Isteri jangan sesekali curang

Thursday, November 03, 2011

Bukan Isteri sahaja, suami juga jangan sesekali curang. Lately banyak dengar kes macam nih. Laki orang bercinta ngan isteri orang dan macam² lagi lah. Yang jadi mangsa adalah anak². Penggunaan ilmu hitam juga salah satu sebab isteri/suami jadi lupa pada keluarga.

Seorang isteri perlu menjaga maruah dan kehormatan dirinya agar tidak mudah tergoda. - Gambar hiasan

DALAM apa jua masalah, isteri tidak boleh menduakan suami dan berlaku curang dengan suami.

"Apa jua masalah berbincanglah dengan cara baik. Jika berdua sudah tidak mampu untuk menyelesaikan cara baik panggil ahli keluarga lain untuk membantu,'' ujar penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.

Menurut beliau, sudah menjadi lumrah, manusia tidak pernah sempurna. Namun ia bukan faktor yang perlu dijadikan penyebab kepada si isteri untuk berlaku curang kepada suami.

"Biar apa pun alasan sama ada diabaikan, kurang kasih sayang mahupun kesepian ia bukan alasan yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang.

"Seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan menduakan suami,'' ujarnya.

Katanya lagi, dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga.

Malah ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah.

Terangnya lagi, jangan memandang mudah dengan perbuatan curang kerana ia adalah perbuatan salah dan hukumnya berdosa.

Katanya lagi, curang adalah sifat yang tidak jujur dan mengkhianati antara satu sama lain.

Perbuatan itu adalah haram dan berdosa dalam Islam dan hukum syarak.

"Sebagai seorang isteri kita wajib menjaga kehormatan diri, keluarga, serta taat kepada perintah suami, malah setiap perkara yang dilakukan perlu mendapat keizinan suami,'' ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama terang beliau, isteri perlu sentiasa ingat bahawa syarak mengharamkan mereka menyimpan perasaan suka apatah lagi cinta kepada lelaki selain daripada suami mereka.

"Dalam situasi ini, isteri perlu menghormati suami dalam keadaan mana sekalipun. Jangan lupa status sebenar diri yang mempunyai insan yang wajib diberi perhatian," jelasnya.

Beliau berkata, kecurangan berlaku tidak kira sama ada isteri atau suami adalah disebabkan hubungan dan perintah Allah tidak dilakukan dengan sempurna.

"Isteri yang curang kepada suaminya mempunyai masalah dengan keimanannya, sebab itu mereka sanggup menduakan suami walaupun mereka tahu suami itu adalah insan mulia di sisi isteri .

"Sebagai seorang isteri dia perlu menjaga kehormatan dan maruah suaminya. Apabila kalah dengan godaan syaitan, mereka tiada iman. Akibatnya, perasaan malu sudah tiada lagi sehingga sanggup menggadaikan maruah diri untuk keseronokan yang hanya bersifat sementara," katanya.

Beliau berkata, jika suami mengesyaki isteri cenderung melakukan kecurangan ambil masa untuk menyiasatnya dan jangan bertindak terburu-buru.

"Sebagai ketua keluarga, suami wajib memenuhi segala tuntutan dan keperluan isteri. Ini termasuk menjaga hubungan seksual agar bertambah erat hubungan kasih sayang antara pasangan," katanya.

Dalam Islam, suami mempunyai kewajipan memastikan kebahagiaan rumah tangga, sebagai ketua mereka perlu bertindak sebagai pelindung isteri dan anak-anaknya.

"Sebagai seorang suami, dia perlu mentadbir rumahtangga dan menjadi contoh yang baik kepada keluarganya,'' ujarnya.

Source: Utusan Malaysia

You Might Also Like

14 komen

  1. mmg merata2 ..
    moga2 kita semua dijauhkan ...

    ReplyDelete
  2. banyak terjadi di zaman sekarang kan

    ReplyDelete
  3. Ya Allah! Selisih! Jauhkanlah kita semua dari keburukan!

    ReplyDelete
  4. curang ..fuhh..nauzubillah..kita kan nok dr laki curang memang kita dengan redha nya kasik dia kawin lagi..baik tak hati ai ni? hehe

    ReplyDelete
  5. setuju sgt. aku satu aje. ape pon masalah ko cth laki ko dera pukul, atau bini xjaga rumahtangga, settle dulu baru la nk menggatai lain! haha. aku paling xsuka alasan 'sunyik, xdpt layanan' eeeii pg la settle dulu problem, kalu xbleh selamat cerai dulu baru la suka suki buat hal sdr. aku penah tnya laki aku napa laki curang walaupon bini dia baik (kalu bini xbaik apetahlagik kan), ye la topik gini kan selalu ade kt radio, aku selalu xpaham napa laki bila dh kawin pon ade hati nk berkenalan dan berkawan dgn pompan lain xkesah la ape alasan. ko tau papi jawab ape?

    'GATAL!' hahhahaha tpanjat aku.. gelak besar betol. dia ckp xdek la alasan munasabah. mmg laki tu gatal. tu aje sekian. hahhaa

    bila aku pikir2 napa pompan plak yg curang aku pon nk kasik satu aje 'MENGADA!' hahhaha

    aku xckp sbb aku bahagia tp kalu dh bini org tu kalu terseksa dgn perkahwinan, guna jalan yg betol nk selesaikan atau nk keluar dari institusi kawin tu. jgn nk mengada2 buat dosa pi carik boipren lain. xpsl2 pintu neraka terbukak luas. hmmpp..

    ini sume utk peringatan diri sendiri. semoga aku dijauhkan la dgn bende2 cmgini. aminnnn

    ReplyDelete
  6. info yang berguna fiza..thanksss..risau kan..

    ReplyDelete
  7. minta jauh la dari perkara2 mcm ni

    ReplyDelete
  8. terus teringat citer soffiya tu..si fiona tu curang padan muka dah kena cerai...

    ReplyDelete
  9. Tulah mintak dijauhkanlah kan fiza, satu je yg penting, kejujuran antara pasangan, kalau Suami isteri berjauhan, sama2 kene jaga diri sendiri, klu iman kuat, dtglah dugaan besar mana pon, kita Akan ttp setia pada pasangan

    ReplyDelete
  10. MACAM SI FIONA YANG CURANGPADA SUAMINYA ILYAS.. EH MASUK BAB DRAMA SOFFIYA PLAK.. :)

    ReplyDelete
  11. minta dijauhkan lah dari kite perkara sebegini..

    ReplyDelete
  12. jauhkanlah hati dan perbuatan kita dr segala sifat mungkar..

    ReplyDelete
  13. Nice post, sweetie! Keep it up! By the way, why don't you make your website a bit more social.


    11Jane Wilson
    dominos coupon codes

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive