Kembali Bersiaran & Ceritera Raya
Monday, September 20, 2010Bersawang sudah blog ni. klo dah lama sangat cuti...macam ni lah, malas betul nak update. Masa yang ada untuk update pon tak panjang, dari 1.00 pm - 2.00 pm saja. Hari Rabu aritu dah start keja dah. Boring btul sebab sunyi jer office nih. Kedai pon masih banyak yang tutup.
Ceritera raya plak. Situ, sana, sini...semua citer pasal raya. Yerlah...masih dalam mood raya lagi kan. Raya tahun ni untuk aku biasa² jer. Preparation untuk raya pon tak der, just beli kuih raya & baju raya untuk iman jer, untuk kami....recycle baju tahun lepas. Aku lagilah, baju raya pon tak der, pakai jubah mak jer. Ntahlah... persiapan lebih nak sambut orang baru kot (^_^).
Malam Raya...biasalah kan, masing2 sibuk mengemas & masak rendang. Tahun ni mak order jer lontong & kuah kacang. Sebab orang kuat @ kakak aku kat tganu balik raya kedua. Aku memang tak larat lah. Tapi dalam larat tak larat tu, aku lah yang mengemas dapur. Dah masak suma, prepared untuk orang masjid datang bertakbir raya dari rumah ke rumah plak. Jangan tak tahu, kat area rumah aku masih ada lagi aktiviti macam nih. Tapi orang² lama dah tak ramai, banyak budak² jer. Tiap² tahun memang ada aktiviti nih.
Raya Pertama...Hujan lebat plak pagi tu, dalam pukul 8.00 am dah renyai² sket. Hujan rahmat di pagi raya (^_^). Tunggu mak & yang lain² balik dari sembahyang raya, pastu breakfast raya sesama. Seterusnya aktiviti bersalaman dan bermaafan di ikuti dengan acara bergambar. Memang riuh.
Raya yang seterusnya...Mak balik kampung N9 plak. Tapi aku tak ikut. Yerlah...keadaan tak mengizinkan. Kang tak pasal² terberanak plak. Jalan kampung...biasalah kan. Tinggallah aku kat umah. Raya ketiga gi kampung hubby kat merbau sempak, petang gi umah PIL plak. PIL baru balik dari perak.
Hubby hari isnin dah start keja. Boring btul. Dok umah berdua jer lah ngan iman, tak jalan memana pon. Memang boring lah raya kali nih...huhuhu...
4 komen
my raya was also bad this year.
ReplyDeletekalo ikut ati, i mls nak tawaf2 baca entry raya kat blog kwn2..huhu
sama laaaa boring ookkkk
ReplyDeletetepek la pic ko beraya dgn iman je..yang penting ko pandai masak lontong..paberet aku!
ReplyDeletemasa nieza tunggu hari bersalinkan zulaikha camni la jugak ... 2minggu lepas raya .. boring2 ekut jerk redah jalan .... tp lam hati risau gak nak jalan jauh2
ReplyDelete