Hari sabtu aritu gi check-up. Skang dah kena 2 minggu skali. Macam biasa...orang ramai. Kalau sebelom ni dapat no. 23, tapi kali ni up lagi...dapat no. 26 plak. Hajat di hati memang nak gi awal. Hhhhmmmmm....terlajak. Lepas sahur trus tido, sedar² dah 7.30 am.
Lepas daftar suma, giliran dalam pukul 11.00 am - 12.00 pm. Apa lagi, balik umahlah. Dalam pkul 11.30 am gi klinik balik. Ngam² time sampai, no giliran dah masuk 24. Pandai hubby budget masa (^_^).
Sampai giliran, check BP...alhamdulillah normal. Pastu timbang berat. Dari 61.8 kg drop ker 61.3 kg. Scan plak nak tengok berat baby. Alhamdulillah...berat baby naik dari 1.37 kg ker 1.9 kg. Dr cakap maybe sebab puasa, tu yang turun, nasib berat baby tak turun skali. Tapi make sure bila buka makan makanan yang berkhasiat. Risau gak bila tengok berat aku turun.
Dr. tambah lagi, berat aku mungkin akan naik mendadak bila raya nanti, jangan risau...ahaks...yerlah, dah raya kan, mesti makan tak hingat nyer. Alhamdulillah syukur...puasaku masih penuh lagi (^_^).
Aku pon dah jadi keliru pasal isu nih. Last week kecoh pasal daging Mc Donald tak halal. Tapi hari ni bukak website JAKIM, ini yang tertulis:
"Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd."
Maknanya Halal lah erk.
Itu lah menu buka posa untuk 8 Ramadhan (^_^). Tekak ni tetiba teringin benor nak makan gulai udang masak lemak bersama kacang panjang. Pastu di satukan plak dengan ikan masin sepat dengan nasi panas²...perghhhhh...memang sedap tak hingat...ahaks...
Petang smalam sampai umah agak lewat, dalam pukul 6.00 pm. Hujan plak tu. Balik umah amik keta, pastu amik iman kat nursery, trus pecut ke kedai. Agak kelam kabut gaklah. Hubby tanya sempat ker masak nih? Atau nak beli lauk jer? Tapi sbb dah teringin sangat sampai dah terbayang², masak gak lah. Sempat pon sebab hubby tolong skali (^_^)
Tugas hubby masak sayur & goreng ikan masin. Aku plak masak gulai. Beres dah keja memasak. Alhamdulillah dapat somi yang ringan tulang...mekasih abang.
Hhhmmmmm...petang ni tak tau nak masak apa plak.
Sekejap jer dah masuk 33 weeks. Makin dekat makin berdebar² plak rasa. Barang² baby satu apa pon tak prepare lagi...huhuhu...
Syukur alhamdulillah sebab puasa ku masih penuh lagi walaupon ada masanya rasa macam tak larat. Yang paling tak tahan, sejak posa ni perut asyik mengeras jer, pagi...tengah hari...petang, tak kira masa. Inikah yang di namakan Braxton Hicks (practice contractions)? Lupa plak macam mana rasanya...hehehehe...kekadang perut ni rasa sakit macam nak peyod. Risau gak. Mungkin sebab posa kot. Hopefully baby keluar ikut due lah.
Your baby is probably head-down in your uterus although he may continue to change position and his skull bones are still pliable to help him ease through the birth canal. A few babies remain breech and may need extra care during delivery. Mild, irregular contractions known as Braxton Hicks (practice contractions) may become more noticeable as the days go by.
Salam untuk semua.
KLIK SINI: QURAN FLASH
Source: Mahligai Group
Ini adalah HADIAH di Bulan Ramadhan untuk tatapan saudara ku sekelian. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah.
Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu, boleh buka muka surat yg kita nak, memang boleh selak-selak mukasurat Al-Quran ni & siap ada kanta kalau nak besarkan ayat Al-Quran tersebut.
Semoga kita diberkati Allah SWT.
KLIK SINI: QURAN FLASH
Source: Mahligai Group
Petang semalam masa tengah tunggu hubby. Tetiba ada satu SMS masuk yang berbunyi:
"SCB - Congratulations, you loan is approved! Kindly visit the selected branch for acceptance or contact our customer service at xx-xxxxxxxx for enquiries"
Dalam kepala hotak ni dok fikir, bila masa plak aku apply loan. Seingat aku hanya loan Bank 'R' jer yg aku pernah apply, pastu housing loan. Mana ada apply loan lain lagi dah. Ker dorang silap send SMS? Aku call number yang di bagi tu. Memang Standard Chartered Bank.
Hhhhhmmmm...kes nak menipu lagi ker nih? Baru² ni dpt SMS dari shell, aku menang RM15,000 uols...mak cik kayo (^_^). 3 kali plak tu dpt SMS yg sama. Memang penipu btol. Yang lagi hampeh, dapat SMS dari MAGNUN, klo nak tahu result no ekor terkini, sila SMS ke xxxxx...sengal.
Lately banyak btul dapat SMS yang ntah apa². Macam²...
Sana sini orang sibuk dok citer juadah berbuka posa. Yang tak tahan tu, siap tepek gambo...adoiiiii...buat terliur mak buyung nih melihatnya (^_^). Masih lulus lagi untuk puasa yang ke dua...alhamdulillah...
Berbuka semalam tak sempat masak pon, hubby amik kat office. Ingatkan jalan tak sesak, sekali dari highway putrajaya tu dah panjang dah, sampai lah ke Kajang Silk. Tak der maknanya klo nak masak pon, dah lah penat. Last² hubby suggest makan kat kedai Sup Meletup, Kajang. Ini kali yang kedua kami makan. 1st time gi lepas tergoda tengok dalam Jalan² Cari Makan. Kebetulan ada cawangan kat Kajang. Malam tu trus gi.
Bagi aku memang sedap lah, dari satu mangkuk, order lagi semangkuk. Memang meletup lah gamaknya. Buka smalam kami order sup campur & nasi ayam. Kedai ni di buka 24 jam. Kalau uols dok Bangi/Kajang bleylah try. Kedai ni btul² kat tepi jalan, depan car wash.
Alhamdulillah, 1 ramadhan semalam aku dapat berpuasa penuh. Agak meletihkan juga dalam keadaan diri yang tengah pegnant 8 bulan nih. Tapi ku gagahkan juga.
Petang semalam waktu berbuka pon just masak yang simple jer. Sambal sotong, sayur bendi goreng belacan, sotong goreng tepung & sambal belacan (hubby yg buat). Dalam rasa tak larat tu pon bley gak masak. Rasa seronok plak dapat dapat sediakan masakan untuk berbuka.
Hari ni masuk 2nd day puasa, masih rasa bertenaga lagi. Pagi tadi sahur nasi + sambal sotong. Pastu minum susu anmum + cornflake & air masak. Simple jer.
Seronok sangat bila dapat hadiah dari wansteddy giveaway. Tak sangka aku dapat hadiah saguhati, ingatkan dah tak der luck...hehehe...Last week lagi dah dapat hadiah ni. Tapi tak sempat nak buat posting.
Thank you so much wan. Hadiah dah selamat sampai. Sorry uols, nak snap gambo hadiah camera nan ado. HP camera ku masih di ICU. Ntah bila lah nak amik.
Info untuk ibu² yang buat pertama kalinya berpuasa dlm keadaan diri yang mengandung.
**********************************************************************************
Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.
Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.
Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.
Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.
Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.
Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya dia hamil dan ingin meneruskan berpuasa.
Sekiranya si ibu hamil tersebut menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, maka ibu tersebut tidak disaran untuk berpuasa.
Sekiranya ibu yang hamil itu menderita penyakit darah tinggi atau hipertensi kerana ibu-ibu ini memerlukan aturan memakan ubat yang berterusan secara teratur dia juga disaran untuk membuka puasanya.
Tekanan darah tinggi juga harus dihindari selama hamil kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut bagi si ibu mahupun bayi dalam kandungan.
Selanjutnya adalah faktor perdarahan. Jika ini berlaku, ibu yang hamil dinasihat tidak berpuasa kerana khuatir kesihatan janin di dalam kandungan.
Dehidrasi atau kekurangan cairan akibat muntah selama hamil akibat mabuk atau morning sickness atau sebagainya juga diminta untuk tidak meneruskan puasa dan minum sebanyak mana air yang diperlukan.
Jika tidak, sebaliknya akan berlaku kerana dehidrasi ini berkemungkinan akan menyebabkan pitam, pening, rasa berpinar dan seram sejuk yang boleh menyebabkan keadaan ibu hamil ini menjadi lebih teruk dan pengsan.
Source: Utusan Online
Alhamdulillah, mulai esok semua umat islam akan memulakan ibadah berpuasa. Sempena kedatangan ramadhan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada anda semua…pembaca² yang sudi berkunjung/membaca blog picisan saya nih. Maaf di pinta jika ada terlanjur kata, terkasar bahasa sepanjang kita berhubung di alam maya nih.
Ramadhan kali ni agak istimewa kerana:
- Berpuasa di rumah sendiri bersama suami & anak tercinta.
- buat pertama kalinya saya berpuasa dlm keadaan diri yang mengandung. Satu pengalaman yang cukup berharga. Dengan harapan dapatlah berpuasa penuh…insya’allah…
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh khusyuk, di rahmati dan amalan kita di bulan yang penuh keberkatan ini di berkati olehNYA…AMIN…
Terpaksalah menahan apa yang patut. Dah lah perut aku sakit nih, air plak tak der, macam mana nih...adoiiiiii.
Kat site office nih memang macam nih, tiap² petang air tak der. Klo nak pee atau nak poo, kena awal², klo lambat...tahan lah sampai rumah. Seksa btul bagi pompuan mengandung macam aku nih. Ni lah penangan bila pindah office yang blum sempurna sepenuhnya.
Hhhhhmmm...rasa macam nak cari keja lain jer. Tempat uols ada kosong tak? Nak hantar resume lah...ahaks...
Nak update blog...muahahahahaha...tak der lah. Pagi tadi makan nasi lemak, kenyang lagi. Rasa malas plak nak kluar lunch. Dah lah panas terik kat luar nih. Baik dok office jer. Bleh gak tulis apa yg patut. Pukul 2.00 pm jap lagi dah kena blocked.
Sejak keja site nih, badan aku jadi gatal². Leher aku habis naik ruam, tak santek dah...huhuhu...Biasalah, habuk sana sini. Redha jer lah.
This is not exactly a love story, but more about learning how to respect love ....
To My Friends Who Are...MARRIED
Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry", not "where are you' but "I'm right here", not "how could you" but "I understand", not "I wish you were", but "I'm thankful you are."
To My Friends Who Are...ENGAGED
The true measure of compatibility is not the years spent together but how good you are for each other.
To My Friends Who Are...NOT SO SINGLE
Love isn't about becoming somebody else's "perfect person." It's about finding someone who helps you become the best person you can be.
To My Friends Who Are...HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want and cut deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.
To My Friends Who Are...NAIVE
How to be in love: Fall but don't stumble, be consistent but not too persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand, and get hurt but never keep the pain.
To My Friends Who Are...SEARCHING
True love cannot be found where it does not truly exist, nor can it be hidden where it truly does. Love is magic. The more we hide it, the more it shows; the more you suppress it, the more it grows.
To My Friends Who Are...PLAYBOY/GIRL TYPE
Never say I love if you don't care. Never talk about feelings if they aren't there. Never touch a life if you mean to break a heart. Never look in the eye when what you do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall.
To My Friends Who Are...POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one you love happy with someone else but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you.
To My Friends Who Are...AFRAID TO CONFESS
Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when someone breaks up with you. But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.
To My Friends Who Are...STILL HOLDING ON
A sad thing about life is that when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end that it was never bound to be and we just have to let go.
To My Friends Who Are...SINGLE
Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you. But if you just let it fly, it would come to you when you least expect it. Love can make you happy but often times it hurts, but love's only special when you give it to someone who is worth it. So take your time and choose the best!
Baru lah bley bercerita pasal check-up kat Hospital Anu-Nur last week. Pagi² dah bangun, tapi tetap lambat gak. Niat di hati memang tak nak bawak iman, tapi dak iman ni macam tau² yang abah & ibu dia tak kerja. Nak hantar gi nursery tak nak. Lepas mandi trus sambar baju jalan. Erkkkk...budak nih ada instinct gamaknya. Tak sampai hati plak aku nengok muka sedih iman, kesian nak tinggalkan kat nursery. Kata putus...bawaklah skali.
Sampai kat an-nur dalam pukul 9.00 am. Ya ampun, orang ramai giler. Tak expect plak orang ramai mcm tu. Pengajaran untuk aku, next appointment haruslah terpacak depan pintu klinik pukul 8.00 am sbb klinik bukak pukul 8.30 am. Dah daftar bagai dapatlah nombor 23 and giliran dalam pukul 11.00 am - 12.00 pm...gulppp...lama tu. Nak balik umah malas, apalagi pusing² pastu makan².
Dah kenyang, gi an-nur, masih blom sampai giliran. Last² pukul 2.15 pm baru dapat jumpa dr. phewwwww...Memang best lah dr. khamsiah nih. Sangatlah friendly. Lepas kena soal jawab, tibalah masa untuk perutku di scan (^_^). Dr. tanya dah tau gender ker blom? Aku cakap blom sbb last check-up baby tutup ngan kaki ☺☺☺. Kejap jer dah nampak. Nak tau tak...
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
It's a baby girl. Alhamdulillah syukur. Dapat anak sepasang (^_^). Condition baby ok semuanya, sihat dan sempurna. Berat baby pon dah 1.37 kg. Baguslah dr. nih, memang detail, masa scan di terangkan semuanya. Memang puas hati. Cuma dr. cakap uri aku nampak macam kebawah sikit. Risau gak. Tunggu next check-up plak macam mana kedudukan uri. So far tak pernah lagi bleeding.
Weeeee...rambang lah mata nak pilih baju baby girl. Satu apa pon tak beli lagi nih.Due date aku dalam 2 oktober 2010. Klo ikut 1st pregnancy dulu awal seminggu. Hhhhhmmmm...klo kluar 1 oktober pon cantik gak kan. Just wait and see jerlah. Hopefully selamat semuanya (^_^)
Ingatkan smalam dah bley berblog dengan jayanya. Skali pagi ni bukak...tak boleh sudah. Maknanya, aku hanya boleh menulis entry hanya pada pukul 5.30 PM ke atas sahaja. Dalam erti kata lain, after office hour.
Buat masa ni aku hanya bley baca blog uols & drop comment. Tapi ada blog yang aku tak bley nak comment. Klo uols dah lama tak received komen dari aku, maknanya blog uols tak bley nak drop comment lah gamaknya. Jangan kecik hati yer. Blog uols tetap aku jengah hari².
Tak per lah kan. Janji blog masih bley di baca walaupon boring sebab tak bley nak berkarya, dari tak bley bukak langsung...mati kutu di buatnya.
Kena buat scheduled post lah lepas nih, itu pon klo aku balik lewat...huhuhu...
Balik dari check-up last week gi lah jenjalan kat JJ Bandar Tun Hussin Onn. Dah puas tawaf, tergerak nak gi kat bahagian supermarket, try tengok kot² ada buah delima plak kan. Sebelum ni pergi, tak der.
Dari satu buah ke satu buah aku belek, tetiba....mata mak bersinar² noks bila nampak satu bakul tu ada buah delima. Rasa macam nak melompat² jer. Tapi tak der lah plak dorang letak harga. Aku pon amik lah 2 bijik, hajat di hati nak amik lebih sket. Hhhhmmmmm...skali bila di timbang² dan di kira², 2 biji buah delima bersamaan dengan RM10.00. Tak per lah, janji dapat gak makan kan.
Balik umah, relaks² jap, apalagi...buah delima lah aku bedal dulu kan. Perghhhh...memang sedap giler, isi merah menyala berkilat², manis plak tu. Makan berdua dengan iman, berebut². Memang buruk lantak btul mak buyung nih makan, dengan anak pon nak berebut²...wakakakaka...yerlah, nak cari bukan main payah lagi kan. Lepas dah makan tu, rasa menyesal plak beli 2 bijik. Tak cukup gamaknya. Nak lagi lah (*_^)
Abang sayang....jom gi JJ lagi beli buah delima...ahaks...*wink*
Masuk 2 hari dah duduk kat Office baru. Better that before lah...cantik. Cuma ada lagi yang tak complete. Masih kedengaran bunyi bingit orang men'drill', sakit telinga di buatnya. Cuaca sangatlah panas terik, yerlah...dah namanya pon site office. Nak makan plak jauh, nak kena kluar...huhuhu...Pening kepala di buatnya bila panas² nih
1st day kat office tersangatlah membosankan. Sebab nak kena kemas & punggah barang. Adoiiii....penat giler. Kemas barang bos lagi. Ni pon tak habis kemas lagi. Paling tensi, semalam tak boleh nak berbloging. Tetiba blocked plak, tak bley nak sign-in. meroyan gak lah seharian semalam. Dah penat², nak jugak ada selingan kan. Banyak benda nak cerita nih.
Ingatkan pagi nih kena blocked lagi, malas nak buka tenet. Dah sumanya kena blocked kan. Ni pon tergerak nak try bukak blog...bolehlah plak sign-in. Sukanya......(^_^).
Nantikan entry seterusnya yer uols.