Salam pagi isnin uols. Ada yang Monday blues ker pagi nih atau yang tengah mengantuk? Kalau ada meh sini, aku nak hilangkan monday blues uols suma (*_^)
Agaknya apa jawapan yang paling sesuai untuk soalan di atas? Tolong bagi jawapan bley tak...muahahahahahaha...
Soalan dari budak 4 tahun. Biasalah kan, bebudak umur macam ni banyak bertanya. Tapi malam tadi tak sangka pulak soalan ni yang keluar dari mulut anak bujang tu.
On the way nak balik umah semalam, sambil baring dia dok tanya sambil tunjuk kat Qahirah "IBU...macam mana nak buat BABY nih"...aahhhhhhh...terkedu jap, nak tergelak pon ada, hubby dah tersengih². Takkan aku nak terangkan proses persenyawaan kot. Tak sesuai lagi rasanya untuk budak beso tu. Apa yang aku bley jawab 'dah besar nanti iman tau lah'...ahaks...macam tak sesuailah plakkan.
Agak² ada tak jual buku mengenai jawapan yang sesuai untuk di berikan jika keluar soalan² yang tak di jangka dari mulut anak² kecil? kalau ada tolong bagitau yer...hehehehehe...
Sharing is caring. Nak share email yang aku dapat. Pada pemandu² kereta di luar sana, tak kira lelaki atau wanita sila berhati² di mana saja anda berada. Jenayah tak kira mangsa. Jom baca:
"Sekadar nak kongsi dgn semua. semalam saya lunch dgn ADH security kt sini. Hari sebelumnya dia ada cakap dgn saya, "jom balik dah pukul 6". Semasa kami makan, tiba2 dia tanya,"semalam ingat tak saya ckp saya nak balik pukul 6". Dia pon memulakan cerita. Sebaik meninggalkan Giant Nusa Bestari beliau ke stesen minyak Petronas berdekatan utk mengisi minyak. Semasa sedang mengisi myk, datang sebuah kereta Honda Accord yg nampak masih baru dibeli datang ke sebelah pam tempat beliau mengisi minyak. Pemandu keluar dari kereta menuju ke kaunter pembayaran tanpa mematikan enjin memandangkan terdapat penumpang wanita di dalam kereta yang mungkin isteri beliau. Di belakang kereta tersebut datang sebuah Gen 2 dinaiki 3 lelaki berbangsa Cina. Sebaik lelaki tersebut meninggalkan kereta dgn enjin yg tidak dimatikan, salah seorang lelaki dari kereta Gen 2 tadi tiba2 menerpa ke arah kereta Honda Accord yg ditinggalkan dan terus memecut kereta meninggalkan stesen minyak dgn diekori kereta Gen 2 dari belakang.
Keadaan stesen minyak pada ketika itu penuh dgn pelanggan dimana tidak ada satu pon pam yang kosong, tetapi tidak seorang pon tampil membantu kerana masing2 sibuk memegang nozel (sekarang kebanyakan stesen minyak layan diri). ADH Security tadi juga tak mampu berbuat apa2 kerana beliau menaiki motosikal. Sebaik seelsai mengisi minyak beliau keluar menuju jalan balik & melalui simpang 4 yg ada traffic light di hadapan Giant Nusa Bestari. Beliau lihat ramai org berkerumun & saksi menyatakan ada seorang wanita telah terjun dari sebuah kereta berlumuran darah di atas jalan. ADH security tersebut kemudian kembali ke stesen minyak utk mengambil pemandu Honda Accord tadi & membawa ke tempat di mana wanita tersebut kemalangan dan sudah pengsan. Ada kemungkinan wanita tersebut bukan terjun tapi ditolak keluar oleh lelaki yang melarikan kereta tersebut. Kepada semua, berhati2lah bila mengisi minyak kereta.
Arahan utk mematikan enjin semasa mengisi minyak perlu dipatuhi. Kunci kereta semasa meninggalkan kereta utk membuat pembayaran. Jika ada penumpang lain didalam kereta, minta mereka kunci kereta dari dalam. Ini yg saya & kawan2 dah praktikkan sejak dari dulu. Kita mungkin bukan sahaja kehilangan kereta tetapi org yg kita sayang. Bayangkan kalau yg di dalam kereta itu anak kecil. Apakah yg mampu mereka lakukan. Kalau tak dihumban keluar dari kereta mungkin dijual kpd sindiket penjualan organ. Mungkin jd pengemis. Sekian, harap sebarkan."
Harap tak boring lah yer, asyik citer pasal tadika jer. Ok lah...dalam entry INI, aku lupa nak bagitau lokasi TADIKA ni semua kat mana kan. Dah excited sangat bercerita sampai lupa nak sebut tempat. Semua tadika ni terletak kat area BANGI, Seksyen 7.
Memang aku cari tadika yang dekat dengan rumah dan tadika yang sediakan daycare sekali. Sebabnya...kalau aku dapat tadika, tapi tak der daycare, perbelanjaan akan bertambah. Nak bayar duit tadika, duit daycare lagi, tu belum masuk transit. Takkan aku nak masukkan Iman kat tadika PASTI, daycare plak kat Nursery UBUDIYAH, tak ker banyak belanja tu. Jadi untuk menjimatkan, better amik tadika and daycare di tempat yang sama. Tapi terpaksa berpisah ngan adik dia lah.
Banyak sebenarnya tadika kat Bangi nih. Cuma kena rajin survey. Tadika ABIM yang aku nampak ada 2 buah. Kat Sg. Ramal and Kat Taman Surada. PASTI pon sama gak. Kat Taman Surada ada satu, tapi lupa apa namanya. Yang ni environment macam tak best sebab terletak kat tengah² dan nampak sempit, pastu sunyi plak tu. PASTI yang aku nak masukkan iman ni PASTI SITI SARAH kat seksyen 7. Rumah teres 2 tingkat and corner lot, nampak selesa lah klo bebudak nak main kat luar. Untuk booking fess kena bayar RM50.00 dulu, the rest bayar kemudian sebab agak ramai yang dah mendaftar.
Itu lah citernya. Tadika Islamic memang pilihan kami lah. Dari kecik ni lah nak terapkan dengan didikan agama, selain dari didikan agama kat umah. Harap² Iman happy lah dengan sekolah baru tahun depan.
Salam semua. Pagi ni busy to the max sebab semalam adalah hari cuti berjemaah somi isteri. Misinya adalah mencari Tadika untuk Iman Hakimi tahun depan. Dalam entry Tabika KEMAS, Taski ABIM, PASTI, Genius Aulad...Yang Mana Satu Jadi Pilihan?, aku dah buat tinjaun di beberapa buah tadika. Dah call tanya macam² lah. Tapi lagi best kalau jumpa owner sendiri kan. Cakap dalam phone tak berapa best sangat. Ni antara tadika yang aku call:
1) GENIUS AULAD
Registration ada 2 options including admin fees, ICT and others. Tapi aku lupa fees ni termasuk untuk baju atau tak. Tapi untuk buku memang tak termasuk. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.
Option A = RM788 (1 year Fees)
Option B = RM568, selebihnya bayar kemudian
Ada 2 session class:
1) 8.30 am - 11.30 am
2) 1.30 pm - 4.30 pm
Monthly fees RM238.00
2) Tadika Khalifah Kecil (The Lil' Caliph)
Registration fees adalah RM1200.00 including monthly fees untuk January 2012. Tak termasuk duit baju.
Monthly Fees = RM220.00. Class start from 8.30 am to 12.00 pm. Ni branch untuk Lil' Caliph. ingatkan murah, sekali amik ko...terbeliak bijik mata dengar registration fees....ahaks...
3) PASTI
Registration fees RM410.00 including baju, baju sukan, buku teks, bulan january 2012 nyer fees dan lain² lagi lah. Panjang plak klo nak tulis suma kan. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.
Monthly fees RM80.00, dah naik harga. Tahun lepas RM75.00. Ada di sediakan daycare. Fully Day RM120.00 dan half day RM80.00. Let say kalau aku nak hantar iman kat sini, total untuk tadika and daycare adalah RM200.00 sebulan. Overtime charge start dari pukul 6.30 pm. Sejam charge RM3.00
Petang ada di sediakan kelas iqra' dan Al-Quran. Tapi kena bayar RM30.00
Class session start dari pukul 8.00 am - 12.00 pm.
Transit (van) RM80.00. Yang ni mana yang hantar untuk tadika saja, nursery kat tempat lain.
4) ABIM
Registration fees RM578.00 including Buku teks, peralatan sekolah, baju, baju sukan dan lain² lagi lah. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun dan registration fees adalah berbeza mengikut umur. Untuk 6 tahun, kelas di asingkan (ada bangunan lain) dan untuk umur 4 dan 5 tahun bercampur.
Ada 2 pakej di sediakan:
Pakej Taski: 8.00 am - 1.00 am. Monthly fees RM200.00
Pakej Bistari: 8.00 am - 5.30 pm. Monthly fees RM300.00. Yang ni termasuk daycare. Ada aktiviti untuk petang. Antaranya kelas mengaji, hafazan dan aktivit² lain lagi lah. Overtime charge start dari pukul 5.30 pm. Sejam charge RM3.00
5) TADIKA UBUDIYAH
Yang ni nursery Iman, start buat tadika tahun depan. Registration fees dalam RM1,000.00 including baju, peralatan sekolah, buku teks, insurans dan banyak lagi. Ada kelas renang skali tapi optional lah. Siap ada CCTV lagi...kelas ko ^_^. TU yang mahal sket kot. Umur untuk pendaftaran bermula dari 5 tahun - 6 tahun.
Monthly fees RM200.00 tapi kalau iman daftar kat situ, ada diskaun. Dapatlah RM180.00.Boleh buat installment lagi untuk registration fees.
NI lah antara Tadika yang sempat aku survey dan call. Semalam aku buat lawatan sambil bertanya. Tapi buat masa ni yang berkenan di hati adalah tadika PASTI and ABIM. Criteria tadika yang aku cari ni suma nya dekat ngan umah. Cuma Genius Aulad and Lil' Caliph nih jauh sket. Lagi pon yuran agak mahal.
Tapi antara ABIM and PASTI, mungkin kami pilih PASTI kot. Yuran pon agak berpatutan. Yerlah...ikut kemampuan kan. Kalau gaji kecik tapi nak hantar skolah mahal, tu menyiksa diri namanya.
Ini lah info yang aku bley kongsi ngan uols. Pada yang ada anak nak skolah tahun depat, surveylah dari skang, nanti tempat penuh. Pilih ikut kemampuan. Survey harga, daycare, transit dan yang sewaktu dengannya. Ni baru anak nak masuk tadika dah pening, tu belum nak masuk skolah rendah, menengah dan seterusnya...haihhhhhh...
Ingat..."Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus"...
What is Maternity and Children Expo?
Maternity and Children Expo, a promising event that gathers every elements of the babies and parents industries! With more than 200 booths on the ground, this exhibition will definitely be one of the most awaited events for all parents and their precious little ones.
Venue : Atrium, Hall 1 & Hall 2, Mid Valley Exhibition Centre
Date :18th - 20th November 2011
Time : 10am - 9pm
Admission : FREE
CLICK HERE for more detail
Fakta dan Punca Sebenar Kenapa Tak Ada Orang Yang Tolong Budak Umur 2 Tahun Yang Di Langgar Di China
Info Thursday, October 20, 2011Mesti Ramai yang tertanya-tanya kenapa rakyat China ni kejam sangat. Di biarkan budak 2 Tahun yang cedera parah terbaring tanpa pertolongan. Bak kata hubby...mesti ada sebab dorang buat macam tu. Memang betul, aku pon baru tau bila baca blog anneraini. Meh baca kisah sebenar.
"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...
Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.
Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...
Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini..."
Kesimpulannya...berhati-hatilah kalau nak melancong ke Negeri China. Jangan sesuka hati nak menolong orang kat sana. Memang dasyat ah orang kat sana. Macam dah tak der nilai perikemanusiaan. Masing² ada kepentingan sendiri.
Masih dalam mood risau. Telinga anak dara tu masih berair lagi. Selsema masih belum reda. Ubat yang dr ENT bagi hanya boleh di pakai untuk seminggu sahaja. Esok ada follow up lagi. Harap² gegendang telinga yg dah ada lubang sebesar jarum tu dah terkatup dan ada lah solution hendaknya macam mana nak hentikan selsema tu dari kluar ikut telinga. Sehari dua...ok jer telinga qahirah, tapi tak lama lepas tu berair balik. Kesian sangat tengok. Tak selesa.
Skang nih di serang batuk pulak. Start dari ahad aritu. Memang tak cukup tidor di buatnya. Pagi senin kepala aku dah start weng...kefeningan...Nasib dah apply cuti tak di rancang. Ya! allah...dugaan sungguh. Bertabahlah yer wahai anakku.
Nak gi keja pon macam tak der mood jer. Memikirkan kesihatan anak. Rasa macam nak amik cuti lama sket jaga anak kat umah. Biar betul² sembuh baru hantar nursery. Huurrmmmmm...Kesian anak aku.
Rasa nak menjerit pon ada. Sebabnya...aku gantikan orang jaga Big Boss. Bukan kat Cyberjaya, tapi kat Mercu KL Sentral. Tengah keseorangan.
Lagi tambah bosan, sebab mungkin balik lambat...uuuwwaaaaaaaa...Tunggu boss habis presentation baru bley balik. Menumpang company car katakan. Kena lah ballik sesama...aarrgghhhhhhhhh...
Dah lah tak confident nak drive memalam nih...hurmmmmmm...
Boss, cepat lah habis meeting, saya nak balik nih.
Macam mana nak buat erk? Dah baca arahan, tapi macam tak berapa faham sangat lah. Nak kena tunggu approval baru published kat BLOG atau published trus entry? Ahhhhh...fening. Tapi aku dah submit dalam bentuk word. Betul ker cara tu erk? Ahhhhhh...semput.
Tolong, otai² yang selalu buat sponsored post. Bagi kata² azimat sket. Mekasih ☺☺
SNAP AND GRAB SYNDICATE
The Syndicate takes pictures of victims withdrawing large sums of cash and relays images to other syndicate members waiting outside bank.
- Two men with mobile phones enter bank and look for victims.
- Once a victim is spotted, they secretly capture images of the victim.
- The men send pictures of victims to other syndicate members waiting outside the bank.
- Several syndicate members wait in a car outside the bank.
- Once pictures of intended victims are received, the men follow the victims.
- Theu stop the victims in secluded areas and rob them.
Untuk kaki² shopping di luar sana. Bley lah apply cuti klo nak memeriahkan acara majlis. AKu memang surrender ah. Mesti penuh umat manusia dalam SOGO tu. More detail barang apa yang murah, bley check kat website KLSOGO.
P/s: Apsal lah dorang suka buat sale time orang dah habis gaji...hhhhmmmmmm...
Rumah uols banyak nyamuk tak? Lately kat umah banyak betul nyamuk. Ntah mana datang pon aku tak tau. Dah bersihkan umah pon masih ada nyamuk lagi. Adoiiiiiii...sakit hati di buatnya. Tak tau lah kalau sebab cuaca yang tak menentu ni faktor penyebab kebanjiran nyamuk...ngeeeeeeee...
Google pic. Lebih kurang mcm nih lah rupa kaki anak dara & anak bujang tu lepas kena gigit nyamuk durjana.
Yang aku hangin, habis bintat² badan anak² aku dek penangan nyamuk nih. Tergaru sana...tergaru sini. Meninggalkan kesan plak tu. Tengah² tido, tapi kaki mengesel² kat carpet sebab gatal kena gigit. Tu anak dara sorang tu lah. Terganggu tido nya.
Tiap² petang sampai lah ke malam. Kerja aku adalah bertepuk tampar ngan nyamuk. Dah sembur ngan penyembur pon, tapi ada gak yang panjang umurnya. Hhhhmmmmm...ada cara lain lagi tak macam mana nak halau nyamuk nih?
Aku risau nyamuk lain jer yang hinggap. Nyamuk belang². Na'uzubillahi min zalik.
Selepas Hampir 2 Jam Terperangkap Dalam Kereta, Bayi 7 Bulan Berjaya Di selamatkan
Aku Friday, October 07, 2011Sapa tengok Buletin Utama malam tadi? What say you? Apa yang aku bley katakan, ibu nih cuai. macam mana bley tinggalkan baby dalam kerata. Kot yer pon tergesa², amiklah baby tu dulu. Pastu kenapa nak tunggu masa yang lama nak selamatkan anak? Pecah kan jer lah cermin kereta tu. Hanya ibu tu jer yang bley jawab. Kesian kat baby tu. Menangis² dalam kereta. Alhamdulillah...baby tu tak apa².
Cerita dari Portal TV3
Seorang bayi terperangkap dalam sebuah kereta selepas ibunya tergesa-gesa meninggalkan kereta untuk mengambil seorang lagi anaknya yang belajar di tahun dua Sekolah Rendah Pendidikan Islam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Ibu muda yang hanya mahu dikenali sebagai Zurina, datang ke sekolah ini bersama bayinya, Fawdah.
Sebaik masuk ke kawasan sekolah, tanpa disedari kenderaan ini terkunci secara automatik.
Akibatnya bayi terperangkap dalam kenderaan berhawa dingin dan enjinnya masih hidup.
Menyedari kejadian itu pelbagai pihak termasuk guru dan orang ramai cuba membantu membuka pintu kenderaan tapi gagal.
Berikutan itu, seorang pekerja syarikat milik suami wanita ini bergegas ke Pelabuhan Kuantan untuk mengambil kunci pendua.
Bayi berjaya diselamatkan selepas hampir dua jam terperangkap.
Peringatan untuk diri sendiri dan ibu² di luar sana. Tolonglahhhhhh...jangan tinggalkan anak dalam kereta yer.
Lepas seminggu telinga qahirah masih berair, aku gi klinik balik sebab doctor ada pesan kalau masih tak ok dalam masa seminggu tu, datang klinik balik. Last week gi klinik doctor check masih lagi berair. Apa lagi, minta referral letter ING. Nak jumpa terus ngan pakar ENT.
Kebosanan menunggu doctor. Sopan btul anak dara nih...hahahahaha...
Buat appointment kat Hospital Az-Zahrah. Dapat hari Rabu @ 8.00 pm. Semalam gi lah spital. Dari pukul lapan lebih, pukul 10.15 pm baru dapat jumpa doctor. Sampai tertidur lah anak dara tu tunggu doctor. Ramai rupanya orang sakit telinga...hehehehehe...Lagi pon dr amik masa 15-20 min untuk setiap pesakit. Harap maklum.
Tiba giliran, dr check telinga qahirah. Memang masih berair and telinga kanan pon dah mula kena jangkit. Pastu gegendang telinga kiri dah mula berlubang. Ngeri mak dengak noks. Tapi tak beso pon lubangnya. Baru sebesar lubang jarum. Even tak besar, tapi tetap ngeri di pendengaran telinga aku nih bila mendengarnya. Kesian anak aku. Doctor pon explain lah pasal otitis nih. Pastu tanya macam² lah. Ada asma ker tak...hantar nursery sejak bila...bla..bla...
Selesai dr. tu bertanya, tiba giliran aku plak utk bertanya...hehehehe...Kesimpulannya, bebudak yang dok nursery memang terdedah ngan penyakit nih. Menghantar anak seawal usia beberapa bulan selepas kelahiran ke pusat jagaan kanak-kanak menyebabkan penyakit ini semakin berleluasa. Aku tak nafikan sebab Qahirah dok nursery pon masa umur 2 bulan lebih. Iman dulu dah 6-7 bulan baru hantar nursery. Paling utama, penyakit ini berlaku secara berulang-ulang. Lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih, lebih kerap jangkitan ini berulang. Dalam kes jangkitan yang lebih kronik, jangkitan tersebut boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang dan nanah yang berterusan. Lebih parah, cecair dalam telinga ini yang dibiarkan akan menanah dan akhirnya mampu merosakkan gegendang telinga.
Memang bagus lah dr. Mohd Azmi nih. Lembut jer orangnya. Cara dia explain pon bagus. Suma doctor lelaki kat az-zahrah nih best² lah. Dr. Nazim...pakar kanak² and dr. Zul...pakar mata. Sumanya jenis soft spoken....erkkkk...sesat barat plak...muahahahahaha...memang highly recommended lah kalau uols nak jumpa doctor pakar.
Lepas dah check suma, tibalah masa untuk mencuci telinga. Bagus lah qahirah, sikit pon tak nangis. Strong baby...luv u lah. Risau gak aku takut dia nangis. Sedap agaknya masa doctor godek telinga tu...ekekekeke...pastu doctor highly suggest soh amik pneumococcal vaccine untuk qahirah. Rasanya klo ING dah boleh claim untuk jab nih. Tapi kena pay and claim lah. Agak mahal jugak tau jab nih. Tapi tak per, untuk kesihatan anak...mak sanggup noks.
Next appointment lagi 2 minggu. Haruslah kena datang cepat. Tak nak lagi tunggu lama². Di bekalkan ngan ubat antibiotic ngan ubat titis telinga untuk seminggu sahaja. Dr pesan buat masa nih klo mandi jangan basahkan kepala. Harap ada perubahan lah. Smoga telinga qahirah cepat sembuh.
Make Penang Breastfeeding Friendly - One Minute Simultaneous Breastfeeding
Aku Wednesday, October 05, 2011Marilah ibu-ibu sertai kami dalam pelancaran kempen "Jadikan Pulau Pinang Mesra Penyusuan Ibu" pada 9 Oktober, Ahad jam 3:15 - 5:00 petang di Straits Quay Penang. Kami juga akan mengadakan "1-minit Penyusuan Bayi Serentak". Ibu-ibu dijemput untuk datang bersama-sama dan tunjukkan sokongan anda dengan menyusukan bayi anda.
Ibu-ibu di seluruh Malaysia juga dijemput untuk menyertai kami dalam acara "1-minit Penyusuan Bayi Serentak". Anda boleh di mana-mana! Hanya menyusukan bayi anda pada 9 Oktober, Ahad jam 4 petang. Kami akan menghantar e-sijil kepada anda (e-sijil kali ini adalah lebih cantik ^^) untuk ditunjukkan kepada generasi anda bahawa anda seorang ibu menyusu yang bersama-sama menjayakan "1 Minute Simultaneous Breastfeeding Event" di Malaysia. Cepat jangan terlambat!
Untuk pre-registration bley klik kat SINI
Kalau nak terus gi Straits Quay bley RSVP kat SINI
Untuk BF mom out there, jom kita meriahkan lagi acara nih. Dapat sijil bley tunjuk kat anak. Aku dah dapat satu e-cert, ni nak dapatkan lagi satu...hehehehehe...
Putra Rayyan Fitri.
Iyer...mak dah jadi nenek uols. Sabtu aritu gi Seremban. Melawat cucu yang pertama bagi aku dan cicit yang pertama untuk emak. My niece safely delivered baby boy 9 September aritu. Baru² ni jer berpeluang nak melawat cucu.
Granny dan cucu. Abaikanlah muka yg tak bersedia itu.
Tujuan ker seremban bukan melawat cucu jer. Melawat ibu tercinta skali. Sejak dapat cicit aritu mak dah berkampung kat umah abg long. Lama betul tu tak jumpa. RIndu bangat seh. Rindu ngan orangnya ngan masakannya skali ☺☺☺.
Bila dah pegang baby rasa macam nak baby lagi plak....erkkkkk...muahahahaha...Sedap betul bau baby kan. Anak dara tu memula ok jer, tapi bila dah lelama pegang dah mula pandang²...jeling²...Mak cik muda jealous lah plak kan.
Nampak tak? Wow...memang mantop ah KAK RED nih. Terbuntang bijik mata jap nengok cheque Nuffnang yang masyuk itu. Kalau lah kita nyer earnings sebanyak nih. Tak yah kerja pon tak per.
Bukan senang nak berjaya sampai tahap yang macam nih kan. Kena kerja keras, baru dapat hasilnya.