Fully Breastfeed, tapi dah period...kenapa?
Tuesday, December 28, 2010Genap Qaira 3 bulan, aku dapat period yang pertama ahad aritu, nak sedih ker nak suka nih...muahaha..sedih pon ada sebenarnya, aku ingatkan kalau fully breastfeed aku tak period, nak gak merasa macam ibu² yang lain tak kluar period sampai 2 tahun. Tapi jangkaan ku meleset. Tak per lah kan, at least bley merancang bila dah period nih, bley tau time subur bila (*_^). Kenapa ada fully BF mom yang period cepat & ada yang period lambat erk. Aku google² jumpalah blog pengepam tegar MBPC Hayatie Hashim. Di sini aku Copy and paste dari blog THA, minta ijin yer tuan tanah :-)
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ada yang sesetengah tu cepat, ada sesetengah tu lambat. Ada beberapa artikel menarik untuk dikongsikan bersama. Diantara faktor-faktor yang menyebabkan kembalinya period itu adalah:
1. Kekerapan bayi itu menyusu (Malam & weekend jerlah, woking mom kan)
2. Kekerapan bottle-feeding berbanding breast-feeding (Kat nursery jer, kat umah direct)
3. Adakah bayi menggunakan pacifiers (Tidak sama sekali)
4. Jangka masa bayi tido yang lebih lama pada waktu malam (qaira bangun 2-3 kali jer)
5. Pengenalan kepada makanan pejal dan sebagainya (Belum lagi)
Jika kesemua faktor-faktor diatas telah dikenal pasti dan menyebabkan kurangnya stimulasi kepada breast terutamanya pada waktu malam, lagi awal kebarangkalian kembalinya period ibu itu. Setelah kembalinya period yang pertama, ianya akan berterusan tetapi akan menunjuk pattern yang tidak tetap (irregular) sepanjang tempoh laktasi itu. Dan setelah itu, agak normal lah jika pattern period itu adakala panjang dan adakalanya singkat dan kadang-kala ianya akan skip beberapa bulan sehingga datangnya semula period yang seterusnya dalam tempoh selagi penyusuan itu berlaku.
Aku agak berpendapat, kembalinya period seseorang ibu itu adalah sangat berkait rapat pada kekekerapan penyusuan atau lebih terperincinya, pada kekerapan breast dikosong agar pengeluaran susu itu sentiasa berada pada tahap yang optimum. Abaikan kadar pengeluaran susu pada awal2 satu-dua bulan kerana pada ketika itu pengeluaran susu lebih banyak dikawal secara hormonal (endocrine control system) dan susu tetap akan terproduce regardless bayi itu menyusu atau tidak dan jika distimulate lebih lagi pada ketika ini (i.e nursing/pumping) yang lebih kerap, pengeluaran akan jadi lebih lumayan lagi. Sila fokus pada waktu 3 bulan ke atas,kerana pada ketika ini lah, kekerapan penyusuan itu kembali berkurangan diatas faktor kembali berkerja, sibuk, penyakit M dan sebagainya. Dan perlu diketahui pada ketika ini, pengeluaran susu tidak didorong sepenuhnya pada faktor hormon tetapi sebaliknya adalah berdasarkan kekerapan susu dikeluarkan daripada breast (frequency of breastmilk removal). Refer pada carta dibawah untuk lebih pemahaman.
Dan kenyataan aku itu didokong berdasarkan artikel yang aku jumpa mengenai research ini:
"The infant feeding patterns at the time of first ovulation after childbirth were determined in a longitudinal study of twenty-seven mothers who chose to breast feed their babies. Fourteen mothers suppressed ovulation throughout lactation and thirteen ovulated while still breast feeding. Those who ovulated while breastfeeding had all introduced two or more supplementary feeds/day, reduced suckling frequency to less than six times/day and reduced suckling duration to less than 60 min/day at the of first ovulation."
Sumber: NCBI
Dan aku quote satu lagi artikel yang mengatakan kekerapan penyusuan itu menjadi faktor kembalinya period dalam tempoh penyusuan.
"Decreased suckling session frequency and decreased total breast-feeding duration each day were found to signal a higher time-specific probability of recovering menstrual cyclicity."
Sumber: Continuously Recorderd Suckling Behaviour and its Effect on Lactational Amenorrhoea
"The factors predicting the return of ovulation during lactation were investigated in 60 breast feeding mothers from Baltimore, Maryland, and 41 mothers from Manila, the Philippines. The women in Manila breast fed more frequently (11.0 mean daily feeds) than those in Baltimore (5.8 feeds) throughout the first postpartum year. However, during the first 6 months, the average length of an individual breast feed was longer among US women. Although both groups gave few supplementary feeds during the first 20 weeks after delivery, more non-bottle feeds were given thereafter in Manila. Use of bottle feeds was similar in both groups. Women who first ovulated before 6 months gave significantly fewer mean daily breast feeds during this period (8.5) than those who first ovulated after this point (10.7). Women who first ovulated before 6 months also had a lower percentage breast feeds of total feeds (84.2%) than women who first ovulated later (88.2%)"
Sumber: NCBI
Sebagai rumusan, aku berpendapat kekerapan penyusuan yang konsisten sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari dengan konsisten akan melewatkan kembalinya period itu. Bagi yang bekerja, waktu tidak bersama dengan bayi itu harus lah diganti dengan kekerapan yang bersesuaian dan meneruskannya dengan kekerapan menyusukan sekembalinya dirumah. Dan jika kekerapan penyusuan itu tidak diakhiri dengan pengosongan breast yang optimum, pemerahan singkat adalah dicadangkan untuk merangsang lebih banyak pengeluaran susu. Apa yang tertulis diatas adalah kebarangkalian semata-mata. Kuasa Allah S.W.T maha mengatasi segalanya. Walhal terjadi juga ibu-ibu yang selepas pantang pun terus pregnant kembali. Wallahualam..
Itu lah jawapan nya. Barulah aku tau serba sedikit. Info yang sangat berguna bagi BF mom yang 1st time nak fully breastfeed macam aku nih.Kalau nak tau lebih lanjut, bley layari blog MBPC Hayatie Hashim, banyak info² menarik pasal Breastfeeding
Itu lah jawapan nya. Barulah aku tau serba sedikit. Info yang sangat berguna bagi BF mom yang 1st time nak fully breastfeed macam aku nih.Kalau nak tau lebih lanjut, bley layari blog MBPC Hayatie Hashim, banyak info² menarik pasal Breastfeeding
6 komen
aku dl 8 bulan baru period, yg 2nd ni, 6 bulan dah period.
ReplyDeletesaya 8 bln br period..ada drop tak susu?saya drop giler2 1st time period tu..tp lepas 4 hari dah ok dah...boleh bc kt sini..
ReplyDeletehttp://arissazoela.blogspot.com/search/label/period
salam kenal :)
saya aritu pun 3 bln pas pantang dh period balik. eh, tp sy time tu tk fully breastfeed..hehe
ReplyDeletebila i start keje, dah bekalkan FM. utk topup EBM kalo x cukup...
ReplyDeletebut still i missed the cycles for about 2 yrs.
AS: CPt eh yg 2nd nih.
ReplyDeleteARISSA: Memang ada drop sket. Salam kenal juga ^_^.
AMIRAH: Hehehehe...tapi BF gak kan.
ISABELLE: Best nya...2thn tu...lama.
salam kenal,
ReplyDeletetq so much for the info! I mmg tengah risau, I pun ingat fully bfeed mom hanya akan dtg period lambat, tp semalam I period after 5 months babies I. Susu production pun merudum. Sedih giler. I hope production susu kembali naik. Harini sibuk buat double pumping.. :(