Cerita Budak Hilang kat IKEA

Wednesday, March 16, 2011

Barulah aku dapat rasakan macam mana perasaan bila anak hilang. Ni yang hilang sekejap pon dah menggelabah, macam mana pulak yang hilang anak tak jumpa² macam kes SHARLINI tu. NI citer masa berjimba² kat IKEA. Iman hilang uols...dekat 10 minit gak lah mencari. Bukan tak pegang tangan, faham² lah budak tengah active, berlari sana sini. Nak letak dalam stroller leceh plak, kang nak tolak trolley lagi.

Masa tengah survey² barang ada lagi budak nih, bila pusing jer...nan ado, sekejap betul dah hilang. Puas cari keliling² situ tak jumpa. Berpecah ngan hubby gi cari. Menggelabah jangan cakap lah, nasib tak der heart attact...rasa nak nangis pon ada, orang ramai plak tu. Dah macam orang hilang arah cari anak...berdebar² hati nih. Marah ada...geram ada, dah pesan ngan dak iman nih jangan gi memana.

Pusing² kat bahagian bebudak, tak der gak. Pusing lagi, pastu nampak kat bahagian toys. Dari belakang aku dah nampak budak pakai baju belang merah putih tengah main block, sambil di layan oleh chinese lady ngan cucu dia Phewwwww...leganya rasa hati bila dah jumpa. Si iman macam biasalah, buat muka selamber dia. Mak pak dia dah menggelabah dia tak tau...haihhhh...Yang herannya, aku dah pusing kat situ, tapi tak nampak plak, mungkin sebab dah menggelabah sangat kot.


Hubby plak dah nak gi kaunter untuk buat announcement budak hilang. Nasiblah cepat jumpa ko nak ooiiiii. Bagi aku 10 minit tu dah cukup mencemaskan, rasa macam 10 jam. Tobat lah...lpas nih klo gi IKEA duduklah kamu dalam stroller diam². Tak sanggup dah ibu abah nak menghadapi saat² cemas lagi.

You Might Also Like

13 komen

  1. aku perna rasa, gila macam nak pitam rasanya...betul panik.

    ReplyDelete
  2. ya amponnn fiza....10min tu lama bg akak :(:( kalaou akak dah nangis tuh......gelabah cari tak jmp...mujur iman jumpa semula:):)

    ReplyDelete
  3. huhuhuu...mesti gelabah tak hingat kan..sib baik iman selamat

    ReplyDelete
  4. As, 1st time kena, memang panik betul lah.

    ReplyDelete
  5. KAK MIEJA: Kak...allah jer yg tahu betapa gelabahnya kami, memang lama rasa 10 minit tu.

    ILA: Alhamdulillah...selamat jumpa.

    ReplyDelete
  6. mujur jmpa balik..kalo kita mayb tk dpt nk kwl perasaan dah.dhla mmg jnis gelabah dah..haihh plg ditakuti ibu, bila anak hilang dr pndgn mata.

    ReplyDelete
  7. phew...mmg cuak.
    kalo i..mesti mrhubby kena bebel dulu.hihi

    ReplyDelete
  8. LAIN KALI BERHATI2.. INGATAN UNTUK SAYA JUGA.. SAYA PON KERAP LEPASKAN ANAK JUGA MASA MEMBELI BELAH..

    ReplyDelete
  9. seb beik Iman tak hilang!! phew

    si Sami leh hilang kat JJ AU2 tuh, dia main2 masuk dlm baju.. dia masuk aku nk grab xdpt terus hilang! huk aloh!! masa nih kt atas section baju.. bebudak kt situ terus kuar tunggu dpn pintu patu aku naik atas kusi jerit kuat2.. papi laju g tmpt toys yg jauh dr tmpt kitorg tuh tgk smai tgh sedap main2 kat situ.. lama ok carik dia (ok 10mins aje tp mcm ko ckp la mcm 10jam).. papi dtg carry sami tgh nangis.. tp nangis sbb kena cubit binawe betol..

    mmg utk peringatan diri sendiri... pheww

    ReplyDelete
  10. MRSFIZA: Tu lah, saya pon jenis cepat gelabah, nak nangis dah.

    IZABELLE: Memang cuak giler.

    ReplyDelete
  11. FAIRUS: Baik bos...ekekeke...Sila jgn lepaskan anak sesuka hati.

    ELY: Ekekekeke...laki aku pon siap cakap "budak ni memang nak kena", konon nak bagi sedas dua lah kan. Tapi bila dah jumpa tu sejuk lah hati dia sket.

    Iman pon slalu nyorok kat dalam baju², geram aku. Dorang nih sama lah prangai.

    ReplyDelete
  12. fikri dulu pun penah hilang... heheh.. siap announce kat kaunter.. heheheh... ibunya selamba sbb tak perasan.. memula dia dgn maksu yer.. pastu maksunya buleh ingat dia kat ibu, yg ayah pun ingat dia dgn ibu... sekali dah perasan, tetau jer org announce 1 tesco... ekekkeke... siap melalak tak hengat.. masa tu umur baru 3 tahun... huhuu

    sejak tu, memang dok dlm troli jer...

    ReplyDelete
  13. Hehehehe...glamour jap nama fikri kat tesco tu, sian fikri, suma tak perasan dia hilang yer.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive