam solat itu bukan lah sesuatu yg dapat kita ada adakan sendiri. Ia ada lah natijah atau pun hasil dari jiwa seseorang itu yg memandang tepat kepada Tuhan dengan mata hati nya. Lalu pautan pandangan itu menimbulkan satu rasa dari makhluk kepada Khalik yg kemudian nya di balas dengan limpahan rasa pula dari Khalik kepada hamba Nya. Limpahan rasa itu lah yang menggoncangkan dada si hamba yg sedang bersolat tadi. Terasa satu nikmat yg amat bersangatan yg tidak dapat digambarkan dengan tulisan. Bagai orang yg makan cili hanya dia yg tau betapa pedas nya.

    Sudah lumrah manusia akan menangis dalam banyak keadaan. Manusia menangis bila bersedih, atau semasa dalam kesakitan. Ramai wanita menangis kerana terlalu gembira. Jadi nya tidak hairan jika kita boleh menangis kerana memandang diri dzat Allah dengan mata hati kita

    Menangis itu seolah2nya menjadi satu cetusan rasa yg tidak dapat digambarkan dengan sesuatu bahasa atau perbuatan yg lain. Ia sebagai satu puncak dari segala perasaan yg tidak dapat digambarkan kekuatan atau kehebatan nya. Apatah lagi yg di pandang dengan mata hati nya itu adalah Tuhan pencipta segala alam ini. Jika Miss World itu sudah cantik, maka Tuhan lah yg mencipta kecantikan sejuta Miss World. Sudah tentu lah Tuhan terlebih cantik dari segala yg cantik. Maha cantik, maha penyayang, maha pengasih, maha pengampun, maha segala gala nya.... sebenar nya jika tepat pandangan mata hati itu kepada Allah, bukan setakat menangis malahan boleh menjerit dan meraung.... maka sudah tentu lah ulama feqah mengatakan batal solat... tapi siapakah kita yg hendak menolak limpahan rasa yang datang nya dari Tuhan sendiri?

    nordin_el@yahoo.com

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive