Hati ibarat Ombak...
Monday, December 19, 2011
Adakalanya tenang...setenang ombak di lautan. Bila hati di landa badai...ianya ibarat ombak ganas yang menghempas pantai, ibarat ombak tsunami yang meragut kebahagiaan dalam sekelip mata.
Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.
Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.
Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas.sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.
Redha dan pasrah, adalah dua maksud yang berbeza. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan. Pasrah pula menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Sejujurnya...apa yang berlaku, aku tak redha dan ikhlas sebab iman aku belum cukup untuk berada di tahap yang tinggi.
Apa pon masalah yang datang, kita kena bangkit..kita bukan wanita zaman dulu yang mudah pasrah..kita pejuang wanita zaman era baru..wanita sekarang tak mudah gentar..i'll fight for my right.
21 komen
yeah.. harus bangkit dan berani perjuangkan hak kita.
ReplyDeletenice entry
ReplyDeleteErr, mcm ade pengaruh ombak rindu kan? Hiks~
ReplyDeleteDalam hati mmg tiada yang tahu kan fiza, tapi kekuatan dalaman dtg bila anak2 jadi keutamaan kita
ReplyDelete@Mrs Lurve: Betul tu. Mengalah bererti kalah.
ReplyDelete@Anum: Mekasih anum ☺
ReplyDeletedear, kenapa ni? lain mcm n3 kali ni...kalau ada apa2 jgn segan kol aku atau email aku yer...
ReplyDeleteaku sudi dgr...
hahaha..
ReplyDeleteayat ombak rindu sgt!
kenapa ni fiza? masih lagi berjuang kah? daku sokong kamu 200% kay...
ReplyDelete@Pok Amai-Amai: Hehehehe...yg ni ombak duka ☺☺
ReplyDelete@ajumohit: Betul tu aju.
ReplyDelete@wahida: KO memang prihatin, bertuah dpt kenal ko ☺☺.
ReplyDeletesetuju..
ReplyDeletebetoi tu kita perlu bgkit.. kita wanita yg kuat
ReplyDeleteBERJUANGLAH DILANDASN YANG BENAR...
ReplyDeleteall the best...semoga di permudahkan segalanya...
ReplyDeleteyuppp wanita zaman moden bukan wanita air mata lagi.. wanita moden hatinya tabah dan sekuat platinum... tapi tulus dan mulus demi yg dicintainya
ReplyDeletehati ini mudah tersentuh...sekali terluka, parutnya pasti lama....
ReplyDeletesaya redha... hehe
ReplyDeleteombak ganaz masih membadai kah...??
ReplyDeletesemoga kuat & tabahkan hati.. hal2 mcm ni bukan boleh lenyap sekelip mata..
tak redha dan x ikhlas jugak..i'm with u...*hugs
ReplyDelete