Coping with Breastfeeding During Ramadhan
Wednesday, July 28, 2010Dah lama sangat tak attend SGM (Support Group Meeting). Rasa rugi sangat². Insya'allah lepas delivery ni nak active balik. Topik SGM kali ni sangatlah menarik. Info ni aku kongsikan especially untuk BF mom out there.
Source: AYU.
HUKUM BERPUASA BAGI IBU YANG MENYUSUKAN ANAK
- Mengikut mazhab Imam Syafie, ibu yang mengandung atau ibu yang menyusu boleh berbuka puasa.
Terdapat 2 hukum iaitu berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya akan terjejas atau berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya.
Sekiranya ibu itu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudharatan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu itu untuk qodo' puasanya sahaja sebelum tibanya Bulan Ramadhan yang akan datang. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh At Turmuzi (715) dan Abu Daud (2408) dan selainnya, dari Anas Al Ka'bi radiallahu anhu, telah berkata Rasulullah S.A.W : sesungguhnya Allah S.W.T telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (dibolehkan berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqosorkan solatnya itu), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.
Maksud mengurangkan solat ialah memberi kelonggaran mengurangkan rokaat solat dan adapun yang dimaksudkan dengan diangkat puasa bagi ibu yang hamil dan menyusukan anaknya itu ialah dibenarkan berbuka dengan menggantikan puasanya itu.
Sekiranya ibu itu berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya dan takut kandungannya gugur jika dia berpuasa, ataupun takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu itu untuk berbuka dan qodho' puasanya itu dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
makan makanan yang berkhasiat untuk "maintain" tenaga supaya dapat menghasilkan pengeluaran susu. contoh :
- kurma blended
- jus sayur2an seperti jus saderi, lobak, pegaga
- sayur2an yang dapat menambahkan pengeluaran susu seperti kuchai
- madu
Disarankan agar makan makanan yang berkhasiat , maka dalam hal ni :
jangan paksa diri untuk makan banyak2 ketika time berbuka puasa
ikut keperluan diri ---> ada yang berbuka makan sikit dahulu (cth: makan kurma , minum air atau makan kuih), kemudian solat dan kemudian baru sambung makan makanan yang agak berat sikit (cth : makan nasi)
digalakkan minum segelas air dahulu semasa berbuka sebelum menyusukan anak
AKTIVITI2 YANG MEMBANTU - aktiviti yang dilakukan ketika di rumah
minta suami bantu buat kerja rumah ketika ibu menyusukan anak contohnya waktu tengah hari.
atau tangguhkan kerja2 rumah dulu dan boleh lakukan ketika selepas berbuka puasa (time malam)
ini adalah kerana memang tidak dinafikan ketika hari berpuasa, ada ibu yang mengalami keletihan apabila melakukan kerja2 rumah secara tak langsung akan ada efek pula bila nak bf anak nanti & ada juga sebaliknya, apa2pun ikut keperluan diri
buat persediaan awal untuk menyimpan stok susu sebelum menjelang bulan ramadhan
namun, ada juga ibu yang mengatakan time bulan puasa hasil pengeluaran lagi bertambah dari hari biasa malah kandungan susu yang diperah juga lebih pekat
konsep asas penyusuan : demand vs supply ----> lagi cepat kita mengosongkan breast , lagi cepat signal dapat diberikan untuk menghasilkan susu... so, back to normal konsep, kerapkan direct feeding @ kerapkan pam ---> jgn tengok berapa banyak hasil yang diperolehi..
tujuan ambil supplement adalah untuk menambahkan tenaga bagi ibu ketika berada di bulan puasa dan bukannya untuk menambahkan susu
berbalik kepada pengambilan sumber2 makanan yang natural berbanding ngan pengambilan supplement ---> ikut setiap individu itu sendiri
Terima kasih buat AYU sebab bagi fiza C & P info yang sangat menarik nih. Rajin sungguh ayu attend SGM nih. Kalau uols nak tahu lebih banyak info pasal BF nih, bley jenguk blog AYU.
5 komen
sumpah aku rindu sgm huwaaa.. mmg pasnih bile dh ade staff mmg aku nk pg..
ReplyDeletelama dah x susah hati krn BM terkurang masa bln posa. last yr, masih BF adam, tapi direct jer. so dah x risau kalo pam dpt sikit jer.
ReplyDeleteNice info...visit mine if u free ekh.. ;D
ReplyDeletefiza, thanks beb promote blog i..
ReplyDeletehehe..rajin la ke sgm sbb ni 1st year nak menempuhi berpuasa & menyusukan anak..tak sabar2 tau..ahaksss..
thanks for sharing.. saya tengah risau jugak ni menjelang puasa.. hehe
ReplyDelete