Hati ibarat Ombak...

Monday, December 19, 2011


Adakalanya tenang...setenang ombak di lautan. Bila hati di landa badai...ianya ibarat ombak ganas yang menghempas pantai, ibarat ombak tsunami yang meragut kebahagiaan dalam sekelip mata.

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup. Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas.sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

Redha dan pasrah, adalah dua maksud yang berbeza. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan. Pasrah pula menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Sejujurnya...apa yang berlaku, aku tak redha dan ikhlas sebab iman aku belum cukup untuk berada di tahap yang tinggi.

Apa pon masalah yang datang, kita kena bangkit..kita bukan wanita zaman dulu yang mudah pasrah..kita pejuang wanita zaman era baru..wanita sekarang tak mudah gentar..i'll fight for my right.



You Might Also Like

21 komen

  1. yeah.. harus bangkit dan berani perjuangkan hak kita.

    ReplyDelete
  2. Err, mcm ade pengaruh ombak rindu kan? Hiks~

    ReplyDelete
  3. Dalam hati mmg tiada yang tahu kan fiza, tapi kekuatan dalaman dtg bila anak2 jadi keutamaan kita

    ReplyDelete
  4. dear, kenapa ni? lain mcm n3 kali ni...kalau ada apa2 jgn segan kol aku atau email aku yer...
    aku sudi dgr...

    ReplyDelete
  5. hahaha..
    ayat ombak rindu sgt!

    ReplyDelete
  6. kenapa ni fiza? masih lagi berjuang kah? daku sokong kamu 200% kay...

    ReplyDelete
  7. @wahida: KO memang prihatin, bertuah dpt kenal ko ☺☺.

    ReplyDelete
  8. betoi tu kita perlu bgkit.. kita wanita yg kuat

    ReplyDelete
  9. BERJUANGLAH DILANDASN YANG BENAR...

    ReplyDelete
  10. all the best...semoga di permudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  11. yuppp wanita zaman moden bukan wanita air mata lagi.. wanita moden hatinya tabah dan sekuat platinum... tapi tulus dan mulus demi yg dicintainya

    ReplyDelete
  12. hati ini mudah tersentuh...sekali terluka, parutnya pasti lama....

    ReplyDelete
  13. ombak ganaz masih membadai kah...??

    semoga kuat & tabahkan hati.. hal2 mcm ni bukan boleh lenyap sekelip mata..

    ReplyDelete
  14. tak redha dan x ikhlas jugak..i'm with u...*hugs

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive