STRUGGLE....
Monday, March 28, 2011"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Salam semua.
Bersamaan dengan tajuk di atas. Iyer...aku tengah struggle, struggle untuk mengumpul stok SUSUIBU. Stok yang ada tinggal sebotol sahaja. Mood pon agak ke laut...tak sempat nak jenjalan kat blog kawan² sambil tinggalkan jejak. Yang ada dalam fikiran...nak perah susu...nak perah susu...
Aku tak tau di mana silapnya. nak masuk 2 minggu susu aku merudum. Merudum yang amat teruk sekali. Nak kata period...aku baru habis period. Tak kata tak makan...macam² aku makan. Nak kata tak pam...hari² aku pam. Kalau 2 minggu lepas aku bley dapat 12-15 oz sehari. Tapi dekat 2 minggu nih, hasil hanya 5-6 oz sehari.
'Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah
dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu,
susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku'
Sedih...teramat sedih. Dahlah valve avent terkoyak. Mengadu kat hubby. Ingatkan dapat feedback yang bagus...ajak gi kedai beli valve ker...hhhmmmmm...nan ado...sabar jerlah. Saya tak minta lebih pon abang, cuma support jer...susah ker?
Buat masa nih aku buat teknik marmet. Tapi tak banyak pon yang dapat. Adalah dalam 1-2 oz. Tu pon dah kira bersyukur...daripada tak der langsung. Kalau tak cukup susu gak, start esok time lunch hour aku kena gi nursery untuk susukan qahirah.
Kejam ker kalau aku catu susu qahirah? Atau rezeki qahirah untuk mendapat khasiat SUSUIBU hanya setakat ini sahaja? Ya Allah...permudahkanlan urusan hambamu ini. Insya'allah pam yang aku order akan dapat esok. Aku sedang berusaha sedaya upaya nak meningkatkan hasil susu. Hope susu boleh kembali meriah seperti dulu.
7 komen
trylah guna teknik marmet tu..mana tahu menjadi.
ReplyDeletepatutnya orang jadikan kau contoh..ada tu taknak bg susuibu. ko pulak smpi sedih2 tak dapat nak bg susu ibu yang banyak kat qahirah.
insyaallah ... insyaallah ...
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan lancar ;)
sabar ye fiza...mudah2an rezeki baby fiza masih ada...utk sementara waktu try je marmet ye...ayu sokong fiza..
ReplyDeleteinsyaAllah... sure berjaya nanti.. yg sikit tu pon sure cukup utk qahirah.. mintak2 susu ko bertambah banyakk aminnn
ReplyDeletefiza, jgn risau.back up dgn something else.sy kan fiza dah lama dh struggle.smp sekrng ni.mcm2 mkn tp susu ttp sekali pam 2-3 oz je.tapi saya rasa sy tenang giler.akhirnya susu sentiasa cukup dn Ahmad mcm tau2 je kalau susu tk ckup untuk hari tu.mesti hari tu dia mcm kurang mnyusu dn byk mkn n minum air masak.apa kata try mkn pil?mintk advise dgn pakar?moga berjaya ye.tenangkan diri dn yakin dgn Allah
ReplyDeleteHADA: Thanks hada, aku dah try tapi tak byk yg dapat. Klo bley aku nak fully BF walau apa rintangan sekali pon.
ReplyDeleteNIEZA: Insya'allah nieza.
AYU: Mekasih atas sokongan mu ayu, akan ku usaha sungguh².
ReplyDeleteELY: Amin...thanks dear ely.
AMIRAH: Thank amirah. Pandai nya ahmad, dia bley dpt rasa susu tak cukup utk dia yer. So far baru try shaklee, nampak mcm ada perubahan.