Doa Amalan Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi...
Friday, April 22, 2011Salam pagi jumaat semua. Sekejap jer dah jumaat kan ^_^. Sempena hari jumaat yang mulia nih, aku nak kongsikan doa² untuk ibu² yang menyusukan bayi yang boleh di amalkan untuk membanyakkan susu ibu.
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat dan al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan di fahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
5 komen
i takleh baca doa ni skrg.nnt i blog kenapa
ReplyDeletegud information
ReplyDeletesalam kenal..follow n tinggal jejak cni..
good tips sis..
ReplyDeletebagusnih.. aku nih nk wean off tp pas solat sure doa mintak byk susu hahahaha ape da...
ReplyDeletetengs fiza..
ReplyDelete