NEBULIZER

Wednesday, January 26, 2011

Ibu mana yang sampai hati tengok anak sakit kan. Kita yang dewasa nih kalau batuk pon dah sakit, inikan pulak budak kecik yang baru 4 bulan nih. Tak lena tido di buatnya. Memandangkan batuk yg sangat jahat qaira tak berapa nak surut² even nak dekat seminggu, nak tak nak aku terpaksa bawa qaira gi klinik untuk buat Nebulizer

Budak yg tengah 'high' baru lepas sedut gas...ekekeke...

Aku ada gak bagi ubat, tapi jaranggggg sangat lepas tu aku bagi tak ikut sukatan. Pastu try buat 'Fisio', tapi tak sampai 15 minit dah melalak². Keluar lah jugak kahak tapi sikit jer pastu kat po-po ada nampak macam lendir² sket. Tiap² malam sapu vicks (for children) kat tapak kaki.

Masa buat nebulizer tu elok jer qaira, tak nangis pon, siap sengih² lagi. Suka gamaknya bila rasa dada tu lapang.

Setakat pagi nih alhamdulillah...batuk dah mula nak beransur pulih. Tak der lah macam aritu...batuk memanjang, kesian sangat sampai aku rasa macam nak jolok jer tekak si qaira nih. Badan pon dah nampak macam susut sket gara² batuk nih.

You Might Also Like

7 komen

  1. dara2 aida pun dulu sering amik nebulizer kat klinik sebab batuk tak henti. moreover, mereka ada semput skit skit kan.
    but now, after refer ke pakar, pakar tu beri ubat untuk 3 bulan. now, after 6 bulan tak de pun aida anta nebulizer.

    ReplyDelete
  2. siannya qaira..cepat recover tau

    ReplyDelete
  3. tak berani nyer tengok budak2 kena fisio .. huhuhu. nightmare.

    ReplyDelete
  4. dah pasi NEB adalah terbaik bila bb batuk & kahak..

    semangat sungguh tgk si qaira ni... semoga lebih ni buleh say babi to batuk & kahak..

    ReplyDelete
  5. opsss.. typo.. bukan 'babi' tapi babai... adeeehh camno leh salah eja ni...

    ReplyDelete
  6. teringat ngan anak lelaki yang selalu gak guna benda alah ni dulu tapi sekarang alhamdulillah setelah berumur 9 tahun dah tak guna tapi bila batuk kena jaga takut melarat

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive