SEKSUALITI MERDEKA...Menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat.

Thursday, November 03, 2011


Aku percaya ramai lagi yang masih samar² apa itu Seksualiti Merdeka. Aku pon 1st time dengar. Rupa² nya pertubuhan ni dah wujud dari tahun 2008. Dan skang ni sedang berlangsung festival yang di panggil 'Seksualiti Merdeka' bermula semalam dan akan berakhir pada 13 November 2011 nih dan ini merupakan festival ulangtahun yang KETIGA. Festival ini di sokong oleh Amnesty International Malaysia, Majlis Peguam, Suaram, Tenaganita dan beberapa NGO lain di negara ini.


Apa itu Seksualiti Merdeka?

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.

Source: www.seksualitimerdeka.org

Memetik komen daripada Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Norsaleha Mohd. Salleh menyeru masyarakat yang berbilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang tidak bertamadun itu.

"Budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama jadi jangan kita menunggu laknat Allah turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan," katanya.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar

menyeru semua pihak agar menentang sekeras-kerasnya agenda yang dibawa Seksualiti Merdeka.

Tambahnya, perkara itu jelas bertentangan dengan tabie manusia dan menjatuhkan moral masyarakat.

"Kita tidak perlu menjadi seperti bangsa lain yang menghalalkan hubungan sejenis dan menjadi masyarakat yang rendah moralnya," katanya.

Menurutnya, semua badan agama perlu memainkan peranan agar perkara itu dapat dibendung.

"Islam sendiri mengharamkan perbuatan berkenaan dan saya percaya agama lain juga sama. Jadi generasi muda terutamanya, perlu melengkapkan jati diri dan berpegang teguh pada landasan agama," jelasnya.

Untuk lebih lanjut bley baca kat SINI dan SINI

Ya! Allah...apa nak jadi lah dengan negara kita skang nih. Di harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera untuk menangani masalah nih. Tolonglan hormat perlembagaan dan sensitiviti masyarakat islam kat malaysia nih. Jangan sampai ALLAH turunkan bala yang dasyat....na'uzubillah...

Sangat kagum dengan Sultan Brunei. Hendak segera laksanakan hukum ALLAH dalam Sistem Perundangan dan Kehakiman Syarak dan Sivil. Memetik titah baginda:


"Beta tetap yakin jika kita mahu undang-undang Allah ini tidak mustahil untuk dapat dilaksanakan. Jadi kalau belum mampu semua, buatlah mana-mana yang patut didahulukan yang dianggap kita sudah mampu"

Source: BruDirect.com

What say you?

You Might Also Like

9 komen

  1. hai..jgn la Allah timpa bala kat kita yg tak berdosa ni..

    ReplyDelete
  2. baca dkt web dia td, seme nie mengarut, semakin pelik dh skrg nie, xtau nk ckp apa kalo seme nie terjadi!

    ReplyDelete
  3. Itu kisah basi. Sy pnh dgr cerita seumpama itu.

    Manusia hendak hidup bebas supaya tidak mahu dibelenggu ketakutan pada peraturan yg dicipta manusia. Dan bukan hendak menjauhkan maksiat dgn takut pd hukum Allah.

    Pelik....

    ReplyDelete
  4. TU LA PASAL... DULU ORANG MELAYUPUN RAMAI SOKONG AMBIGA SANGAT...

    ReplyDelete
  5. byk sgt dah perkara yg sgt ditakuti..dunia hampir smpi ke pghjung..

    ReplyDelete
  6. thanks yer bg info ni/.. sbb sy mmg tgh samar2 pun... hihi

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive