"Sah, Angelina Memang Anak Watie!" - Respon Abang Ipar Watie Elite

Wednesday, January 12, 2011


Kegagalan pihak media untuk menghubungi Watie Elite berkenaan gosip anak luar nikah yang dipaparkan oleh Melodi Ahad lepas telah terjawab hasil temubual bersama abang ipar kepada Watie. Menurut ManggaOnline, mereka cuba mendapatkan kenyataan Watie, namun gagal setelah segala SMS & panggilan tidak berjawab. Mujur, abang ipar Watie yang dikenali sebagai Aziz diwakilkan untuk menjawab cerita panas tersebut. Rujuk artikel Angelina, Budak Perempuan Laporan Khas Melodi Anak Watie?

OHBULAN! difahamkan, gadis remaja yang keluar di Melodi tempoh hari memang anak Watie, tetapi bukan dilahirkan secara haram. 15 tahun lalu, Watie pernah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan. Eh, tak tahu pula kan?

Angelina, telah dibela oleh keluarga angkat, iaitu abang kepada bekas suami yang kini menetap di Johor. Watie banyak kali mencuba untuk berjumpa dengan Angelina, namun telah dihalang oleh keluarga angkat.

Menurut respon abang ipar Watie, pendedahan yang dipaparkan di Melodi memang telah dirancang oleh keluarga angkat Angelina. Ibu angkat Angelina kini bergelar ibu tunggal dan amat memerlukan wang kerana mereka sekeluarga susah, semuanya bermotifkan duit! Namun, setelah gagal mendapatkan wang daripada Watie, mereka bertindak melakukan pendedahan ini untuk memalukan Watie.

Watie kini masih dalam keadaan terkejut dan malu apabila berita mengaitkan dia mempunyai anak luar nikah. Buat masa ini, dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.

Kredit penuh berita buat ManggaOnline.


You Might Also Like

5 komen

  1. tengok gambar blurr tue dah nampak mmg wati ... hurmmmmmm ... doniaaaaaa doniaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. kesian pun ada...tp itulah seorang insan bernama watie, tp boleh terjun ke dunia hiburan...

    ReplyDelete
  3. iye ke... apsal aku x tau erk.. hauhauhauha

    ReplyDelete
  4. NIEZA: Biasalah tu.

    ANNTAJ: Dunia artis, buat apa pon org bley tahu.

    CINTA: Hehehehe...tak tgk melodi lah ni.

    ReplyDelete
  5. kakyong tak tengok melodi.. hehehhe.. ni baru tau baca kat sini..

    mcm2 kan org buat demi utk dpt duit.. ada cara baik, kenapa nak buat cara mcm ni kan... donia donia...

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive