Bilakah Pelangi yang Indah itu akan Muncul???
Thursday, January 26, 2012Ternyata amatlah susah untuk menjaga Hati. Dalam sujud aku menangis. Adakah tangisan ini tangisan kerana seorang hambaNya atau tangisan ini sebuah tangisan meratapi nasib diri. Yang pasti sangat rapuh hati ini dan sangat murah air mata yang mengalir.
'Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya'
'Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu'
'Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai'
'Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu'
'Kadang-kadang, Allah hilangkan matahari lalu turunkan hujan. Puas kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi'
Iyer...aku masih menunggu pelangi dariNYA. Masih ada harapan ker? Hanya DIA yang maha mengetahui. Doa orang² yang teraniaya insya'allah akan di makbulkan. Aku takkan mengalah dan akan terus berusaha.
12 komen
INSYAALLAH.. PELANGI YANG INDAH AKAN MUNCUL TAK LAMA LAGI.. SEKARANG KAN SUDAH MUSIM HUJAN SEMULA.. PASTI PELANGI AKAN MUNCUL..
ReplyDeleteInsyaAllah Fiza dugaan nih akan pergi cpt2.. nnti byk pelangi timbul ok.. peluk sayang
ReplyDeletefiza, berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan...mizah doakan semoga fiza cepat jumpa dengan kebahagiaan n ketenangan tu...Allah sentiasa mendengar kan...
ReplyDeleteinsyAllah...sabar itu indah walaupun nak bersabar tu amat payah kak..
ReplyDeleteInsya'Allah dear. Dun ever give up dlm meminta dan berserah kepada-Nya. Hanya Dia sahaja yg tahu apa yg terbaik utk hamba-Nya.
ReplyDeletesabar ya fiza...ada rahmat di sebalik dugaan..
ReplyDeleteDos orang2 yg teraniaya Akan dimakbulkan Allah, yang penting Kita sabar Dan ingat padaNya... Fiza Insyaallah pelangi itu Akan muncul jua
ReplyDeleteInsyaAllah... nanti akn adalah pelangi tu... jgn mudah mengalah..
ReplyDeletedear...apapun check up baby ko dlm perut tu dulu tau!! jgn fikir yg lain tu...
ReplyDeleteteruskan berdoa..jgn berputus asa..insyaAllah pelangi indah itu akan tiba akhirnya..
ReplyDeletesabar lah dikk
ReplyDeleteyg pasti akan dibalas baik , yg jahat pasti akan dpt pembalasananya ..
itu janji allah ..
kita banyakkan berdoa dan kembali ke arah nya .. insyaallahh
banyakkan bersabar ye.. suatu hari nnanti pasti pelangi tu muncul.. :)
ReplyDelete