AYAH...Aku Rindu Padamu!!!
Monday, October 01, 2012
"Ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini"
sejak kehilanganmu di dunia ini"
Rindu Serindu rindunya. Iyer...saya sangat merindui arwah ayah yang dah 7 tahun meninggalkan kami. Rindu nak memanggil 'AYAH'. Lately...selalu saya bermimpikan arwah ayah. Mungkin juga kerana terlalu merindui dan selalu teringatkan arwah.Tapi kita kena ingat, kalau dalam mimpi tu ada sebarang pertuturan dari arwah, itu mungkin iblis
Sedikit info mengenai mimpi:
Di kalangan para ilmuan generasi Salaf (tokoh-tokoh umat Islam pada
tiga kurun pertama), ada yang berpendapat ketika tidur, roh orang
hidup boleh pergi bertemu roh orang yang sudah meninggal dunia di
alam barzakh. Setelah pertemuan, roh orang hidup dikembalikan sementara
roh orang yang meninggal dunia kekal di tempatnya (alam
barzakh). Ini semua berlaku dengan izin dan kurniaan Allah kepada
roh orang yang hidup. Dalilnya adalah firman Allah yang bermaksud:
“Allah (Yang Menguasai
Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa (roh) dari
badannya, jiwa (roh) orang yang sampai ajalnya
semasa matinya dan jiwa (roh) orang yang tidak mati dalam masa
tidurnya. Kemudian Dia menahan jiwa (roh) orang yang Dia tetapkan
matinya dan melepaskan balik jiwa (roh) yang lain (ke badannya)
sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah
bagi kaum yang berfikir.” [az-Zumar, ayat
42] Rujuk Tafsir Ibn Katsir, jld. 12, ms. 133-134 ketika mentafsirkan ayat di atas.
Sumber: Iluvislam.Org
Al-Fatihah untuk arwah ayah. Semoga ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. Hanya doa yang tak putus dapat ku utuskan untuk bekalan mu di SANA ayah.
Note: Kamu yang masih punya ayah, hargai dan sayangilah mereka selagi ada.
19 komen
al-fatihah untuk beliau juga..
ReplyDeleteSemoga gemulah ditmptkan di kalangan org yg beriman.
ReplyDeleteAgak lama gak pemergian Ayah fiza ye.. :) apa kan daya.. allah lebih menyayanginya.. banyak kan doa dan membaca yassin utk kesejahteraan rohnya di sana.. insyaALLAH.. :)
ReplyDelete>> Muzium polis, taman rama2.. bird park.. semua dlm 1 kawasan tu.. lenkali leh terjah ye fiza.. :) syok gak.. mcm2 ada..
:'( sedih aku baca entry ni beb.. teringat arwah FIL.. Al-Fatihah..*hugs*
ReplyDeletealfatihah untuk ayah kamu...:)
ReplyDeleteAl-Fatihah utk ayah Fiza.
ReplyDeleteSemoga ditptkan dikalangan yang dikasihi.
Untung dia dpt anak macam Fiza yg sentiasa mendoakan. Alhamdulillah :)
alfatihah untuk arwah ayah awak...
ReplyDeletesayang my abah ketat2...
sangat2 menyentuh hati
ReplyDeletesebak baca nie, wpun abah sy tegas, tp beliau sgt best!!
ReplyDeleteal-fatihah utk aruah ayah kamu...
ReplyDeletea'aa betoi tu.. hargailah ayah or mak kita yg masih hidup.. nnti dah xda, kita pasti merindui saat2 bersama mereka..
ReplyDeletealfatihah utk arwah ayah fiza dan arwah abah KA juga!
ReplyDeleteAdik miss u too ayah..
ReplyDeleteTiap kali mimpikn arwah;seeloknya sedekahkn al fatihah utk dia...dia mntak doa dr anak2 dia tu..moga arwah di tmpatkn dikalangan org2 yg beriman....
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk arwah ayah...
ReplyDeleteamie pun sama...selalu mimpi arwah abah...sedih bila teringat2
ReplyDeleteharap2 ada hikmah mimpi fiza ini ..insyaallahhh
ReplyDeleteAl Fatihah untuk ayah Fiza...dan abah akak juga..
ReplyDeleteJuga rindu ....
ayah wani pun dah xder...al-fatihah utk arwah ayah akak n ayah wani...betul tu selagi ada hargailah jgn bila dh xder baru nk nyesal kan
ReplyDelete