Daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz kepada Aleesha Farhana
Thursday, May 26, 2011Perghhhhhh...sedap tu nak tukar nama baru. Itu lah dia hasrat seorang lelaki nak tukar nama kepada wanita. Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama.
Hasrat lelaki tukar nama ditunda
KUALA TERENGGANU: Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan. Mohd Ashraf Hafiz, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.
Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.
Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.
Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.
“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya.
Source: BERITA HARIAN
20 komen
aiseh. tak tau la nak ckp pe kan. siap pakai baju kurung bertudung ni. issshhh
ReplyDeleteuish.. mcm2 skrg ni kan.. lelaki nak jadi perempuan, yg perempuan nak jd lelaki. heheee
ReplyDeletenama dah elok dah…but nak tukar nama perempuan pulak…manusia..manusia..pelik-pelik saja.
ReplyDeletehaduhaiiii manusia akhir zaman neh...
ReplyDelete=(
apa nak jadi la dunia zaman skrng...
ReplyDeletememacam...tak bersyukur dah jadik lelaki nak jadik pompuan...sanggup buat ape saje...
ReplyDeleteerkkkk...
ReplyDeletextau nak kata apa
terkejutnya baca, first time ni kes mcm ni...
ReplyDeletemacam2 hal ler.....
ReplyDeletenama tanak kalah ko
ReplyDeleteAPA NAK JADI DUNIA SEKARANG NI...?
ReplyDeletesangat terkejut...sbb hal macam neh dah terlalu banyak sekarang..lihat saja dengan video Miss Malaysia Pahang tempoh hari... Moga Allah jauhi kita dari segala bencana...
ReplyDeleteastagfirullah hal'azim...
ReplyDeletebetul2 memalukan la..nama dh cantik dh..yg terpuji,yang mulia,yang pemelihara..tukar jantina pulak tu..hishhhh..dhla nma serupe macam aku jugak..mcm2 la mnusia zmn sekarang..
ReplyDeleteastaghfirullahalazhim...taktau la ape nk jadi..tukar jantina pn aurat antare die dgn prempuan ttp same..hish..pelik2..
ReplyDeletecemar nama org nganu je. astaqfirullah. harap2 dia bertaubat.
ReplyDeletemak ayah dia pun sama2 giler. kesian anak tak bertempat. tak takut neraka ke? Moga2 dia org bertaubat.
ReplyDeletejgn ckp sembarangan.. sy kenal sgt mak ayah dia, dh mcm mak ayah sy sdiri.. diorg x restu pun, dh byk mnangis, usaha mcm2 nk ubah anak llaki dia,smpai prnah x mgaku anak tp x bhasil.. sy pun tkejut baca berita ni tp jgn sedap2 ckp org.. nti kne kat kita balik
ReplyDeletenasib baik la mahkamah tolak permohonan dia... kalo x, ramai la nak tukar
ReplyDeletememang la ape yg dia buat tu salah tapi kita tak payah lah nak hina dye apatahlagi nak menyalah mak ayah dye...tu antara dia dengan tuhan lah...kita pun bukannya tau ape yg die tanggung.....
ReplyDelete