DIA BUKAN CINTA NOMBOR 1

Friday, February 17, 2012

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

Bentuk Cinta Kelas Pertama

Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat “Pak Ustaz” halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.

Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.

Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!

Source: Genta-rasa

You Might Also Like

18 komen

  1. cinta pada Allah adalah cinta yg kekal abadi...

    ReplyDelete
  2. terima kasih utk sharing a gud info...utk renungan kita bersama..salam jumaat

    ReplyDelete
  3. bagus info ni.. sama2 kita menbina cinta atas cinta pada Allah.. :)

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing & mohon share juga ya:)

    ReplyDelete
  5. BENAR.. CINTAILAH PADA YANG MAHA ESA..

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang baik fiza, cinta padaNya lebih dari segala2nya

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum

    rumah yang dilagukan dengan bacaan ayat suci al -QUran akan menyebabkan suasana didalamnya senantiasa harmoni

    ReplyDelete
  8. sangat2 bagus entry n..sama2 kongsi sebagai peringatan..Insya Allah..terima kasih ea :)

    ReplyDelete
  9. Suke entri nie, Fiza. Buat sy muhasabah diri. Bt sy takut dgn Allah. Buat sy kenang balik dosa2 lama.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. semoga kita semua dilindungi olehnya .. aminnnnnnnn ;)

    ReplyDelete
  11. a'aa betoi tu.. kdg ada org bercinta melebihi bercintakan ALLAH..

    ReplyDelete
  12. amin.. sesunguhnya cinta pada ilahi cinta y sejati

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive