Hairan Ya!
Friday, March 23, 2012Hairan ya,
duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Hairan ya,
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
Hairan ya,
betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton televisyen, wayang di pawagam dan melayan youtube.
Hairan ya,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan atau pakwe atau makwe.
Hairan ya,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
Hairan ya,
susah sangat baca Al-Quran 1 juz sahaja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dihadam.
Hairan ya,
orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Hairan ya,
kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan ke dalam agenda kita, tetapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.
Hairan ya,
susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
Hairan ya,
kita begitu percaya pada yang dikatakan oleh orang sebagai e-mail layang di internet, tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.
Hairan ya,
semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.
Hairan ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim sesuatu yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir dua-tiga-kali.
JANGANLAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KEHAIRANAN TERSEBUT
Source: Atap Hijau
25 komen
ye la..mmg hairan.. T__T
ReplyDeleteSalam perkenalan. Agreed with you 100%.
ReplyDeletebanyak kehairanan dlm hidup
ReplyDeletelike byk kali
ReplyDeletehairan jgk kak...masih ramai mengejar kesempurnaan dunia dr mencari kesempurnaan utk ahkirat..
ReplyDeletedpt muhasabah diri dgn entry kak nie
tulah.. jgn biarkan diri kita berada dlm kehairanan tersebut...
ReplyDeletewahhh terbaik!!!!
ReplyDeletehuhuhuhu
ReplyDeleteinsap..insap..
memang hairan..
ReplyDeletesalam kenal tuan rumah...
ReplyDeletehairan bin ajaib...makin hari kita makin mendekati kematian...tp berapa ramai yg menyiapkan bekalna secukupnya...
yaa..sungguh hairan..
ReplyDeletehai,..salam singgah sini..
Assalam..
ReplyDeletePeringatan yang amat bermakna..
kehidupan dunia mmg melalaikan..manusia kena selalu diingatkan..
ReplyDeleteHuhu sedih bila dikenangkan kan dik, harap2 kita dpt perbaiki diri, insyaallah :-)
ReplyDeleteMemang hairan, nak2 zaman skrg nie macam2 ragam manusia, huhuh harap2 dpt kita semua renungkan bersama kan dik :-)
ReplyDeletehairan itu sebab ikut hasutan syaitan...mintak dijauhkan dari godaannya..
ReplyDeletenice entry :)
tu la pasal...pelik kan? >_<
ReplyDeletehaloo puan fizaa!heee~
ReplyDeleteapa khabar Iman harini?hehehe
mmg hairan..
ReplyDeletekena muhasabah diri kan..perbaiki diri..
nasihat dan pengajaran ni :)
ReplyDeletekan? aku pun heran...
ReplyDelete~ sgt2 menghairankan...padahal kebanyakan dr kita bersifat sedemikian.. Termasuk aku..hehe
ReplyDeletemmg hairan bin ajaib... kiutla entri ni...
ReplyDeleteitulah...
ReplyDeleteutk mengejar y akhirat,.. terasa semuanya lama masa berlalu..
tp mgejar keseronokan d dunia..mcm ckup waktu..
sama2 insafi diri...
like dgn info ni!! mari kita hlgkan kehairanan dgn cuba mngikis sdikit dmi sedikit kelemahan dri..
ReplyDelete