TLH Honey Sticks

Thursday, June 17, 2010

Kesinambungan dari enty yang INI, petang tu jugak aku gi cari madu lebah kat KL Sentral. Cari punya cari, jumpalah booth yang jual madu lebah nih. Ada macam² jenis. Tapi aku beli yang jenis sticks. Senang nak makan, macam sedut straw tu (^_^). Ini ada sedikit info:


Honey Sticks adalah merupakan produk terkini dan pertama kali berada di pasaran Malaysia, ianya dihasilkan sesuai dengan keadaan hari ini yang mana masyarakat berada di dalam keadaan serba pantas didalam segala perkara dan tidak terkecuali didalam soal makan minum mereka. Justeru itu, kaedah dimana madu dimasukkan kedalam straw sebagaimana ianya dimasukkan kedalam kom oleh lebah dan terpelihara kebersihannya serta mudah dibawa kemana-mana. Produk ini sebenarnya telah lama berada di pasaran Eropah, manakala di Malaysia ianya masih baru.

Bersaiz 6ml@8gm atau bersamaan satu sudu kecil, sesuai untuk semua peringkat umur dan paling sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana mereka lebih mudah mengambilnya seperti candy atau snek yang berkhasiat. Cara pengambilan yang sungguh mudah, iaitu dengan terus menggigit atau dipotong dihahagian hujungnya. Menjana perkembangan minda dan memberikan kecergasan fizikal dan mental. Produk ini tidak perlu disimpan didalam peti sejuk, didatangkan dengan pek 10 batang bagi Harga RM7.00 dan 25 batang dengan Harga RM17.50 bagi setiap pek.
Alhamdulillah, ada nampak kurang sket batuk.

You Might Also Like

11 komen

  1. eh? tak pernah terpikir ujud mende camni. senang la kan. lebih menyenangkan bagi para2 pemalas. xyah bukak botol, basuh sudu. heheh. nk carik gak la. memang sesuai tuk sy mende ni. :p

    ReplyDelete
  2. berminat nih.. lame dh nk cari honey...

    ReplyDelete
  3. menarik nie.. tak pernah nampak lagi

    ReplyDelete
  4. mcm sedap pulak (ishh..pantang entry mknn.teruk betul!)
    mana nak cari nih?

    ReplyDelete
  5. waaah, thanks for the info!! zaila pon tgh cari madu ntok diberi kpd anak jantan yang ada athma ni..

    ReplyDelete
  6. NOJ: Silalah cari noj, memang senang.

    ReplyDelete
  7. FARRA: Cari...jgn tak cari (^_^)

    NADNYE: Menarik kan, 1st time nampak yg mcm nih.

    ReplyDelete
  8. Isabelle, memang sedap...hehehe...org pregnant memang mcm tu, pantang klo pasal makan.

    Kat KL Sentral ada jual, klo kat tempat lain tak taulah. Mungkin kat booth shopping complex ada kot. Nak kirim ker?

    ReplyDelete
  9. Sama² zaila, carilah, nak bagi anak mkn pon senang, bley hisap mcm tu jer.

    ReplyDelete
  10. salam, kat mane ek kedai dia tu. leh email tak kat saya, need it urgent, plss sejukscript@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. salam..saya da cuba cri booth honey stick kt kl sentral..xjupe la..dkt area2 mne eh?
    urgent...

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive