Petua Permudah Anak Belajar
Friday, June 10, 2011Salam pagi jumaat semua. Kejap jer dah jumaat kan. Ok...pagi nih aku nak share satu petua yang aku dapat. Pada yang dah tau, tak per lah. Pada yang belum tahu, elok lah di amalkan selalu.
Petua ni adalah dari seorang pakar motivasi. Elok di lakukan oleh salah seorang...ibu atau bapa. Tapi lagi elok kalau kedua² IbuBapa buat skali iaitu ibu buat, di ikuti oleh bapa. Insya'allah anak akan lebih merasa di hargai.
Setiap pagi, sebelum pergi sekolah atau sebelum tidur, berdiri di belakang anak dan kedua² (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat. Letakkan kedua² telapak tangan ibu/bapa yang di rapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut. Lepas tu bacakan Al-Fatihah dan Al-Insyirah (Alam-nash-rah...) hingga habis dan niat kan dalam hati...mohon pada Allah "Ya Allah, permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan di terangkan hati, di tetapkan iman" serta doa² lain yang di hajatkan. Lepas tu kucup dahi anak.
Jangan malu nak kucup dahi anak² walaupon anak dah besar (selalunya bapa akan rasa malu nak cium anak lelaki dewasa kan ☺)
Di beritahu juga...telapak tangan kita ni ada aura dan mestilah di gunakan sebaiknya. Sebab tu lah orang tua² kata jangan tampar anak guna telapak tangan.
Tanamkan semangat untuk buat setiap hari dan cuba anda lihat kesannya. Kalau tak dapat setiap hari, 2 hari sekali atau seminggu sekali pon tak per. Jangan tak buat langsung.
Insya'allah...semoga anak² kita menjadi anak yang mendengar kata kedua IbuBapa, di terangkan hatinya dan di kuat kan imannya.
11 komen
should try la..tapi selalu lupa.hehe
ReplyDeletewah.. bagusnya info ni.. tak salah cuba benda yang baik.. mudah mudahan orang yang menyebarkan pun dapat pahala.. aminn .. :)
ReplyDeletekdg2 sy tampar manja jgk kt darwisy..hahaha time geram mmg tk tahan..
ReplyDeletekena cuba nih...pasal kucup tu takut mereka dah besar yg malu nk kena cium hehehe
ReplyDeleteISABELLE:
ReplyDeleteBetul tu. I pon selalu lupa gak ☺☺
PENSIL MAGIK:
ReplyDeleteSharing is caring and loving. Insya'allah..amin ^_^
MRS FIZA:
ReplyDeleteHEhehehe...samalah, tampar² manja.
BITT:
ReplyDeleteBiasalah tu...anak bujang kekadang malu kena cium ngan ibu ☺☺
haah..mmg kn doakan selalu..biasa kucup anak pg sblm g sek..ptg sblm g sek agama..ms ni dia dah masam skit..hehhehe..n last ..biasa sblm tido...kejap ajakan anak anak ni membesar ;)
ReplyDeletekene displinkan diri buat slalu ni..:)
ReplyDeletenice entry...tq for sharing this...
ReplyDelete