Pelangi Selepas Hujan
Thursday, December 15, 2011pelangi..pelangi alangkah indahmu..
merah, kuning, hijau
di langit yang biru..
pelukis mu agung
siapa yang gambar
pelangi ciptaan Allahu Akbar!
Dalam perjalanan balik petang semalam. Cantik nya pelangi nih. Teringat lagu Pelagi dalam rancangan Adik dan Al-quran ☺☺
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.
16 komen
eh, ternyanyi pulak.. hehe...
ReplyDeleteIndahnya hidup andai manis dan pahit dirandau jiwa sebaik mungkin.
ReplyDeleteterbaik laa... saya suka dgn penerangan entri ni... bersemangat rasanya..
ReplyDeleteSetuju, hidup bukan selamanya merundum.. pasti ada hikmah dan sinar kebahagiaan untuk kita kelak
@mizzkechique: Nyanyi...jgn tak nyayi ☺☺
ReplyDelete@Fara: Betul tu.
ReplyDeleteInsyaAllah akan dtg sinar pelangi buat fiza :)
ReplyDeletetingat pulak dgn lagu Pelangi Petang dr allahyarham sudirman :)
ReplyDeletelike..!!
ReplyDeletetersentuh lak rasa...
ReplyDeletesetiap kejadian ada hikmahnye kan...
tpi dr kecik sampai besar kite suka tengok pelangi, cantik!
memang cantik betul pelangi ni
ReplyDeleteindah nyer ciptaan allah..
ReplyDeletecantiknya
ReplyDeletePELANGI.. SESUATU YANG INDAH DAN DATANGNYA HANYA SEMENTARA...
ReplyDeletesubhanallah, cantiknya ciptaan tuhan
ReplyDeletelast month ms bwk anak2 ke playground nampak pelangi dlm keadaan cuaca yg tak berapa nak mendung. cantik je kan?
ReplyDeletelama juga tak nampak pelangi di kawasan rumah kami nih.. atau mungkin tak perasan..
ReplyDelete