Hasil SURVEY TADIKA...Yuran Pendaftaran, Yuran Bulanan, ETC.

Tuesday, October 25, 2011

Salam semua. Pagi ni busy to the max sebab semalam adalah hari cuti berjemaah somi isteri. Misinya adalah mencari Tadika untuk Iman Hakimi tahun depan. Dalam entry Tabika KEMAS, Taski ABIM, PASTI, Genius Aulad...Yang Mana Satu Jadi Pilihan?, aku dah buat tinjaun di beberapa buah tadika. Dah call tanya macam² lah. Tapi lagi best kalau jumpa owner sendiri kan. Cakap dalam phone tak berapa best sangat. Ni antara tadika yang aku call:


1) GENIUS AULAD

Registration ada 2 options including admin fees, ICT and others. Tapi aku lupa fees ni termasuk untuk baju atau tak. Tapi untuk buku memang tak termasuk. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.

Option A = RM788 (1 year Fees)

Option B = RM568, selebihnya bayar kemudian

Ada 2 session class:

1) 8.30 am - 11.30 am
2) 1.30 pm - 4.30 pm

Monthly fees RM238.00

2) Tadika Khalifah Kecil (The Lil' Caliph)

Registration fees adalah RM1200.00 including monthly fees untuk January 2012. Tak termasuk duit baju.

Monthly Fees = RM220.00. Class start from 8.30 am to 12.00 pm. Ni branch untuk Lil' Caliph. ingatkan murah, sekali amik ko...terbeliak bijik mata dengar registration fees....ahaks...

3) PASTI

Registration fees RM410.00 including baju, baju sukan, buku teks, bulan january 2012 nyer fees dan lain² lagi lah. Panjang plak klo nak tulis suma kan. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.

Monthly fees RM80.00, dah naik harga. Tahun lepas RM75.00. Ada di sediakan daycare. Fully Day RM120.00 dan half day RM80.00. Let say kalau aku nak hantar iman kat sini, total untuk tadika and daycare adalah RM200.00 sebulan. Overtime charge start dari pukul 6.30 pm. Sejam charge RM3.00

Petang ada di sediakan kelas iqra' dan Al-Quran. Tapi kena bayar RM30.00

Class session start dari pukul 8.00 am - 12.00 pm.

Transit (van) RM80.00. Yang ni mana yang hantar untuk tadika saja, nursery kat tempat lain.

4) ABIM

Registration fees RM578.00 including Buku teks, peralatan sekolah, baju, baju sukan dan lain² lagi lah. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun dan registration fees adalah berbeza mengikut umur. Untuk 6 tahun, kelas di asingkan (ada bangunan lain) dan untuk umur 4 dan 5 tahun bercampur.

Ada 2 pakej di sediakan:

Pakej Taski: 8.00 am - 1.00 am. Monthly fees RM200.00


Pakej Bistari: 8.00 am - 5.30 pm. Monthly fees RM300.00. Yang ni termasuk daycare. Ada aktiviti untuk petang. Antaranya kelas mengaji, hafazan dan aktivit² lain lagi lah. Overtime charge start dari pukul 5.30 pm. Sejam charge RM3.00

5) TADIKA UBUDIYAH

Yang ni nursery Iman, start buat tadika tahun depan. Registration fees dalam RM1,000.00 including baju, peralatan sekolah, buku teks, insurans dan banyak lagi. Ada kelas renang skali tapi optional lah. Siap ada CCTV lagi...kelas ko ^_^. TU yang mahal sket kot. Umur untuk pendaftaran bermula dari 5 tahun - 6 tahun.

Monthly fees RM200.00 tapi kalau iman daftar kat situ, ada diskaun. Dapatlah RM180.00.Boleh buat installment lagi untuk registration fees.

NI lah antara Tadika yang sempat aku survey dan call. Semalam aku buat lawatan sambil bertanya. Tapi buat masa ni yang berkenan di hati adalah tadika PASTI and ABIM. Criteria tadika yang aku cari ni suma nya dekat ngan umah. Cuma Genius Aulad and Lil' Caliph nih jauh sket. Lagi pon yuran agak mahal.

Tapi antara ABIM and PASTI, mungkin kami pilih PASTI kot. Yuran pon agak berpatutan. Yerlah...ikut kemampuan kan. Kalau gaji kecik tapi nak hantar skolah mahal, tu menyiksa diri namanya.

Ini lah info yang aku bley kongsi ngan uols. Pada yang ada anak nak skolah tahun depat, surveylah dari skang, nanti tempat penuh. Pilih ikut kemampuan. Survey harga, daycare, transit dan yang sewaktu dengannya. Ni baru anak nak masuk tadika dah pening, tu belum nak masuk skolah rendah, menengah dan seterusnya...haihhhhhh...

Ingat..."Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus"...

You Might Also Like

96 komen

  1. Fiza, ikutkan hati...sy nak je anta Aydin g Tadika KEMAS. Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. aju Akan dftrkan Najiha ke lil caliph, kt sini reg rm995, monthly rm210, lain2 ikut tmpt n operator dia...kt sini itulah yg murah setakat ni

    ReplyDelete
  3. weii...citer sal tadika taska ni...pening kepala aku dibuatnya...adehh...

    ReplyDelete
  4. Fiza,
    anak mirah pun kat taski tp takdelah semahal itu yurannya. Agaknya yuran tu bergantung pd lokasi kot. Aisyah utk thn ni 8.00am - 6.00pm rm240. Tp, bg mirah recommended lah. Silibus ok, guru2 pun ok tp lagi sekali, ia bergantung pd pengurusan sesebuah taski tu lah kan..

    ReplyDelete
  5. Thanks 4 sharing. For me teacher yg memainkan peranan utama. If teacher bagus maka baguslah hasilnya tak kira yuran tinggi atau rendah. Nak survey Pasti kat area rumah jugaklah camni :)

    ReplyDelete
  6. tapi tadika kat bndr ni mahal kan..anak buah aku masuk kemas,Rm5 je ssebulan...Faiz aku hantar genius aulad,sibuk nak sekolah dah...tgk jelah

    ReplyDelete
  7. pelajaraan sekarang ni di nilaai dengaan wang ringgit...ijazah pun boleh beli....

    ReplyDelete
  8. sbb ko takut2kn aku psl nih aku pn survey la mana sekolah terdekat. paling dekat GA kat BK5 kire seberang jalan aje. tapi ermmm xtau la xdek nursery, aku dh le selalu malas nk anto sami g skool, aku suka bwk dia jenjalan haha. tapi kalu aku malas nk jaga dia.. setgh ari je pulak dia kt skool.. dgn baby kecik lagik thn depan .. ermmm..

    xsabo nk tgk iman pakai baju sekolah

    ReplyDelete
  9. oh, i cant help u coz kite tempat yg berlainan..

    sya teringin nak kasi anak ke genius aulad atau lil Calpih sbb selalu masuk tv, tapi jb takde..

    tapi mmg pening nak sorting list tadika ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jb ada lil caliph. Kt uda n perling n larkin

      Delete
    2. Ga kt pasir gudang pn ade..

      Delete
    3. so far, kalau area kempas, TADIKA AL-HAWI the best. guru ok, pljrn mmg sgt ok. dah 3 org anak kt sana.

      Delete
  10. huhuu byk jugak perbelanjaan utk ank2 ni yer..

    ReplyDelete
  11. PASTI kat mana, ya? kat seksyen 7 tu ke?

    tq for sharing. sedang mencari2 jugak ni :)

    ReplyDelete
  12. Adoiyaiii..x sama harga rupanya wpun tadika sama ekk. Uishhh..ni yg rasa nak kena survey cpt nii...

    next yr igt nak hntr adam ke lil caliph dpn.umah.tp ntah brp la yurannya

    ReplyDelete
  13. Assalam..
    Anak iza pun nak bg sekolah tahun depan.dah tak sabar2 nak sekolah.mungkin pilih tadika Islam.tak ada banyak pilihan sangat di sini

    ReplyDelete
  14. yup, kita pon dok sibuk cari tadikan iskandar...yg penting hasilnya dia boleh baca, paham dan tulis...sebab sebelum ni iskandar masih belum pernah bersekolah...saya pulak agak cuak bila tahun depan nak masuk sekolah rendah...grerrr heehhe

    ReplyDelete
  15. taski ABIM di tempat fikri tu monthy rm40 ajer.. masa masuk hari tu hampir rm200 juga yuran pendaftaran.. tp kualiti sgt hampeh.. saya kaciwa..

    berbeza dgn fee di area Fiza tu ya.. mungkin kualiti pengajaran berbeza mngikut tempat...

    ReplyDelete
  16. ASYIKIN: Saya pon pilih PASTI gak ☺☺

    ReplyDelete
  17. FARA: Klo boleh nak hantar gak kat KEMAS, tapi jauh dari umah lah. Nak kena fikir pasal kos lagi.

    ReplyDelete
  18. AJUMOHIT: Bley tahan gak harganya yer. Lain branch lain harga kan.

    ReplyDelete
  19. MIRAH: Betul tu. Lain branc lain harga kan. Harap pengurusan taski ni ok lah.

    ReplyDelete
  20. MOMMYCT: Sharing is caring. Survey...jgn tak survey ☺☺

    ReplyDelete
  21. ILA: Bandar memang mahal klo nak bandingkan ngan kat kg. Klo faiz dah minat ko hantar jer lah.

    ReplyDelete
  22. COACHNIKE28: Biasalah tu, duit adalah segala-galanya.

    ReplyDelete
  23. ELY: Hahahaha...bukan nak takutkan ko, just bersedia dari skang. Kira dekat ah tu GA ngan umah ko. Cuba lah ko tanya ada daycare ker tak.

    AKu pon tak sabo nak tgk iman pakai baju skolah.

    ReplyDelete
  24. MAMANORIZ: Owh...kat JB tak der lagi GA & lil' caliph yer. Saya pon teringin gak nak hantar kat salah satu tadika nih, tapi tak mampu lah.

    ReplyDelete
  25. INTANBERLIAN: Memang banyak intan, kena sedia duit jer lah.

    ReplyDelete
  26. M.I.O: Ha'ah, PASTI Siti Sarah kat sek 7 tu.

    ReplyDelete
  27. ISABELLE: Memang tak sama belle, lain tempat lain harga. Dekat lah tu depan umah, senang ☺☺

    ReplyDelete
  28. IZA: Tu lah iza, kat sana tak byk sgt kan. Klo kat bangi ni memang byk.

    ReplyDelete
  29. BITT: Betul tu, yg penting hasilnya.

    ReplyDelete
  30. KAKYONG: Erk...murah yer kak. Kat tempat saya nih mahal gak. Lain tempat lain caranya kot. Sian akak...keciwa yer.

    ReplyDelete
  31. mcm saya pun fiza...mmg fenin gak nk pilih tadika mana yg bagi kita terbaik utk kita dan anak kita..cam saya dulu pilih Tadika AnNajjah..dari sufiya umur 5-6 thn..tadika nih ada di Selayang, ALor setar dan Arau ja...mmg syukur anak2 pandai dalam pembacaan ayat2 Alquran..bijak menghafaz...boleh spuking londong skit2 ...ok la kan..tp kalau ABIM mmg bagus...

    ReplyDelete
  32. fiza, nak tanya kalau register PASTI diorang nak slip gaji x?? kalau kat area rumah zaila ni diorang da minta & of cozlah gaji kami tak layak untuk mohon (bukan nak cakap besar tapi diorang ambik limited & hanya ntok famili yang household below RM2k) so nak tak nak hantar GA pilihan yang kami rasa terbaik untuk dia..

    tapi betullah apa yang fiza cakap, jangan ingat yang mahal itu terbaik ntok anak kan..macam zaila sendiri zaila xexpect tinggi sangat dari anak, tapi Alhamdulillah memang ada nampak perubahan sejak dia sekolah kat situ

    apa2 pon kita sebagai mak ayah pon kn main peranan juga, kalau mahukan anak yang bijak pandai kenalah sentiasa buat latihan bersama diorang juga, jangan mengharapkan cikgu semata..kalau nak anak pandai speaking pon kena speaking juga kat rumah, jangan harapkan cikgu semata kan:P

    ReplyDelete
  33. salam..thanks sgt blog ni banyak bg info.saya daftar anak utk pasti nx year january 2013 start.yuran 500+ pastu pagi sampai tgh ari kul12.30 rm120 if nak iqra' tambah rm30..kalau nak sampai ptg dgn day care tambah lagi rm150.so total rm300 la per month.memang murah kalau nak di bandingkan dgn tadika lain n banyak komen positif pasal pasti ni.yg tadika ABIM tu saya tak sure area rumah ni ada ke tak..saya daftar anak kt pasti ehsaniah cheras

    ReplyDelete
  34. saya memang tertarik nk hntr anak ke PASTI, tp selepas mendengar dr kawan2, hasil yg d perolehi oleh anaknya tidak membanggakan, membuatkan saya berda dlm dilema... sbb mgkin cawangan pasti di tmpat lain ok, d tmpat saya kurang sedikit.. memang buntu skrg.... ade sesiapa bole bg pendapat..? sy memang nk anak saya belajar tahfiz atau islamic education.

    ReplyDelete
    Replies
    1. natasya, setahu saya, tadika little caliph ada modul yg pn natasya mahukan. cuba survey

      Delete
    2. natasya, setahu saya, tadika little caliph ada modul yg pn natasya mahukan. cuba survey

      Delete
    3. nk Tanya yuran masa mula2 masuk school little caliph ni boleh byr ansur2 tak? berapa kali boleh byr??

      Delete
  35. salam..tq sbb share..byk info kat sini.sy pun nak anta ank thn dpn..thn depan umur die 4 tahun.saya rasa nk anta kat PASTI sbb dkt dgn rumah.transpot pun ada.ada sesape yg ada info ttg PASTI pinggiran delima hulu langat?

    ReplyDelete
  36. salam.
    lengkapnya info. terima kasih kerana berkongsi.tapi anak saya masih kecik lagi

    ReplyDelete
  37. berhati2 dgn hidden fees kat q-dees! Contohnya, bila saya nak enrol daughter saya kat qdees, mula2 qdees memberitahu saya school fees RM210 sahaja, tapi akhirnya baru saya tahu kena bayar fliptech fees, facility fees, beamind fees, etc... Pada pendapat saya, fliptech fees, facility fees, beamind fees itu semua memang adalah school fees. Apa itu beamind enrichment programme? Kenapa mereka x include dalam normal kindergarten school hours? Just nak charge extra!!! We as parent memang x suka feel cheated.
    Byk lagi hidden fees anda akan discover nanti selepas anak anda berada kat qdees... Tambahan pula, teacher sombong dan ajar salah! Byk parents complain kat qdees, tapi semua swept under carpet...

    ReplyDelete
  38. SALAM..pada pendapat saya memilih tadika sangat penting and it depends on what the parents actually want for their child.basically now English is very important therefore fully base english kindergarden is a good choice. jujur saya katakan, sy seorang yg sngat bersyukur for having such parents yg memandang ke hadapan. titak ketinggalan agama juga dipupuk. i would suggest smar reader yg menitik berat kn english and agama at the same time-rara

    ReplyDelete
  39. Bole tahu tadika ubudiyah tu di mana?

    ReplyDelete
  40. Bole tahu tadika ubudiyah tu d mana?

    ReplyDelete
  41. Bole tahu tadika ubudiyah tu di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sian hazira xde sapa sudi melayan yea

      Delete
  42. Klu ank autism mereka terima tak? Anak saya autisms @ autisma

    ReplyDelete
  43. Klu ank autism mereka terima tak? Anak saya autisms @ autisma

    ReplyDelete
  44. Anon,

    Saya dah email hazira yer. Harap maklum.

    ReplyDelete
  45. Faiz, tak sure lah. TApi rasanya untuk anak autisms ni ada sekolah khas utk mereka.

    Cuba check dengan Persatuan Autisme Malaysia ebab dorang ada perkhidmatan utk kanak² yg autisme. Ini link nya.

    http://www.nasom.com.my/

    Harap info ni dapat membantu.

    ReplyDelete
  46. Dulu saya hantar anak kat umah pengasuh rm250.00 dr jam 7.30 smpi kul 5.30...duk umah pengasuh tak belajar ape2 pun...saya fikir lebih baik hantar pasti bayar rm255.00 smpi kul 6 ptg tapi dia dapat belajar dapat kawan-kawan...secara rasional nya..lebih baik hantar sekolah daripada duk kat umah pengasuh..sbb saya ibu ya g bekerja...my opinion ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga lebih prefer nursery dari pengasuh. Banyak aktiviti and boleh bersosial.

      Delete
  47. PASTI n ABIM tu kat mana??skrg anak fiza sekolah mana n suke x dia sekolah tu?

    ReplyDelete
  48. PASTI kat seksyen 7, Bangi. ABIM kat Sg Ramal. Saya hantar anak kat PASTI. Alhamdulillah...ok.

    ReplyDelete
  49. tgah pening gak nk htr ank bujang sy n.year.tp kt area kepong lil caliphs je plg dkt.hopefuly ank pun suka :)

    ReplyDelete
  50. Fiza, saya ada pertanyaan. PASTI ni ada terlibat dengan parti politik tak? Saya ni natural dalam politik.

    ReplyDelete
  51. Saya nak tanya PASTI ni terlibat secara direct dengan parti politik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry for the late reply.

      Klo tak silap saya, memang PASTI under PAS, tapi dorang tak terlibat secara direct pon dlm politik. Tak perlu risau ☺☺

      Delete
  52. saya ada beberapa cadangan.sapa yang nak hantar anak ke tadika boleh hantar kat An-Nur Islamic Centre.Ada dua cawangan,satu kat jalan layang,tmn perling dan satu lagi kat taman nusantara,gelang patah..

    ReplyDelete
  53. salam..saya baru pindah putrajaya
    tumpang tanya,kt cni ade x tadika PASTI y tdekat??
    sbb sy suke cara asuhan PASTI ni.ank sy y sulung pnh bljr PASTI thn lepas slma 5bln je.tp kputusan sgt mberangsangkn.dr xknl lgsung huruf abc skrg dh bole membaca buku cerita.alhamdulillah..kl ikotkn ank sy ni jnis lmbt cket dlm IQ die.tp berkat usaha guru PASTI utk jadikn ank sy pdai mbaca,akhirnye tercapai..x sia2 sy memilih PASTI.wlaupon last minit slama 5bln tu..tq pngasas PASTI sbb pkenalkn terknik y luar biasa n jdkn ank sy bijak alquran n seorang y tau aurat btudung tu wajib.hihi..
    kl ade sesape y tau mne PASTI tdekat dgn putrajaya tlg bgtau scpt mungkin kt email sy asmak_ismail@yahoo.com.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asmak, saya tak sure area putrajaya ada atau tak. Tapi kat bangi ni memang banyak tadika PASTI. Saya dah email yer.

      Delete
  54. PASTI y tdekat dengan Putrajaya ada x??
    tlg maklumkn pd sy alamat/no tel dgn kadar segera..
    email asmak_ismail@yahoo.com
    terima kasih..

    ReplyDelete
  55. Kt jb. Register 1200. Sebulan 400. Sampai petang

    ReplyDelete
  56. Tadika pasti memng murah tapi kualitinya? Jiran saya hantar anak di pasti 2 tahun masih tak pandai baca.. kurang lebih bab doa-doa harian memang terer lah. Nampaknya ibu ibu yng nak hantar anak ke sana kenalah usaha lebih untuk ajar anak dirumah.

    ReplyDelete
  57. Ingt nk antar anak CIC.tapi ada Info katanya owner pgamal syiah.wallagualam
    risau jdnya

    ReplyDelete
  58. pening memilih tadika ni..anak saya dah 3 tadika dia gi sejak dia umur 3 tahun..ni tgh nak pilih tadika yg ke 4..huhu

    ReplyDelete
  59. Aslmkum,Nak tanye..nape skrang jauh cgat beza pendaftaran utk pasti ek..bru je 2 3 hr cll..diorg kata yuran pendaftaran rm1090 utk budak 6 tahun..mmmmm,da spe2 tau x tadika KEMAS area seri kembangan?..pening dh kpala nk cri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk tadika islamik di sekitar seri kembangan/serdang boleh hubungi Cg Nur 010-6353707

      Delete
  60. Sy rs x semestinye anta tadika mahal2 ank2 kite pun pandai..macam ank sy baru thn ni masuk tadika kemas alhmdullah dlm ms 9 bulan ni da pandai mengeja dan membaca walaupun merangkak2..thn dpn pra sekolah sebab 6 thn..

    ReplyDelete
  61. Ank sy 3y thn ni sy antr cic.bgs jg tgk dia byk bljr bnda baru.tp tula,suka tdo lewat,bgn pg pun lwt.sek asyik ponteng je.dlm smgu ada la 2-3 hari je p sek.bln puasa sy stop kn sb rs rugi je byr mhl2.next year nk antr pasti.tp dorg mtk pay slip.yg layak gj bwh brp k yer.

    ReplyDelete
  62. Yerima kasih kerana berkongsi :)

    ReplyDelete
  63. Nasib baik terpandang entri ni. Tengah dok fikir nak hantar si Adik tu ke tidak tahun depan. Tengah pening kepala. Yang pasti, Adik akan ke sekolah Cina. Ingat nak pergi Genius Aulad dulu lepas tu pindahkan ke Smart Reader sebab Smart Reader ada menjurus ke Mandarin juga, macam Abangnya. Tapi rasa cam buang duit pulak tadika sampai dua tempat. Si Adik memang tak rasa nak pergi school sebab dia malu dengan gegirl.

    Thanks for the info. Banyak maklumat dah dapat.

    ReplyDelete
  64. As'Salam. Anak saya masuk Tadika i-Brain Islamic Kid Center di Pelangi Semenyih 2. Mmg terbaik tadika ni, Baru masuk 2 bulan, anak saya dah pandai menghafal surah2 lazim solat. Tahun depan saya nak sambung hantar ke tadika ni lagi. Yuran bulan2 pun murah.. Hee.. Heee. boleh rujuk dkt sini http://ibrainislamic.wix.com/ibrain

    ReplyDelete
  65. Tadika pasti ni kat mana ya di area seremban..no contactcada sesape thu takk..terima kasih..

    ReplyDelete
  66. Fiza masuk tadika pasti mana siti sarah ker?

    ReplyDelete
  67. Untungnye anak2 kt smnnjung.. byk plhn tadika yg islamik.

    ReplyDelete
  68. Saya kt kuching.. tadika byk, tp mengerikn.. bkn islamik. Ade tadika methodist (mmg x kn hntr tkut trpesong akidah), tadika didik n tadika kristar (under chinese.. tkut jgk.. ntah ape yg dia bg ank kte mkn). x sbr rs nk pindh blk smnnjung sbl ank msuk pra-sek..

    ReplyDelete
  69. Kepada ibu bapa di luar sana.

    Mencari Sekolah Tadika, Pusat Jagaan atau aktiviti untuk anak anda mungkin menjadi satu kesukaran.

    daddymummy.co merupakan directori untuk membantu ibu bapa mencari dan membuat pilihan yang terbaik untuk anak-anak anda.

    Berhubung dan berinteraksi dengan ibu bapa yang lain melalui forum dan berhubung terus dengan pusat jagaan atau tadika anak anda.

    Buat perbandingan lebih 10,000 sekolah dan pusat aktiviti sebelum membuat pendaftaran.
    Daftar segera di senarai email kami untuk memdapatkankan maklumat terkini sebelum pelancaran website kami.

    http://www.daddymummy.co/

    ReplyDelete
  70. ye la fiza ...dh start ni nk memilih2 tuk airis thn dpn 4 thn...huuu berpinar mate tgk fees tadika swasta skrg...nak tadika perpaduan x cukup umo lagi..
    tadika vonad pun tbeliak mata fess dia ...tpakse coz abg aiman transit tak boleh pisah ngan adik airis..nak tak nak tadika vonad jugek laa..ikutkan PASTI udah la..nk pandai 3M je pun

    ReplyDelete
  71. ank sy 5 thn msk pasti alhmdulillah..da pndai mmbca sendiri..mcm2 srh da hafal..hadis..bacaan dlm solat..pasti sg sekamat..monthly rm 100..rgster rm 650..ckgu2 kt ctu sgt bagus..ank sy jg dpt nmbr 1 dlm kelas..s..yg mahal xsmstinya bgs..yg bgs xsmstinya mahal
    .jnji kite jg kn ajar ank2 d rumah..☺

    ReplyDelete
  72. ank sy 5 thn msk pasti alhmdulillah..da pndai mmbca sendiri..mcm2 srh da hafal..hadis..bacaan dlm solat..pasti sg sekamat..monthly rm 100..rgster rm 650..ckgu2 kt ctu sgt bagus..ank sy jg dpt nmbr 1 dlm kelas..s..yg mahal xsmstinya bgs..yg bgs xsmstinya mahal
    .jnji kite jg kn ajar ank2 d rumah..☺ lg satu dia da hbs muqaddam hjg thn ni..awal thn depn in shaa Allah nek quran..alhamdulillah...#pasti 👍👍👍

    ReplyDelete
  73. Saya penah survey taska ni berdekatan dengan rumah.Byran bulanan hanya RM80.Mmg murah tapi bila saya masuk dalam tadika tu terus saya tak jadi hantar sebab tersangat la kotor and terlalu ramai sgt budak yg diorg ambil macam hura hara sy tgk.anak saya sendiri pun kata tak nak sebab kotor.

    ReplyDelete
  74. untuk anak pilihlah sekolah yang terbaik ... karena untuk masa depannya juga

    ReplyDelete
  75. Not more longing to become renowned these days. Buy Facebook Followers as a method to acquire fame and recognition on the internet in a shorter span. buy facebook followers cheap

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive