Fakta dan Punca Sebenar Kenapa Tak Ada Orang Yang Tolong Budak Umur 2 Tahun Yang Di Langgar Di China

Thursday, October 20, 2011

Mesti Ramai yang tertanya-tanya kenapa rakyat China ni kejam sangat. Di biarkan budak 2 Tahun yang cedera parah terbaring tanpa pertolongan. Bak kata hubby...mesti ada sebab dorang buat macam tu. Memang betul, aku pon baru tau bila baca blog anneraini. Meh baca kisah sebenar.

"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..."

Kesimpulannya...berhati-hatilah kalau nak melancong ke Negeri China. Jangan sesuka hati nak menolong orang kat sana. Memang dasyat ah orang kat sana. Macam dah tak der nilai perikemanusiaan. Masing² ada kepentingan sendiri.

You Might Also Like

22 komen

  1. memang teruk kan? aku pun tau tentang hal ni. statement pemandu van mmg tak boleh blah. teruk betul sampai sanggup tgk budak tu mati. takde hati langsung!

    ReplyDelete
  2. emmm...mungkin betol gak fakta tuh...

    pasl kalu dipikir logik...takkan la mereka yg tgk tuh takde rase kesian langsong akt budak itu..

    wallahualam...

    ReplyDelete
  3. fiza, dasar komunis memang mcm tu tak ada hati perut...

    ReplyDelete
  4. ya allah! boleh pulak dorang pikir mcm tu ye? ade ke driver tu kata nak langgar je terus bagi budak tue mati??!

    ReplyDelete
  5. tu yg susah tu....takkan nak pandang aje?

    ReplyDelete
  6. tapi kan,kalau kita tgk kejadian tu,sanggupkah kita tgk jer...aku tak sanggup wei tgk budak kecik menahan sakit cam tu...huhuhuh

    ReplyDelete
  7. law di cina mmg kejam dan giler..huhuhu bersyukur di lahirkan dan menetap di msia..

    ReplyDelete
  8. patutpun diorang buat tak tahu ajekan...rupanyer dasar komunis macam tu...klu betullah dasar tu macam tu memang tak berperikemanusiaan betul...

    ReplyDelete
  9. saya rasa kaum2 dia mmg mcm tu kan, kt sini pon diorg mcm gitu jugak, jalan raya mcm diorg yg punya...geram je huhuuhu

    ReplyDelete
  10. Apa lah punya rules yg Gomen China buat nie kan :( Bukan salah rakyat dia tapi sebenarnya salah pemerintah banggang depa tu.

    Syukur sgt lahir kat Malaysia...

    ReplyDelete
  11. aah memang macam tu la undang2 karut tu..so tkde la sesape yg nak jd samaritan tu..

    ReplyDelete
  12. memang pelik betul, negara diaorang ramai penduduk dan ramai gak yang susah so macam2 cara org buat nak hidup kan

    ReplyDelete
  13. Assalam..
    Memang dah hilang perikemanusiaan...Mereka tak fikir ke kalau diri mereka sendiri yang memerlukan pertolongan , tetiba orang tak nak tolong...
    Pasrah je la...

    ReplyDelete
  14. mmg dasat kan mrk tu. sampai gitu sekali undang2 dorg gubal. undang dorg kejam...

    ReplyDelete
  15. betul tu, sya pun dgr camtu...

    undang kerajaan china sndiri yg buat rakyatnya sebegitu rupa!

    sgn2 sadis kan...huhuhuuuu


    sudi folo?

    ReplyDelete
  16. sangat kejam...teruk tui la..budak tuh dh pun mati...:(

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive