Jangkitan Telinga @ Otitis Media

Monday, September 19, 2011


Lepas satu...satu dugaan lagi datang kat anak dara sorang nih. Memula dulu kena sakit mata, kali ni kena jangkitan telinga plak. Pagi semalam aku betul² terkejut tahap gaban. Sebab tak pernah alami situasi macam nih. Telinga qahirah berair macam bernanah, pastu berlendir, berdarah sket dan berbau. Patutlah malam tu dia tak lena tido. Kejap² bangun, pusing kanan kiri, merengek. Rupa² nya telinga sakit...siannnnn sangat.

Trus siap² gi klinik. Sampai klinik agak ramai gak lah orang. Dr. plak dah habis shift, kena tunggu dr lain. Tiba giliran dr check...kena infection. Biasanya budak² yang dok nursery akan kena sakit telinga nih. Kalau antibody tak kuat memang budak boleh demam. Alhamdulillah...qahirah tak demam, active macam biasa, cuma merengek sket, mungkin telinga tak selesa. 

Satu faktor lagi mengapa kanak-kanak kerap berhadapan dengan OM kerana tisu yang mengembang di belakang kerongkong (adenoids) kanak-kanak biasanya lebih besar berbanding dewasa. Adenoids terdiri daripada sel limfa yang besar untuk melawan jangkitan. Ia terletak di belakang bahagian atas tekak. Kerana saiznya, adenoids boleh mengganggu pembukaan tiub eustachian. Malah, adenoids mungkin berhadapan jangkitan dan jangkitan itu akan merebak ke tiub eustachian.

Lagi satu, kalau nak korek telinga anak, pastikan pakai cotton bud khas untuk baby. Kalau pakai cotton bud yang besar, kita bukan korek tahi telinga tu, malah menolak lagi tahi telinga tu masuk kedalam. Basahkan cotton bud dengan air suam sebelom korek. Ini yang dr tu cakap ^_^


Info Jangkitan Telinga

Pengenalan

Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga ?


Ada 2 jenis jangkitan telinga:

- Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bacteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)

- Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.

Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga ?

- Jangkitan disaluran pernafasan yang berulang-ulang
- Adik beradik yang dijaga di pusat harian.
- Bayi yang diberi susu botol
- Terdedah kepada asap rokok
- Pembesaran adenoids
- Sumbing bibir
- Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga

Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan. Tanda-tanda biasa ialah:

- Kesakitan dalam telinga
- Resah dan mudah meradang
- Tidur yang selalu terganggu
- Selalu merentap dan menarik cuping telinga
- Nanah keluar dari telinga
- Kurang selera makan
- Lelehan hidung
- Selalu menangis sebelah malam semasa tidur
- Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan

Apakah tanda-tanda yang dicari oleh doktor apabila pesakit disyaki menghidap jangkitan telinga?

Mengalami demam panas, tekak yang merah dan meradang dan mengalami lelehan hidung.
Semasa pemeriksaan telinga, saluran telinga nampak merah dan selaput tympanic bengkak dan ada-kalanya bernanah.

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?

Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami :

- Telinga bernanah yang kronik
- Kurang pendengaran
- Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.


Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?

Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.

Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatanya adalah:

- Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik)
- Ubat demam
- Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria
- Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
- Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga

Jangkitan telinga yang berulang-ulang:

- Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
- Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian

Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?

Ya, langkah yang baik ialah :

1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
2. Jauhkan anak anda dari mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
5. Elak :-

- Terdedah kepada asap rokok
- Penggunaan puting
- Penyusuan susu botol semasa baring
- Alahan yang diketahui

Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan”


Apakah kesan dalam jangka masa panjang?

Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.

You Might Also Like

17 komen

  1. adeyh2..
    takutnya..
    moga sembuh!

    ReplyDelete
  2. ank sya pun pernah kena...pergi 2-3 klinik kerajaan & private x ok2...last2 gi hospital doktor bg ubat titis telinga yg powernya trus ok...

    ReplyDelete
  3. Risiko sgt tinggi bila anak dah reda dr campak sbb mase tu antibodi diorang tgh nak develop. Adehh!

    Skg musim anak-anak tak sihatlah!

    ReplyDelete
  4. lahai sian qaira..budak nak membesar kan nok..kena tengok2 selalu la telinga qaira

    ReplyDelete
  5. takutnyer la kan..bdk2 klu sakit nangis je la..nak ckp x pandai..pe2 pon mg cpt sembuh...

    ReplyDelete
  6. meh pinjam sehari

    nak gomol puas2

    ReplyDelete
  7. alahai siannya qaira kene jangkitan kuman kt telinga, yelah budak2 ni kene jaga teliti kan fiza, diorg tak reti nk ckp, moga2 qaira cpt sihat, sib bek nmpk punca qaira tak lena tido tu

    ReplyDelete
  8. ala siannye qaira... (eh aku panggil qaira je tau hahah sukati)

    abis dokter kasik ape? bleh baik cpt kan? sure dia cam xselesa perit2 dlm telinga.. huh byg la kalu telinga kite cengitu..

    ReplyDelete
  9. bkn dak kecik je kena ak sllu kena gak.thun lps bln10 ni kena lg.tp yg thun lps 2 teruk ak kena sbb ak biar kn smpi bengkak,demam n telinga ak b'denyut2..ak pi klinik dr ckp telinga ak ada kulat,kulit 2 warna putih.ak ari2 korek telinga,mandi pun kdng2 air t'msuk telinga.agknya 2 yg jd 2..

    ReplyDelete
  10. anak saya jgk penah mengalami telinga berlendir ni, siap bwk ke dept ENT hospital Putrajaya lg...nurse nasihatkan sebelum pegi taska, mandikan anak dulu...jgn hrpkan taska yg mandikan...so, sy pon mandikan anak tiap2 pagi sebelum ke taska, Alhamdulillah dah takde lendir mengalir keluar dari telinga...utk makluman, ubat titis yg diberi hospital, belum lagi sy gunakan...cuma ubat selesema je, tu pon selalu jgk miss...harap info ni dpt membantu/tambah pengetahuan kita semua...

    ReplyDelete
  11. Anak saya yang ketiga dijaga di nursery since dua bulan. Skrg umur dia 1 thn. Dia dah 5 kali kena jangkitan telinga ni.. risau sgt.. jumpa pakar ent rabu lepas, dia pesan kena terus ambil antibiotik kalau baby kena selsema supaya x berlaku jangkitan telinga lagi. So, saya terus decide nak cari jugak pengasuh. Anak saya biasa setiap bulan kena selsema,x kan setiap bulsn kena ambil antibiotik, x sanggup... harap hantar kat pengaduh boleh kurangkan selsema dia..

    ReplyDelete
  12. Xbhya ker pnykt ni..ptg smlm..sy terkejut giler tgk telinga ank ke3 keluar cecair pth susu n air seakan2 hingus melalui telinga..tp msh x g jmpa dktr cz klinik ttp ari jmaat..trs google pasal pnykt ni..rupanya rmai yg ada pnglman..rasa lega ckit lps tahu.
    kalu x,mcm2 benda yg pelik y merunsingkan hati..


    ReplyDelete
  13. Xbhya ker pnykt ni..ptg smlm..sy terkejut giler tgk telinga ank ke3 keluar cecair pth susu n air seakan2 hingus melalui telinga..tp msh x g jmpa dktr cz klinik ttp ari jmaat..trs google pasal pnykt ni..rupanya rmai yg ada pnglman..rasa lega ckit lps tahu.
    kalu x,mcm2 benda yg pelik y merunsingkan hati..


    ReplyDelete
  14. Xbhya ker pnykt ni..ptg smlm..sy terkejut giler tgk telinga ank ke3 keluar cecair pth susu n air seakan2 hingus melalui telinga..tp msh x g jmpa dktr cz klinik ttp ari jmaat..trs google pasal pnykt ni..rupanya rmai yg ada pnglman..rasa lega ckit lps tahu.
    kalu x,mcm2 benda yg pelik y merunsingkan hati..


    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive