Selepas 7 tahun gantung Lesen Memandu...
Wednesday, December 01, 2010Goodle Pic.
Finally...hari isnin dalam sejarah hidup aku bersamaan dengan 29/11/10...aku terpaksa drive sendiri gi kerja. Selama nih ada 'supir'. Pergi berhantar, balik berjemput. Skang aku kena gi kerja sendiri. Laluan pon dah lain². Sang somi kat PJ, sang istri plak kat Cyberjaya. Pool car company ada sediakan, tapi leceh sbb aku nak kena gi KL pastu gi Cyberjaya. Pada hal rumah kat Bangi jer. Cuma 2 bulan jer aku guna khidmat pool car, sbb dah sarat kan.
Dalam tempoh 7 tahun nih, bley dikira dengan jari brapa kali aku drive. Sejak pindah bangi ni barulah start bawak sesikit. Itupon dari rumah kekedai yang sekangkang kera...ahaks...Memandangkan hari senin baru nih aku start kerja, aku cakap ngan hubby nak test drive dari umah ke tempat kerja. Nak soh dia tengok sama ada aku bley drive ker tak. Lagipon...aku ingat² lupa jalan nak ker office. Kecut gak lah nak drive, lebih² lagi bila somi ada kat sebelah. Faham² lah mulut org lelaki nih.
Memula ok jer drive, tapi bila dah kena sedas ayat² cinta, hati dah mula gelabah. Pastu kena lagi berdas das. Kereta manual plak tu. Hhhhhmmmm...amik ko, trus tumpuan aku hilang. Dari gelabah sket trus melebih² plak gelabahnya. Kesudahannya...aku terlajak & tetiba aku bley lupa office kat mana. Hangin jer hubby aku, trus tukar tempat. Membebel-bebel gak lah, tahan jer lah telinga nih. On da way back tu aku dok fikir², "bley ker aku drive esok nih?. Nk drive ker tak nak. Tapi sampai bila nak takut²". Malam ahad tu hati aku dah start berdebar².
Pagi isnin, di mulakan dengan kalimah² suci, dengan hati yang kencang berdebar² macam nak tercabut jantung aku pon memulakan perjalanan ke tempat kerja dengan jayanya...hoorraaayyyyyy...alhamdulillah, selamat pergi & selamat sampai rumah. Klo hubby ada jer aku tak bley drive kot. Bila drive sesorang ok lah plak (^_^).
Bagi aku yang baru² nak drive nih, klo nak drive buat pertama kali even dah lama dpt lesen:
- Keyakinan yang tinggi kena ada, kena buag rasa takut.
- Klo bley gi Driving class balik, tapi aku soh hubby jadi guru memandu (^_^)
- Kena fikir "alaa, OKU bley drive, takkan aku tak bley"..."org kecik jer, tapi bley bawak keta beso, takkan aku tak bley". Tu yg slalu aku fikirkan, secara tak langsung bley memotivasikan aku untuk drive.
- Buat permulaan nih, drive kat lane kiri jer lah. Pastu drive ikut I.S.A (Ikut Suka Aku). Ko nak hon ker hapa ker...ada aku kisah..dah namanya pon lane kiri, slowlah sket kan. Klo ko nak laju² masuklah lane kanan.
Sampai hari ni rasa gelabah tu masih ada lagi, especially bila time jalan sesak, tapi dah kurang sket lah. Hhhhmmmm...nilah kisah aku yang penakut nak drive yang baru nak berjinak² memandu semula. Lagipon aku dah janji ngan hubby, habis pantang aku akan drive gi kerja. Dah lama dia tanya bila nak drive sendiri. Janji tetap janji. So...janji sang istri sudah tertunai. Sukalah hubby bila istrinya dah bley drive sendiri ☺☺☺☺. Bila dah expert sket nnt, panjang lah langkah haku...muahahahaha...
7 komen
hehhehe! saya sudah 3 minggu tak memandu, kereta rosak! :)
ReplyDeletexpe..practice makes perfect.
ReplyDeletelama2 nnt, ok balik la skill tu
hahahha.. Seee... u can do it! Psikologi jer tu.. Takper, hang pupuk smngt bawak kete tu bebaik, bawak sampai tahap I.S.A tu...
ReplyDeletePssttt: saja nak cakap PDRM buat megasales sekang.. summons megasales ... huhuhuuuuhhh..
Hahahaha, samerlah ngan Zaila..dulu selalu bergantung ngan suami tapi suami slalu kena p outstation, nak taknak kena drive sendiriklah juga..seb baiklah rumah dekat ngan temat keje..tapi sekarang ni Alhamdulillah skill dah makin ok, dalam hujan ke, panas ke dah boleh drive sendirik cuma kalo nak potong memotong tu agak kureng berani sket..hehehehe
ReplyDeleteWah, selamat maju jaya, pandu dengan berhemah. :)
ReplyDeleteIEDA: Baru 3 minggu, aku 7 thn (^_^)
ReplyDeleteISABELLE: Yer lah isabelle, skang dah ok sket.
ZAILA: Hehehehe...samalah kita. Tapi klo hujan lebat memang tak confident sgt nak bawa, tunggu reda sket baru drive.
ReplyDeleteAMIRUL: Mekasih. Memang pandu dgn berhemah pon (^_^)