Pengorbanan : Bagaimana Kita Meletakkan Nilainya?...Bertabahlah wahai Hati
Friday, January 13, 2012Pengorbanan. Senang dituturkan mungkin. Tetapi pelaksanaannya sendiri memerlukan pengorbanan. Ya, untuk berkorban, memerlukan pengorbanan. Untuk melakukan pengorbanan, memerlukan kita untuk berkorban.
Payah bukan? Kerana pengorbanan bukan sesuatu yang senang, ramai yang meninggalkannya. Ramai yang menghindarkan diri daripada berkorban. Melainkan orang-orang yang tinggi imannya mampu berkorban dengan sebenar-benar pengorbanan.
Tapi aku tak tergolong dalam golongan ini. Iman aku tak cukup tinggi untuk melakukan pengorbanan apatah lagi untuk berkorban. Berkorban demi kebahagiaan orang yang aku sayang. Ya! allah...ujian dan dugaan datang silih berganti. Ku sangka sudah berakhir...tapi...
Terdetik di hati, kenapa aku harus di uji sedemikian. Kenapa tidak orang lain? Terlalu membebankan untuk di pikul...terlalu berat untuk di fikirkan. Betul² menyesakkan hati dan perasaan.
Petunjuk...masih memohon padaNYA untuk di beri petunjuk.
Bertabahlah wahai hati ku yang duka lara. Ketahuilah bahawa kasih sayang ALLAH itu tiada sempadannya. dan sesungguhnya, ALLAH tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan dan ujian yang tidak mampu kita lalui. Mampu ker aku lalui semua ni? Sebanarnya tak mampu ya! allah...
sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT,
percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya –
hikmah tersembunyi.
Jangalah bersedih wahai
jiwa yang tenang, kerana
bersangatan sedih itu
membuatkan dirimu
dinodai Syaitan.
Janganlah bersedih wahai
jiwa yang lara, kerana
bersama engkau ialah
Allah Yang Maha
Mendengar rintihan
hamba-hambanya.
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba-Mu, ubun-ubunku (nasib-ku) ada di tangan-Mu, telah lalu hukum-Mu atasku, adil ketetapan-Mu atasku, aku mohon kepada-Mu dengan perantara semua nama milik-Mu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan seseorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib disisi-Mu. Jadikanlah Al Qur’an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh kesahku“
26 komen
setiap apa yang Allah uji ada sebabnya..mgkin hikmah belum nmpk...tapi salah satunya adalah supaya ingin kita dekat dgnNYA...bertabahlah Allah maha pengasih maha penyayang..!! masing2 diuji dengan cara masing2
ReplyDeletesemogad ilapangkan dari semua masalah yang ada..
ReplyDelete@sisdee: Betul tu kak, memang buat saya dekat denganNYA.
ReplyDelete@:: Mrs.Eady ::: Mekasih izwa...insya'allah.
ReplyDeleteperkongsian yang amat baik...sy suka membacanya
ReplyDeletetabahkan hati dan jgn putus asa berdoa dan yakin dengan Allah..insyaAllah kita akan rasa lapang dan senang hati dengan dugaan yg diterima..
ReplyDeleteInsya Allah mendidik hati memerlukan kesabaran dan istiqamah
ReplyDeletefiza, awak sebenarnya kuat untuk pikul beban tu..sebab tu Allah uji...bersabar la ye..semoga dapat dilalu dgn tenang dan semakin dekat diri dengan Dia..
ReplyDelete@My Little Diary: Sharing is caring.
ReplyDeletedear...walau berat mcm mana pun, aku tau ko boleh laluinya..percayalah...tolong kuat demi anak2...ingat anak yg bakal lahir tu...
ReplyDeletekami semua ada dgn ko...tabahla...semoga Allah beri petunjuk dlm permasalahan ni...
apa yang terjadi mesti ada hikmahnya, dan Allah menguji sebab Allah sayang :)
ReplyDeleteFiza,
ReplyDeleteSy pun sdg menabahkan hati sy. Oh, hati, tenanglah dikau! Oh, airmata...mengalirlah dikau buat penyembuh amarah!
sme la kte.mmg susah untuk berkorban kan.hmmm..time kasih kerana mengingatkan dri ini di pagi jumaat.
ReplyDelete@amirah: Ntahlah ami, tak boleh nak terima kenyataan. Aku akan tetap terus berdoa.
ReplyDelete@ajumohit: Betul tu aju, mendidik hati utk menjadi lebih sabar.
ReplyDelete@mizah: Fizikal jer mizah, mental saya lemah. Hanya padaNYA tempat saya mengadu.
ReplyDeletebukan mudah sebenarnya ..
ReplyDeletekerana dugaan allah itu berbeza2 .. ;(
a'aa mmg hidup kita ni perlu bekorban kan walaupun kdg2 pengorbanan kita tu x dihargai..
ReplyDeleteBERKORBANLAH APA SAHAJA.. HARTA MAHUPUN NYAWA HANYA KE JALAN-NYA. BERKORBAN SELAIN DARIPADA SURUHAN-NYA ELOK DIELAKKAN..
ReplyDeletekak fiza bersabar ye.. saya pun tengah susah hati macam kak fiza, nnt kita jumpe kita borak-borak yer.. lelaki ni tak taula nak suruh kita buat pengorbanan macam mana lagi.. kadang-kadang tak sanggup dah nak tanggung! tapi kita kene kuat..♥
ReplyDeletesy xtahu apa yg berlaku...tp sy harap fiza tabah dlm mengharungi dugaan ini....
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteTak tau nak kata apa selain perkataan bersabar. Memang susah berkorban, kerana ada hati yang terluka.
Moga fiza sabar dan diberi kekuatan untuk menempuh setiap dugaan yang datang.
ReplyDeletememang bukan senang kan, semoga kita diberikan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan
ReplyDeletefiza, don't lose hope because you never know what tomorrow will bring! Never give up easily when you face obstacles.
ReplyDeleteada byk jenis pengorbanan dlm hidup ni..
ReplyDeletesifirnya : sabar dan redho.. belajar menerima kekurangan diri & kehidupan.. asasnya : bersihkan hati..
semoga tabah selalu mhadapi apa jua kemungkinan dalam hidup..