"Abang...tunggu mak di syurga ya"
Tuesday, August 09, 2011Hargai dan sayangi orang² disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Amaran: Sila sediakan tisu sebelum membaca. Cukup menyentuh hati dan perasaan.
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Sila klik utuk kisah seterusnya
Source: email
6 komen
sedihnya aku baca n3 nie
ReplyDeleteSINGGAH SEBENTAR.. KANG KALU FREE NAK BACA... :)
ReplyDeleteada dpt email ni. dah baca..sedihnye ya Allah...tak sanggup nye nk imaging :(
ReplyDeleteAlahai, sayunya...=(
ReplyDeleteMmg sedih kisah ni, moga dikurniakan kesihatan yg baik utk menempuh hari bersama mereka yg tsyg
ReplyDeletedh klik xkuar pe2 pong..eheh
ReplyDelete