Mandi Malam boleh Mudaratkan Kesihatan? Betul ke? Meh baca nih...
Tuesday, September 11, 2012ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.
Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.
Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
“Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini,” kata beliau.
Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
“Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.
Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?
Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
“Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.
“Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi”. Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.
“Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan,” katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.
“Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria,” katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.
“Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam,” kata beliau.
Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?
“Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini.
Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air paip.
“Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.
“Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur,” kata beliau.
Pemulihan badan
Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan.
“Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
“Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit,” katanya.
Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?
Kata Hassan: “Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat”. Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.
“Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur),” tambah beliau.
Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan.
Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.
Source
Source
Note: Owh...baru ku tahu. Sebelum ni takut gak nak mandi malam, takut sakit. Mak pon slalu pesan jgn mandi malam. Ok..lpas ni tak perlu risau lagi yer ^_^
15 komen
Has selalu mandi je malam2..kol 1 am pun boleh mandi. if lps kemas2 rumah kan melekit..;)
ReplyDeleteSY SLL MNDI MLM..SBB BLK KEJE PUN SLL DAH MLM...TP RMI ORG PESAN PREGGY JGN MNDI MLM SGT...
ReplyDeletebetul tue
ReplyDeletebetul2
ReplyDeletetp kan kak org dulu2 memg xbg mandi mlm, kononnya paru2 sejuk la nti. dan doc pernah pesan, kalo preggy jgn mandi mlm sbb doc kata akan menyebabkan paru2 baby dlm kandungan berair..
ReplyDeletekty mmg suka sgt mandi malam..tiap2 hari..walupun seblum ni selalu dgr pasal keburukan mandi malam..tp kalo tak mandi sebelum tido..kty takleh tdo..rasa rimas..
ReplyDeletetq fiza..
pro & kontra..
ReplyDeleteSATU PENJELASAN YANG AMAT BAIK.. SAYA PUN BIASA JUGA MANDI MALAM..
ReplyDeletetapi kalau ikutkan org2 lama , memang x boleh mandi malam sbb takut paru2 sejuk ..
ReplyDeletehurmm ikut mana yg dirasakan ok
pada akk pun x elok mandi mlm sbb sejuk dia lain macam kan ;)
haa samalah... takut gak kdg2 mandi mlm... org2 tua kata nanti paru2 berair..
ReplyDeleteskrg dah xyah risau.. leh mandi.. hihi
ReplyDeletetu la dulu pecaye mitos mandi malam memudaratkan tu
ReplyDeleteBaru CR tahu...thanks kongsi dear...
ReplyDeletehaah mak sue pon selalu pesan jangan mandi malam tp kalau dah tak tahan panas sue mandi jugak..xkan nak tidur dgn badan xselesa kan..hihi..
ReplyDeletetq for sharing info...
ReplyDeletesuke2..suke..
meamng sukamandi mlm2