SABAR

Thursday, June 02, 2011

DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri.

Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.

Firman Allah bermaksud:

"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:

"Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun." 

Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni...

Alhamdulillah...masih lagi bersabar.

You Might Also Like

9 komen

  1. sabar itu indah sebenarnye kan..maka bersabar aja la.. ;)

    ReplyDelete
  2. sabar itu adalah kemenangan.. ^__^

    ReplyDelete
  3. uhuksss kadang2 ternipis juga...huwaaaa...

    ReplyDelete
  4. aku tak khatam2 bab sabar ni..asyik tinggi jer..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Nak tahu seseorang tu kuat ke tak, tengok dia boleh sabar ke tak

    ReplyDelete
  6. sabar ye! aku pun ngah bersabar gak ni..

    ReplyDelete
  7. Mmg kesabaran tu penting dlm rumahtangga.ur entry bg kesedaran utk i jugak sebenarnya.hope that i can be a better wife in future.kekadang tu bila hilang sabar,ke "ke laut" jugak

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive