Tayar Kereta Menggelembung @ Benjol
Tuesday, December 27, 2011Baru aku tahu, selain pancit...tayar juga boleh jadi menggelembung @ benjol. Pertama kali alami situasi macam nih. Bulan lepas punya cerita. Dalam perjalanan nak balik umah, masa sedang memandu tu rasa macam tak selesa. Steering asyik-asyik nak ke kanan jer. Lepas tu rasa perjalanan macam tak lancar...macam tersangkut-sangkut. Dalam hati dah menggelabah dah. Tayar pancit ker? Rasa macam tayar pancit pun ada. Nak berhenti kat stesen minyak tapi dah terlepas. Cuba tekan minyak nak cuba bagi laju, tapi tak boleh...rasa kereta tu berat. Dah sah-sah memang ada yang tak kena lah ni.
Dalam hati tu berdoa jer lah semoga selamat perjalanan pulang. Bawa kereta memang perlahan tahap cipan. Bawa pun dekat lane 1 jer. Rasa macam nak cepat-cepat sampai dekat umah. Bila sampai dekat nursery, check lah tayar kereta, tapi tak ada pulak nampak pancit...ok jer. Bersyukur sangat-sangat sebab selamat juga sampai.
Esok nya si dia bawak kereta pergi bengkel, rupa-rupa nya tayar gelembung. Mungkin sebab aku ada langgar lubang dan hentakan agak kuat, tu yang tayar jadi benjol. Memang bahaya. Ini ada sedikit info punca tayar gelembung dan Tips Mengawal Kenderaan Sewaktu Kecemasan:
Anda tahu apa itu tayar mengelembung atau benjol?
Tayar benjol atau mengelembung ialah tayar yg dah putus radial dalam atau jaringan besi dalam tayar tu.
Bagaimana perkara tayar gelembung aka benjol ini terjadi?
Tayar benjol atau mengelembung boleh terjadi kerana habis tarikh luput walaupun bunga masih banyak dan akibat jatuh kedalam lubang sehingga menyebabkan terputusnya tali-tali radial dalam tayar tu.
Apakah simptom-simpton tayar mengelembung?
Kalau anda bawa kereta atau motor, anda rasa seperti menaiki atau melalui jalan yang tidak rata (disebabkan tayar tu dah benjol). Anda mungkin merasakan gegaran padasterin . Anda mungkin merasakan kesalahan balancing tayar kereta, beza masalah balancing dengan tayar benjol ialah, kalau tayar benjol masa nak bawa (dari berhenti ke bergerak) tayar susah bergegar,anda dapat rasakan melalui steren yg anda pegang. Kalau masalah balancing plak, steren anda akan bergegar pada halaju tertentu contoh 80km/j.
Apa penyelesaiannya?
Tayar benjol atau mengelembung anda perlu tukar tayar baru sebelum "gunung berapi" tayar anda pecah aka meletup.
TIP MENGAWAL KENDERAAN SEWAKTU KECEMASAN
Adalah penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana memberhentikan kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelak kemalangan.
Di bawah ini disertakan panduan kepada para pemandu untuk diikuti sekiranya anda menghadapi masalah seperti berikut:
Tayar Pecah
- Pegang stereng dengan erat.
- Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
- Membrek dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
- Membrek dengan tiba-tiba boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
- Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk melakukan proses penukaran tayar.
- Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
- Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat kecemasan agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan mereka.
- Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda sewaktu memandu.
- Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan membrek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
- Naik ke atas bahu jalan iaitu jauh dari aliran lalu lintas.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Nyalakan lampu kecemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
- Kejadian sering kali berlaku akibat litar pintas di dalam sistem elektrik kenderaan.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Matikan sistem penghidup/pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
- Buka bonet dan cabut wayar yang terbakar jika boleh.
- Gunakan alat pemadam kebakaran.
27 komen
hishh aku part2 tayar nih mmg xsuka!.. jgn la suh aku pam tayar.. aku takut tau,.. takut meletop hahahhaa
ReplyDeleteingatkan gambar tu tayar lori kamu~~keh keh~~
ReplyDeleteHuh...nsb bek selamat smpi ke destinasi. Sy pnh mengalami tayar blkg pecah! Lagi ngeri oh!
ReplyDeleteahahaha! ingat tak kes tayar pancit mase kita gi lunch kat hotel putrajaya??
ReplyDeletenieza baru 1st time dengar pasal tayar benjol padahal dah lebih 10tahun memandu .. huhu
ReplyDeleteterima kasih untuk info yg sangat berguna ini. pemandu perempuan terutamanya kenalah sentiasa berhati2 bab kereta. kena ambil tahu banyak perkara...sebab selalunya perempuan tahu drive sahaja, bab rosak sana sini mula gelabah
ReplyDeleteseram gak tgk menggelembungcamtu, festaim tgk ni, hehehehe!
ReplyDeletekalu gelembung lain tak pe
Deletemmg ye fiza, penyelesainnya tukarlah dgn tayar baru, hehehe mcm2 ek dh sampi ujung tahun ni, aritu kete aju kemek ni tayar gelembung pulak hehehe
ReplyDeletenasib baik perasan kan..kita org perempuan ni gitulah kan...
ReplyDeleteJom Singgah Baca : Gigi Dah Tak Cantik | Faiz
sangat² membantu nie especially pada wanita macam saya nie yang hanya reti bawak kereta je, bab maintainance pulak serahkan pada suami huhuhuuuu
ReplyDeletepaling risau kalau tayar pancit masa tengah drive...
tak berapa teror sangat bab tayar nie fizat......tapi thanks about that...sangat berguna ketika kecemasan
ReplyDeleteowhh thanks 4 the info :)
ReplyDeletehuhu.. sy da 2x merasa kejadian tayar pecah ditgh jalan...
ReplyDeleteselalu akak nie dikkk
ReplyDeletehal2 kereta suami lahh
nak tgk dan care payah lah
selalu dia memang cek sblm akak ke tmpt kerja sbb akak kerja jauh , nak2 pasal enjin dan tayar nie :)
nasib ko tak pape ek nok..tp ni pun first time jugak tau pasal tayar ngelembung
ReplyDeletesalam kenal Fiza :)
ReplyDeleteTQ so much for sharing this. Masa I single dulu pernah jadi tayar mcm ni tapi tak tau ape sebab. Risau punye pasal terus tukar je tayar lepas tu..huhu.
ish, aku mmg tak reti bab2 ni nok...nasib baik ko buat n3 ni...dpt info gak aku ni...
ReplyDeletesaya pun baru tahu la.
ReplyDeletewahh baru tahu...agak jakun la jugak, nasib baik perasan kan...
ReplyDeletep/s: terima kasih byk2... alhamdulillah dah lama tunggu akhirnya ada rezeki kami...
ai panggil ni 'tayar bengkak'
ReplyDeletebaru je jadi kat keta ai..dah selamat ditukar dh pun..huhu
sy pun xtau bab2 ni.. saya cuma tahu start n bwk je kete.. hihii
ReplyDeletetp nsb la fiza xda pe2 kan..
lepas gelembung tu..kadang2 dia kuar urat dawai berselirat..mmg parah da tu
ReplyDeleteOOO.. BARU SAYA TAHU PASAL TAYAR MENGELEMBUNG NI.. NAK JADIKAN CERITA, SAYA BARU TUKAR TAYAR KERETA SAYA.. ;)
ReplyDeletetali radial? ok hari ni baru tahu.. blk ni nak check tayar.. harap2 ingat :)
ReplyDeleteoo..ingtkan pancit ja..tatau pun..:(..yg tau nek keta ..boh gear jalan..huhuh..fiza, sebut hal keta2 nih baru ingt..keta dh kena servis daaa..over KM dh
ReplyDeletesy pon tkthu pape psl kete sgt..hrp tkde lah dugaan kete rosak time sy drive sorg2..
ReplyDelete