Mendapat hikmah apabila diuji
Friday, January 27, 2012Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja.”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah para suami atau isteri meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Rumah tangga adalah medan ‘perjuangan’ melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, mertua dengan menantu.
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah kata-kata hikmah ini: “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”
Ya, inilah empat rasa yang sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dalam berumah tangga. Bawalah hati kita berehat… dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat. Oleh kerana itulah Rasulullah saw sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, “rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!”
Untuk diri ini...'jangan pernah mengalah. Patah sayap, terbanglah jua. Jika jatuh, jangan rebah…biar terhenyak tetapi tetap tegak walaupun terpaksa bertongkatkan dagu'
Source: Genta Rasa
12 komen
yes, jgn putus asa fiza..moga ada hikmahnya..
ReplyDeletesabar ye kak..
ReplyDeletesemoga fiza tabah ye, Allah sayangkan kita lebih sebab tu diberi ujian2 ini...keistimewaan yang diberi tu berlainan mengikut tafsiran kita kan
ReplyDeletetabah menghadapi segalanyakan.. memang benar apabila diuji pasti ada hikmahnyer orang kata tapi nak mencari hikmahtu yang payah.. moga kita semua mengambil yang positif sahajakan...
ReplyDeleteXOXO!!
ReplyDeletebeb.. aku tried to leave comment kat previous entry ko yg pelangi tu kan.. tapi tak dapat..nape ntah.. beb, aku baru up something kat blog aku psl dugaan/ujian ni.. so hang on there k!insya Allah, ada hikmah...
ReplyDeleteInsya Allah..mudah-mudahan kesabaran jadi tunjang dalam diri setiap kita..
ReplyDeletetenang je baca entry ni..tq :)
Sis sentiasa percaya tu...semoga fiza tabah menghadapi dugaanNYA.
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteBila diuji tandanya Allah sayangkan kita...
terus bertabah sis..insyaallah ada pelangi di hujung jalan..
ReplyDeletetibe2 terkenang byk plak dugaan dr dolu smp la sekarang...hm...
ReplyDeletehttp://mayandhanis.blogspot.com/2012/01/11-soalan-mama-nak-kene-jawab.html
soalan kene jwb ye...nnt dah jwb letak link smlm kat entry CM.;)
Insya allah, ujian akan menguatkan lagi hati dan keazaman kita utk menjadi hambaNya yg lebih baik.
ReplyDelete