Burger Kukus Jalan Rejang @ Bangi

Wednesday, November 23, 2011


1st time dengar pasal Burger Kukus nih. Uols pernah makan tak? Ker aku jer yang baru tahu tentang kewujudan Burger Kukus nih? Apa yang aku bley komen:

Memang terbaik der. 1st time makan terus jatuh cinta. Dah lama nak citer pasal BKJR nih, tapi asyik terperap jer. Mula tau pon masa gi check-up telinga anak dara dulu. Kelaparan sebab lama nak tunggu turn jumpa doctor. Hubby pon turun lah cari makanan. Naik spital jer trus cakap 'abg beli burger kukus, pernah dengar tak?'...erk...'yer ker ada burger kukus', macam tak caya plak. Bila rasa sekali...memang sedap. Iman makan sebijik burger tu tak cukup, nak lagi hokey.


Apa yang menariknya pasal burger kukus nih, ia merupakan burger jalanan yang berkonsepkan kukus dan bakar dan menggunakan sos (black pepper's, chili's sauce and garlic butter) yang dibuat sendiri (homemarker). Kalau nak makan pon tak der ragu² lah sebab tak pakai HP sos yang harem tu...eekekeke...

Ada perbezaan dengan burger lain, iaitu...burger ni terlebih dahulu di kukus selama 5 minit, kemudian di bakar sehingga masak tanpa menggunakan minyak yang banyak , less oil kekdahnya. Itulah yang membezakan BKJR dengan burger² yang lain. Jadi anda harus mencubanya.


Kalau uols nak try BKJR nih, bley cari stall dorang kat Bandar Baru Ampang, dekat Medan Selera Jalan Wawasan. Kalau kat area Bangi nih, stall dorang terletak kat depan Restoran Kelisa. Restoran Kelisa nih plak sederet ngan Hospital Pakar An-Nur and Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.

Kalau nak tau lebih detail pasal BKJR ni, bley layari blog BKJR. Kelasss nyah...ada blog lagi ☺☺☺

You Might Also Like

13 komen

  1. ada rasa cam beger king ke nok? maklumlah katanya bakor kan..

    ReplyDelete
  2. hubby pernah cerita tp kita x penah cuba lagi

    ReplyDelete
  3. adeyy jauh sgt den nak terjah sana..tp nmpk mcm sodap aje

    ReplyDelete
  4. Kat Umah Aju Ada fiza, tp x pernah try lagik, sedap ye? Mesti cuba pasni hihi

    ReplyDelete
  5. kukus? macam best je.. mesti menyihatkan..

    ReplyDelete
  6. say penah try tpi lupa kat mana sbb adik belikan...
    mmg sedap tapi takdelah dia ada gerai cantik cam tu...

    mmg kelessss!!!

    ReplyDelete
  7. alamak.terlambat sudah..baru gi bangi ritu..huhu

    ReplyDelete
  8. xpnh mkn n xpnh dgr lg pasal beger kukus ni.. cam menarik..

    ReplyDelete
  9. first time dengan burger kukus ni.. menarik juga ni untuk di coba

    ReplyDelete
  10. nyum nyum sedap nye nampak.. fiza, leh bagitau tak exact location/ landmark kedai ni... nak g malam ni jugak!!! huhuhu

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive