Patutlah SEDAP, Kopi campur gelatin babi rupanya
Thursday, April 28, 2011JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.
"Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.
"Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor," katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.
"Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal," katanya.
Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.
"Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.
"Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka," katanya ketika dihubungi.
Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.
Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.
"Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.
"Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam," katanya.
Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.
"Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial," katanya.
Berikut adalah maklumat lengkap mengenai status halal kopi Railway Kluang:
Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.
Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.
Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.
Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.
Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.
Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.
Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemak pada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek.
Mmanakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.
Ini detail dari Jabatan Agama Islam Johor mengenai ISU KLUANG RAIL COFFEE
15 komen
dlm hal nie, aku mmg tak salahkan penguasaha sbb dia tak tipu pengguna. pengguna je yg main hentam keromo.
ReplyDeletetak semestinya restoran yg takde menu babi tu halal. lemak babi banyak digunakan dlm produk makanan. kita je yg tak tau.
lgpun, mmg terang2 takde logo halal. so pengguna tak boleh nak marah melainkan marah dia sendiri kerana kurang sensitif.
aku kdg2 tgk orang islam ni senang sgt masuk restoran. asal tak jual babi, halal. daging yg restoran guna pun takkan halal kalau tak disembelih ikut cara ISlam
yarkk..bluekk...
ReplyDeletegiler babi betul la dorang ni
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteEh, yg ni dah lama heboh kan???
eiiiiiiiiiiiiii takutnyaaaaa....nasib tk minum kopi:)
ReplyDeletecommon lah.. jangan aniaya orang islam camni..
ReplyDeleteadoi! sedap tuh kopi dia..
ReplyDeletedh lama kan isu ni.kedai dia siap kena samak sume.patotnya ko tau org suka dtg kedai kau apply la halal ke apa.ni tak.mesti pasni bisnes dh tk ok punya.eee...pasni memang kena hati2..apa pun yg tkde halal kena hati2, yg ada cop halal pun kdng2 menipu je..doa pd Allah je moga ada benda2 yg tak 'bersih' kita termakan takde la apa2 efek...ishh..eee geli
ReplyDeletenegara islam tapi kena berhati-hati pilih makanan kan
ReplyDeleteLIZ: Betul tu liz. Pokok pangkalnya diri kita sendiri.
ReplyDeleteTINA: Kalau yg dah minum tu macam mana yer.
NURHAYATI: Tu lah kan, tapi kita kekadang tak sensitif pasal halal/haram nih.
ReplyDeleteIZA: Fiza pon baru tahu. Kalau tak silap dlm tahun ni gak.
K'MIEJA: Rasa tak nak minum kopi lpas nih ☺☺
FAIRUS: Biasalah tu, org berniaga...bukan dia kira, janji untung.
ReplyDeleteCINTA: Sebab ada 'benda' tu lah jadi sedap ^_^
AMIRAH: Tu lah. Kekadang yg ada tanda halal tu pon blom tentu halal yg sah. Kena refer kat JAKIM selalu klo nak tahu kedai halal atau tak.
ReplyDeleteILA: Islam pada nama jer, tu yg payah.
laki aku ckp, penguasaha pun patutnya tegur la kalau ada org islam kat situ. ckp la tak halal ke ape. tp diorg nak untung. mana kira sensitiviti umat islam. janji duit masuk.
ReplyDeleteBabi memang sedap giler!!!
ReplyDelete