8 Bulan

Friday, May 27, 2011

Hari Rabu bersamaan dengan 25 Mei 2011. Genaplah anak dara nih 8 Bulan. Kejap jer masa berlalu.


Perkembangan anak dara aku di usia 8 bulan. Sama jer dengan perkembangan bayi² lain yang seusia dengannya. Antaranya:

1) Dah pandai merangkak. Tapi kan...skill tu hanya di tunjukkan bila qahirah kat Nursery sahaja yer uols. Bila kat umah, memang tak di tonjolkan skill merangkaknya itu. Kejam kamu tau nak, ibu abah pon nak tgk awak merangkak dengan jayanya jugak. Kalau pengasuh kat nursery tak bagitau, sampai la ni lah aku tak tau yg anak aku dah pandai merangkak, sbb kalau kat umah anak dara nih buat aksi angkat² montot jer lah...haihhhhh...malu nak tunjuk skill depan ibu abah gamaknya ☺☺

2) Dah pandai wave hand dan tepuk tangan. Ni lagi satu skill yang qahirah nak sorok. Dah pandai tepuk tangan pon tak nak tunjuk kat ibu and abah ker nak oiiiiii...pengasuh yg citer gak, kalau nak dukung, kena tepuk tangan dulu...maka bertepuklah anak dara tu. Haihhhhh...jelous nih...pengasuh dapat tau skill anak dari mak pak dia sendiri. Nak buat macam mana. ibu berkerja...redha jer lah walaupon jadi org kedua yang tahu...huhuhu...

3) Perkataan pertama yang keluar selain bahasa baby adalah 'ABAH'. Sentap tak sentap lah ibu ko nih bila dengar. Tak dapat sebut 'IBU', 'ABU' pon jadilah...asalkan ada bunyi 'BU' kat blakang tu...muahahahaha...

4) Dah pandai berebut. Kalau si abang main HP ibu, buku, mainan dan yg sewaktu dengannya lah, dia pon sibuk gak nak amik. Lagi satu kes anak dara nih, mainan yg aku beli dia tak nak main, yg dia suak main....bola, pastu suka sgt main kertas and masuk mulut. Pantang nampak kertas...mainan tolak tepi, pastu suka main wayar² (bahaya...bahaya)...adoiiii...

5) Dah pandai tegur orang. Kalau abah dia balik, sibuk tegur...'uh'..bahasa bayi, sambil angkat kepala. So far tak takut lagi ngan orang.

Last but not lease, alhamdulillah syukur....masih FULLY BREASTFEED ☺☺☺

Gambar masa SGM SusuIbu.Com

Tu jer lah. Kang panjang² boring plak. Lain² bley baca kat bawah nih.

Eight month old's development

You Might Also Like

7 komen

  1. hehehe..baby suka kat kertas kan..eh, nape qaira nak simpan skill ni..agaknya nnt dia terus berjalan dpn korang..hihi..kira okla tu kalo qaira boleh sebut "Abo". Kalo ahmad, babah tu kira dah mmng otai la. kalo mama dia sebut tek tek..huwaaa..bila mama je tek tek..tau le mama restoran kan..huwaa

    ReplyDelete
  2. hikhik..dia nk rahsia dulu dr ibu dan abah..

    *happy BF kak!

    ReplyDelete
  3. AMIRAH: Ekekekeke...nak mama jer tek tek yer ahmad ☺☺. Tu lah ami, nak sgt tgk dia merangkak depan mata nih ha.

    MRS FIZA: Dia malu kot fiza nak tunjuk skill ☺☺

    IZWA: Memang seronok.

    ReplyDelete
  4. wow congrtulation masih bf...dia penat la tu kot berskill bagai dekat nursery hehehe balik nk manja2 jek hehehe

    ReplyDelete
  5. tomei2....alhamddilllah.....semoga misi bf sampai ke 2thn:):)

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive