Cium ANAK dapat PAHALA, Cium SUAMI gugur DOSA, Cium ISTERI????

Friday, August 03, 2012

BAHAGIALAH SELAMANYA ☺☺

1. Fadhilat mencium anak


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.


2. Fadhilat mencium suami


Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

3. Fadhilat mencium isteri


Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Kesimpulan:

Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami juga isterinya sendiri….

Note: Selamat berhujung minggu uols dan selamat bercuti untuk warga selangor...sebab Nuzul Qur'an.

You Might Also Like

21 komen

  1. suka cium anak2 time dorang tido..rasa touching di situ...

    ReplyDelete
  2. betul tu bahagia sangat bila dicium suami.. hehe

    ReplyDelete
  3. memang suka cium semua yg di atas.. :D

    ReplyDelete
  4. terharu baca..sebab memang mengamalkan cium2 ni..hehhe tak tahu pulak ada kisah sebaliknya...

    ReplyDelete
  5. Petua dalam rumahtangga yang bagus! Pe lagi, pegi ciom suami ngan anak-anak skang! ;p

    ReplyDelete
  6. cium anak tu mmg setiap masa.
    cium laki tu tak setiap masa sgt, kang lain jadi muahahaha

    hmmm lama tak tido berbantalkan lengan suami hehehehe

    ReplyDelete
  7. tq fiza share kat sini...memang patut kita amalkan..bole eratkan hubungan sekeluarga kan...:)

    ReplyDelete
  8. Kancil sentiasa buat...apapun ia satu peringatan untuk kita juga

    ReplyDelete
  9. anak x da, suami x da...cmna??hehe

    gurau jerr..

    salam nuzul quran =)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. nsb baik semuanya diamalkan setiap hari :-)

    ReplyDelete
  11. byk fadilatnya kan kak..

    yui suka sgt cium kucing..hihi.

    ReplyDelete
  12. setiap mlm mesti tdo atas lengan hubby, kalo x, memg confirm xleh tdo..hubby pun dh fhm..kalo xleh tdo je, mesti dia tarik tdo atas lengan dia

    ReplyDelete
  13. betul tu setuju sgt!

    ReplyDelete
  14. Kalau di tempat terbuka, isteri cium tangan suami cukuplah. Adab kena jaga, cium pipi, cium dahi sebaiknya bila berdua je suami isteri.
    Skang ni dah mula cium dahi lepas nikah, akan datang cium mulut lak. Ikut la cara Yahudi & Nasrani tu...

    ReplyDelete
  15. bener bnget tuu,,,,disaat aku mencium tangan suamiku yg lgi mau berangkat krja dan dia membalas ciuman didahiku,,terasa bahagia bnget dan seperti kedamaian rumah tangga terjaga

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive